Aimie Farzana

Feb 13, 2016

Cara berhenti/ mengatasi overthinking

February 13, 2016 COMMENTS 6
Cara berhenti/ mengatasi overthinking

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum WBT.
pizza, food, and cheese image
 ( Abaikan piza ini )
Hari ini Aimie nak berkongsi Tips mengatasi overthingking. Apa itu Overthinking ? Penyakit mental ke ? Gila ? Ok jom baca info yang saya kongsikan untuk kali ini.


Overthinking  Think about (something) too much or for too long 

Ramai sebenarnya yang menghadapi overthinking. Kebanyakannya adalah perempuan kerana selalunya perempuan lebih pentingkan kesempurnaan.  Overthinking ni boleh berlaku dalam apa-apa jenis aspek contoh yang aimie jumpa.
  •  Agama  : like bagaimana tuhan wujud? Agama mana betul ?  Boleh jatuh murtad dik.       nauzubillah.
  •  Ketakutan / fobia contohnya : Si Ali ni fobia laut bila dia atau orang tersayang mandi dia risau yang mereka lemas.
  • Masa hadapan : Dia terbayang-bayang future dia bayangkan pula perkara negatif akan berlaku seperti  karier , pelajaran , kehidupan.

 Secara jujurnya Aimie pon hidap overthingking. Yes . sekarang ni Aimie nak berbalik kepada tajuk mengatasi overthinking.

STEP 1 : IGNORE / ABAIKAN

  • Ok bila dah mula nak overthinking kita abaikan well buat lah benda lain -lain. Baca novel ke , tolong mak ke , borak dengan kawan TETAPI kena pandai pilih kawan, janganlah time tengah kritikal macam tu pergi borak dengan kawan yang jenis suka fikiran negatif. Makin kritikal lah masalah hang tu.
  • Aime baca satu Vlog seorang muslim dari luar negara. Overthinking ni syaitan nak jauhkan kau dari Allah. Bila kita overthinking kita menjauhkan diri dari ibadah fokus pada masalah dihadapi. Then syaitan cucuk kita putus asa pada Allah tambah lagi yang overthinking pasal agama atau benda-benda pelik agama lain yg kita rasa betul dan mulalah kita ragu-ragu dengan Islam. astaghfirullah al azeem. MOHON DIJAUHKAN
AMARAN : sesiapa nak kaji agama lain korang kena kaji Islam dulu then baru kaji agama lelain. Korang kena kukuhkan pemahaman agama ISLAM dulu sebelum mengkaji. Ni ilmu agama islam cetek dok gatal nak kaji agama lain. Then start ragu-ragu. Kaji pasal agama pula di Internet. Hang ingat Internet tu betoi sangat ka? Sesapa pon boleh post sesedap rasa tulis sesedap hati di Internet .
STEP 2 :  PERMUDAHKAN MASALAH
  • Anggaplah kita ni Manusia kita tak boleh dan tak akan jadi sempurna. Jangan terlampau stress kan diri fikirkan masalah.  Amalkan prinsip Relax  like Apa nak jadi jadilah janji aku dah buat yang terbaik. Kalau jadi yang tak diingini mungkin tu telah tertulis di atas sana . Mungkin ada sesuatu yang lebih baik akan berlaku.

STEP 3 : SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
  • Positif yang bagaimana yer. Ok macam ni bila start fikiran hang fikir pasal negatif automatik kau tukar kepada perkara positif.  Mula-mula nak terapkan fikiran positif memang susah tetapi lama-lama kau akan terbiasa. Aimie pernah rasa beb strugglenya nak buang fikiran negatif.
STEP 4 : KUATKAN AKIDAH ANDA
  • Anggap lah overthinking yang kau hadapi ini sesuatu jihad , jihad untuk melawan syaitan, Macam aimie kata tadi Syaitan akan guna perlbagai cara untuk rosakkan kita terutama bab Akidah. Syaitan nak buat kita jauh dari Allah dan Islam. Serta buat kita rasa Give up.                                  
                                      
  • Aimie ada jumpa my Caunselor dia bagi aku ayat al Quran untuk mengatasi masalah fikiran negatif. Insyallah nanti Aku update. Sebab ayat tu ada di rumah. Atau baca " Auzubillah minashaitan nirajeem " setiap kali fikiran negatif datang. Atau baca Al-quran  buat Amal ibadah sunat. Pergi Masjid . Join ceramah. banyak weh perkara kau boleh buat, kali
STEP 5 : ISIKAN MASA DENGAN AKTIVITI & JAUHKAN NEGATIVITY
  • Buatlah aktiviti yang berfaedah jangan biar kita kosong tak buat apa-apa sebab nanti waktu itu lah Syaitan nak cucuk-cucuk kau. Dan mulalah start fikir benda mengarut.  Banyak aktiviti berfaedah kau boleh buat bila tiada aktivini nak dilakukan macam memasak, menulis , bercucuk tanam, senaman, membaca ke. Tapi bab membaca elaklah diri dari membaca artikel yang pelik-pelik atau merapu atau artikel bentuk serius . Tak pasal-pasal tambah masalah lagi. Baca yang santai atau bentuk humor.
STEP 6 :  DIAM & HITAM & TARIK NAFAS

  • Bila dah start overthinking sila diam dan fikir secara hitam. Bayangkan kita  dalam kotak hitam segalanya hitam.  Apabila kita set dalam otak macam itu maka kita tak fikir bukan-bukan. Kalau nak tambah umpph lagi tarik nafas dalam-dalam. macam meditasi. Bila hembus tu lepas sekuat mungkin. Serius rasa lega weh.

