February 2016 - Aimie Farzana

Feb 28, 2016

resepi begedil goreng

February 28, 2016 COMMENTS 2
resepi begedil goreng
Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim , hari ini Aimie nak share resepi masakan untuk mereka yang masih bujang trang ta tang. Okey resepi dia simple Dan mudah iaitu begedil ayam. 

Sesetengah orang buat begedil dia rebus dulu biar masak Dan lenyek-lenyek Dan ada setengah yang goreng dulu lepas itu baru dilenyekkan. Aimie dah pernah buat kedua-dua version Dan terpulang lah kepada individu. Aimie hari ini nak share yang version goreng dulu kentang dia. Ceh.

Resepi Begedil 2 orang makan ( simple )
 ( Aimie buat bulat kecil-kecil ala2 bebola )
Bahan - bahan
  1. 3 biji kentang ( besar )
  2. Ayam cincang ( Aimie guna ayam cincang ramly )
  3. Barang merah 3 ketul
  4. Barang putih seketul
  5. Daun bawang ( ikut suka hati anda )
  6. Cili api ( potong kecik )
  7. Telur ayam ( 2 biji )
Langkah2
  •  potong kentang Dan goreng biar empuk then toskan letak sebelah.
  •  Potong cincang bawang merah Dan bawang putih serta ayam cincang
  •  Aimie goreng ayam dulu lepas tu baru tumiskan dengan bawang yang telah dicincang sebab nak elakkan bawang hangit bila ayam tak masak lagi. Masukkan garam ajinamoto secukup rasa😚
  •  sekarang lenyek-lenyek kentang yang dah ditoskan sehingga lenyek.
  •  gaulkan kentang yang dah dilenyekkan dengan bawang goreng Dan ayam cincang yang dah di goreng dan buat bentuk bulat- bulat-.
  •  pukul sebiji telur terpulang nak buang kuning telur ke tak Dan celupkan kedalam telur yang dah dipukul.
  • goreng sehingga kekuningan Dan siap 💕💕💕💕

Simple nau. Sedap mudah Dan ringkas. Fuhhh berdebar aku lagi 3 hari nak dapat result SPM. Fuhhhhhhhh. Gemuruh.

Feb 21, 2016

Review novel Diagnosis 1

February 21, 2016 COMMENTS 3
Review novel Diagnosis 1
Bismillahirahmanirahim.
food image
Assalamualaikum wbt. Okey hari ini Aimie nak buat review novel diagnosis 1 . Eceh sebab kelmarin
aimie dengan gelabahnya buat review novel diagnosis 2.
Novel diagnosis 1  ini nipis banyak  daripada dignosis 2. Padat dengan pengajaran tetapi bagi aimie kurang sedikit pasal praktikal/cara kerja doktor di hospital. Aimie rasa kalau korang nak tahu cara hidup dan belajar doktor  belilah buku diagnosis : prognosis by Dr Jacknaim , best gila nanti aimie buat review okey buku itu.
PENULIS DIAGNOSIS 1
Dr Anwar Faizal
Dr Aizzat
Dr Azah
Novel diagnosis 1 banyak tekankan pengajaran dan keagamaan. Memang sentaplah jugak. Contohnya bab : MalayRia dan Dengki vs denggi. Sentap kita baca hahaha.OH lupa nak cakap novel diagnosis 1 ni bab dia pendek-pendek. Maksudnya 1 bab satu ceritalah. Walaupun pendek babnya/muka surat , ceritanya padat dengan info dan pengajaran okeyyy.

  • JOM KITA BEDAH NOVEL NIE ;;  REVIEW DALAMAN
  • SINOPSIS DIAGNOSIS 1
Korang mesti tertanya kat mana aimie beli buku ni banyak-banyak ? Hahaha. Katakan tidak pada MPH , POPULAR dan sewaktu dengannya sebab family aimie jarang keluar ke Mall. So memang susah nak dapat buku-buku macam ini dalam saujama utama.

So aimie beli online dekat instagram.Aimie beli dekat bro fixigasm. Serius laju . Bank in hari ni lusa dapat, tapi kawasan perumahan aimie tulatlah sebab pedalaman okey, saujana utama. Orangnya  pon sempoi je yg reply whatsapp. Harga berpatutan okey. Cakap je nak publisher mana Dubook , Fixi , Lejenpress dan sebagainya semua ada nokss,
HOW TO CONTACT FIXIGASM
Ok lah sampai sini sahaja entry Aimie kali ni byeee. Lain hari Aimie buat review lagi okey.

