}

HOME Profile FOOD RECIPES FOLLOW DASHBOARD

Friday, May 20, 2016

Diploma atau Matrikulasi ?

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog berhabuk ini.
book, planner, and student image
Allhamdullilah aimie dapat tawaran diploma dan matrikulasi. Diploma yang aimie dapat adalah diploma pengimejan perubatan di UITM Puncak Alam dan matrikulasi aimie dapat adalah di matrikulasi Kuala Pilah , Negeri sembilan. Aimie  perghh dalam dilema sangat.

Okey aimie nak buat perbandingan Matrikulasi dan Diploma

Matrikulasi
- Jauh dari rumah
- Masa pelajaran yang singkat dan padat
- Killer subject , Physic Chemistry , Biology and Math
- Setahun lepas tu sambung degree

Diploma pengimejan perubatan (puncak Alam)

-  Dekat dengan rumah 5 minit je. THE BEST PART.
- Jalan selamat kerjaya terjamin.
- Bukan bidang aimie minat,
- Kena core physic huhuhuhu

Okey selepas aimie fikir-fikir dengar nasihat umi ayah , saudara mara, Mak cik Pak cik dan segala kaum keluarga kerabat. Terima kasih atas nasihat dan dorongan kalian terhadap aimie. Terima kasih kerana tak putus-putus bagi kata semangat. Allhamdullilah Family always beside me through thick and thin , up and down. Terima kasih semua .
books, classy, and quotes image
 Aimie tekad pilih matrikulasi. Aimie dah tahu mana kesilapan aimie semasa SPM. Aimie tahu aimie main-main waktu SPM. Imagine latihan addmath aimie tak pernah buat kecuali sebulan sebelum SPM dan sebab tu asyik gagal je addmath nasib SPM tak gagal.  Aimie tak belajar lansung malam kecuali sebelum exam. Kalau petang pon belajar kat tuisyen. Di tuisyen pon main-main.
exam, funny, and study image
( THAT IS ME )
 Kerja sekolah tiru kawan. Aimie leka dengan telefon bimbit leka dengan drama korea.  Jadi aimie tekad nak tebus kesalahan aimie. Aimie tak nak lukakan hati ummi ayah aimie buat kali kedua. Aimie anak sulung dan jadi harapan dan contoh kepada adik adik.

Aimie tahu risiko matrik tinggi tapi aimie memang tekad. Aimie memang tak  berapa minat pengimejan perubatan. FIkir-fikir balik tak akan aimie nak kerja seumur hidup dengan kerjaya yang aimie tak minat? Aimie tak mahu kerja hanya pada gaji aimie nak jadikan kerjaya aimie umpama  hobi , nanti bosan bila berkerja.
school and study image
( HOW TO STUDY)
Kawan-kawan baik aimie ada dapat asasi sains uitm ( farz ) , asasi tesl uitm ( nia) , diploma sains matematik uitm (syafa ) , Diploma perekaunan ( feyuz) dan fatin also// congrat kalian. KITA SEMUA HIDUP UITM . Tapi aimie tak pergi uitm hemmmmm. Wait me for degree and I will join u guys CLUB UITM  di hatiku. HAHAHAHAHA.

P/s : Kepada aimie setahun akan datang bila baca post ni , kau kena ingat kau kena tebus balik kesalahan kau. INGAT KESALAHAN KAU WAHAI AIMI FARZANA .

2 comments:

Maisarah Mimo said...

Wahhh tahniah tahniah! ayuh masuk matrik hahah :) #gengmatriks

munirah :) said...

Good luck in your studies :)
Pilih ikut minat dan kemampuan ya...
and don't forget to study hard and smart, get good grades sebab saingan untuk masuk U semakin sengit!