OK aimie dah share cara aimie mengatasi Overthinking. Kalau ada lagi info di masa hadapan akan aimie share dan update kan yer. muah-muah.

SEKARANG NI SESI AYAT MOTIVASI

UBAH CARA PERMIKIRAN KAU. KALAU KAU TAK BERUBAH SAPA NAK TOLONG KAU BERUBAH ??? KAU KENA KUAT LAWAN FIKIRAN KAU. TAK AKAN SAMPAI TUA KAU NAK JADI MACAM INI !!!
Over thinking creates a virus in your mind and causes you to focus on that which isn’t in your control, thus distancing you from your reliance on God, and begins to suck the very essence of peace out of your life. The best antivirus is faith and selfish selflessness - put your energy towards building your relationship with God and towards giving back to the community.— Nadir Keval (via nadirkeval)

"SETIAP KALI KITA MAHU BERUBAH KITA AKAN RASA KESAKITAN NAMUN KESAKITAN ITU AKAN HILANG KERANA ALAH BISA TEGAL BIASA. KESAKITAN ITU AKAN HILANG DAN KEBAHAGIAAN AKAN MUNCUL" - aimie

Sampai sini sahajalah semoga bermanfaat kepada kita semua. YANG PENTING KITA KENA KUATKAN DIRI. JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Ingat tau. Kita yang kena berusaha ubah diri kita bukan orang lain.

p/s : I feel like totally a looser. Like ss. Syok sendiri hampir bertahun2

Jan 12, 2016

Cara kuatkan iman

January 12, 2016 COMMENTS 2
Cara kuatkan iman
Bismillahirahmanirahim.
assalamualaikum.
Hari ini aimie nak berkongsi ilmu yang aimie jumpa di internet Moga ianya menjadi bermanfaat dan amalan kita dalam menghadapi arus globalisasi.

Berikut disarankan beberapa cara untuk menguatkan iman:

1. Perbanyaklah mengkaji ayat-ayat Al-Quran saranan dari – Surah Al Isra’: 82
2. Rasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Qur’an dan Sunnah –jangan jadi saperti yang dikatakan ayat Az Zumar : 67
3. Carilah ilmu syar’i, sila rujuk surah Fathir : 28, Az Zumar : 9
4. Ikutilah halaqah zikir
5. Perbanyaklah amal soleh – Al Hadid: 21, Az-Zariat : 17-19
6. Lakukan berbagai bentuk ibadah
7. Hadirkan perasaan takut mati dalam keadaan su’ul khatimah
8. Banyak-banyaklah ingat mati
9. Ingatlah dahsyatnya keadaan di hari akhirat: Surah Qaf, Al-Waqi’ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir. Begitu juga hadis-hadis Rasulullah saw.
10. Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam
11. Berzikirlah dengan banyak saranan Surah Al-Kahfi: 24 , Ar- Ra’d :28
12. Perbanyakanlah munajat dan berdoa kepada Allah dan pasrah kepada-Nya terutama dalam sujud.
13. Tinggalkan angan-angan yang kosong , hidup hanya sementara- Yunus:45 , Asy-Syu’ara: 205-207
14. Memikirkan kehinaan dunia – Surah Ali imran
15. Mengagungkan hal-hal yang mulia di sisi Allah- Al-Hajj: 30, Al-Hajj: 32
16. Menguatkan sikap al-wala’ wal-bara’ ( taat kepada Allah , Rasul dan orang-orang beriman)
17. Bersikap tawadhu- Rasulullah saw. bersabda, “Merendahkan diri termasuk sebagian dari iman.” (Ibnu Majah no. 4118)
18. Perbanyakkan amalan hati- saperti mencintai Allah, takut padaNya , berharap bertemu denganNya, dan redho dengan takdirNya.
19. Sering menghisab diri- Al-Hasyr: 18
20. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman- Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu.
Semoga bermanfaat perkongsian ini . insyallah.

Jan 9, 2014

Tanda hati kotor

January 09, 2014 COMMENTS 0
Tanda hati kotor
Assalamualaikum dan annyeonghaseyo!
(shooo cute~)
Hai! Macam mana school season? Everything alright? Aimie? Entahlah, cuma menunggu tawaran asrama dan barang yang aimie order kat Shaza K-pop shop online. Btw hari ini aimie nak share ciri-ciri hati yang kotor so kita sama-sama dapat merenung diri masing-masing...
    Ciri-ciri Hati yang kotor




  • Gelisah Walau tiada masalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
  • Suka Mengumpat dan emmbuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah dari dirinya
  • Lidah yang tajam atau laser
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Belagak alim semata2 untuk dipuji orang
  • Menyampaikan Ilmu dengan Riak
  • Menganggap diri lebih hebat dari orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
  • Talam dua muka
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang dia ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Selalu mencari salah orang
  • cinta kepada duniawi
  • Materialistik
  • Mudah bersangka buruk terhadap orang
  • Membesar-besarkan perkara yang kecil
  • Suka Mendengar Gossip
  • Dengki kerana kepentingan duniawi

  • Ok, secara jujur aimie dapat mengesan beberapa ciri yang terdapat pada aimie hemmm..... Ya Allah semoga aimie dapat memperbaiki diri kepada lebih baik. Insyallah. Doakanlah yang terbaik untuk aimie... Semoga kita semua dapat memperbaiki diri kepada yang lebih baik..

    Setakat sini sahaja entry minggu ini, bye dan Assalamualaikum...