Feb 19, 2016

Review novel diagnosis 2

February 19, 2016 COMMENTS 1
Review novel diagnosis 2
Bismillahirahmanirahim
food, fries, and McDonalds image
Assalamualaikum wbt. Okey korang hari ini aimie nak buat review Novel  Diagnosis 2. Novel diagnosis 1 kawan Aimie pinjam jadi tak dapatlah nak buat review ye anak-anak.
Aimie suka novel diagnosis ni berbanding novel cintan-cintun. Mungkin sebab novel cinta plot dia semua sama sebab plot cerita dia kahwin tanpa rela , kena rogol dengan suami yg ego lepastu mengandung ada anak dan hidup bahagia bebas dari ex gf husband yg gedik nak mati hahaha. .so aimie nak cari sesuatu yang baharu.

 Aimie lebih suka baca buku berdasarkan pengalaman , fakta , biography dan travel. Well nampak sangat lah yang aku ni membosankan tahap infiniti. Cet. Haha . sedih tau orang lain umur 18 dah ada sekurang2 nya 1 orang kekasih yukss. Aimie hape pon tak de. But we'll aku hidup bukan untuk jadi hamba lelaki so APA aku kesah .

Novel diagnosis 2 ni tebal sikit berbanding novel diagnosis 1. Semakin tebal novel tu semakin padat dan sendatlah dengan info dan pengajaran yang bermanfaat.
Penulis novel diagnosis 2 
  •  Dr. Anwar Faizal
  •  Dr Fatin Liyana
  •  Dr Mafeitz
  •  Dr Aizzat
  •  Dr Beni Rusaini
  •  Dr Azah
  •  Dr. Mahyuddin
Ok  Jom baca sinopsis novel diagnosis 2 ini.
Well novel ni buat sesiapa yang nak berkhidmat dalam sektor perubatan. U should read it. Apa risiko ? Apa kekurangan ? Dan buat korang terfikir berkali-kali nak ceburi bidang ini.
  • Tapi bagi Aimie kalau Allah izinkan aimie sertai bidang perubatan (doktor) Aimie akan berusaha sehabis mungkin dalam memberikan perkhidmatan. ecehh. Tapi harapan nipislah. Aimie check yang layak mohon asasi perubatan cuma straight A yer anak-anak. addmath aimie A pon tak pernah rasa huhu.
Jom baca beberapa contoh isi kandungan novel diagnosis 2


Macam mana best tak? Hahaha ade yang kawan aimie minat jadi doktor  terus pudar semangat baca selepas baca buku ni. hahaks. but I force her to apply medic. ngahaha. Dia pandai so layak lah tak macam kita ni. uhuk.

Hyee aimie dah apply upu and I choose sains hayat in unimas/ Uitm.  semoga dapat amin ya rabbal  al-amin Byeeeeee

Feb 13, 2016

Cara berhenti/ mengatasi overthinking

February 13, 2016 COMMENTS 6
Cara berhenti/ mengatasi overthinking

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum WBT.
pizza, food, and cheese image
 ( Abaikan piza ini )
Hari ini Aimie nak berkongsi Tips mengatasi overthingking. Apa itu Overthinking ? Penyakit mental ke ? Gila ? Ok jom baca info yang saya kongsikan untuk kali ini.


Overthinking  Think about (something) too much or for too long 

Ramai sebenarnya yang menghadapi overthinking. Kebanyakannya adalah perempuan kerana selalunya perempuan lebih pentingkan kesempurnaan.  Overthinking ni boleh berlaku dalam apa-apa jenis aspek contoh yang aimie jumpa.
  •  Agama  : like bagaimana tuhan wujud? Agama mana betul ?  Boleh jatuh murtad dik.       nauzubillah.
  •  Ketakutan / fobia contohnya : Si Ali ni fobia laut bila dia atau orang tersayang mandi dia risau yang mereka lemas.
  • Masa hadapan : Dia terbayang-bayang future dia bayangkan pula perkara negatif akan berlaku seperti  karier , pelajaran , kehidupan.

 Secara jujurnya Aimie pon hidap overthingking. Yes . sekarang ni Aimie nak berbalik kepada tajuk mengatasi overthinking.

STEP 1 : IGNORE / ABAIKAN

  • Ok bila dah mula nak overthinking kita abaikan well buat lah benda lain -lain. Baca novel ke , tolong mak ke , borak dengan kawan TETAPI kena pandai pilih kawan, janganlah time tengah kritikal macam tu pergi borak dengan kawan yang jenis suka fikiran negatif. Makin kritikal lah masalah hang tu.
  • Aime baca satu Vlog seorang muslim dari luar negara. Overthinking ni syaitan nak jauhkan kau dari Allah. Bila kita overthinking kita menjauhkan diri dari ibadah fokus pada masalah dihadapi. Then syaitan cucuk kita putus asa pada Allah tambah lagi yang overthinking pasal agama atau benda-benda pelik agama lain yg kita rasa betul dan mulalah kita ragu-ragu dengan Islam. astaghfirullah al azeem. MOHON DIJAUHKAN
AMARAN : sesiapa nak kaji agama lain korang kena kaji Islam dulu then baru kaji agama lelain. Korang kena kukuhkan pemahaman agama ISLAM dulu sebelum mengkaji. Ni ilmu agama islam cetek dok gatal nak kaji agama lain. Then start ragu-ragu. Kaji pasal agama pula di Internet. Hang ingat Internet tu betoi sangat ka? Sesapa pon boleh post sesedap rasa tulis sesedap hati di Internet .
STEP 2 :  PERMUDAHKAN MASALAH
  • Anggaplah kita ni Manusia kita tak boleh dan tak akan jadi sempurna. Jangan terlampau stress kan diri fikirkan masalah.  Amalkan prinsip Relax  like Apa nak jadi jadilah janji aku dah buat yang terbaik. Kalau jadi yang tak diingini mungkin tu telah tertulis di atas sana . Mungkin ada sesuatu yang lebih baik akan berlaku.

STEP 3 : SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
  • Positif yang bagaimana yer. Ok macam ni bila start fikiran hang fikir pasal negatif automatik kau tukar kepada perkara positif.  Mula-mula nak terapkan fikiran positif memang susah tetapi lama-lama kau akan terbiasa. Aimie pernah rasa beb strugglenya nak buang fikiran negatif.
STEP 4 : KUATKAN AKIDAH ANDA
  • Anggap lah overthinking yang kau hadapi ini sesuatu jihad , jihad untuk melawan syaitan, Macam aimie kata tadi Syaitan akan guna perlbagai cara untuk rosakkan kita terutama bab Akidah. Syaitan nak buat kita jauh dari Allah dan Islam. Serta buat kita rasa Give up.                                  
                                      
  • Aimie ada jumpa my Caunselor dia bagi aku ayat al Quran untuk mengatasi masalah fikiran negatif. Insyallah nanti Aku update. Sebab ayat tu ada di rumah. Atau baca " Auzubillah minashaitan nirajeem " setiap kali fikiran negatif datang. Atau baca Al-quran  buat Amal ibadah sunat. Pergi Masjid . Join ceramah. banyak weh perkara kau boleh buat, kali
STEP 5 : ISIKAN MASA DENGAN AKTIVITI & JAUHKAN NEGATIVITY
  • Buatlah aktiviti yang berfaedah jangan biar kita kosong tak buat apa-apa sebab nanti waktu itu lah Syaitan nak cucuk-cucuk kau. Dan mulalah start fikir benda mengarut.  Banyak aktiviti berfaedah kau boleh buat bila tiada aktivini nak dilakukan macam memasak, menulis , bercucuk tanam, senaman, membaca ke. Tapi bab membaca elaklah diri dari membaca artikel yang pelik-pelik atau merapu atau artikel bentuk serius . Tak pasal-pasal tambah masalah lagi. Baca yang santai atau bentuk humor.
STEP 6 :  DIAM & HITAM & TARIK NAFAS

  • Bila dah start overthinking sila diam dan fikir secara hitam. Bayangkan kita  dalam kotak hitam segalanya hitam.  Apabila kita set dalam otak macam itu maka kita tak fikir bukan-bukan. Kalau nak tambah umpph lagi tarik nafas dalam-dalam. macam meditasi. Bila hembus tu lepas sekuat mungkin. Serius rasa lega weh.

OK aimie dah share cara aimie mengatasi Overthinking. Kalau ada lagi info di masa hadapan akan aimie share dan update kan yer. muah-muah.

SEKARANG NI SESI AYAT MOTIVASI

UBAH CARA PERMIKIRAN KAU. KALAU KAU TAK BERUBAH SAPA NAK TOLONG KAU BERUBAH ??? KAU KENA KUAT LAWAN FIKIRAN KAU. TAK AKAN SAMPAI TUA KAU NAK JADI MACAM INI !!!
Over thinking creates a virus in your mind and causes you to focus on that which isn’t in your control, thus distancing you from your reliance on God, and begins to suck the very essence of peace out of your life. The best antivirus is faith and selfish selflessness - put your energy towards building your relationship with God and towards giving back to the community.— Nadir Keval (via nadirkeval)

"SETIAP KALI KITA MAHU BERUBAH KITA AKAN RASA KESAKITAN NAMUN KESAKITAN ITU AKAN HILANG KERANA ALAH BISA TEGAL BIASA. KESAKITAN ITU AKAN HILANG DAN KEBAHAGIAAN AKAN MUNCUL" - aimie

Sampai sini sahajalah semoga bermanfaat kepada kita semua. YANG PENTING KITA KENA KUATKAN DIRI. JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Ingat tau. Kita yang kena berusaha ubah diri kita bukan orang lain.

p/s : I feel like totally a looser. Like ss. Syok sendiri hampir bertahun2