Aimie Farzana

Mar 5, 2016

Allhamdullilah Ya Allah.

March 05, 2016 COMMENTS 1
Allhamdullilah Ya Allah.
Bismillahirahmanirahim.
college, hard, and study image
Assalamualaikum wbt. Hari ni aimie nak berkongsi cara semak kelayakan di IPTA. Woahhh. Result SPM dah dapat. Allhamdullilah . Aimie masih boleh mohon asasi sains dan matrikulasi walaupun tak straight A. Allhamdullilah syukur lepas juga syarat kelayakan. Cet. Berapa A? Seganlah.... Tak banyak mana, tapi tak ada gagal addmath haha... fuhhhh. Allhamdullilah.

Allhamdullilah. Mak2 sedara semua bagi kata-kat positif. Allhamdullilah orang sekeliling cukup memotivasikan aku. hahaks. Adik aimie yang no 2 ni pandai banyak gila daripada Aimie. Hahaha. Kfine sedih. Tapi tak apa kita kena sentiasa positif. Sebab kita dah bertungkus lumus kan? Dunia sementara . Akhirat selamanya beb
( nampak tak tahun sebelum ni gred rendah huhu )
 Lagipun tahun ni tahun paling teruk SPM. Seperti yang aimie jangka sebab sekarang ni nak cari kualiti straight A daripada kuantiti. Kalau tahun sekitar 2007 -2013 A- adalah dlm lingkukan 60. Memang senang lah kan.  Tak silap aimie 2011 ada 15000 straight A, 2016 ada 9000. Nampak tak. Tak silap aimie banyak biasiswa kena potong utk tampung pelajar memang diketatkan lagi lah syarat penandaan. :D

Korang semua doakanlah aimie dapat mana-mana asasi.Aminnn.. huwaaaa...  Emak aimie minta mohon farmasi macam tu juga ayah. tak pelah ikut jelah . Pilihan mak pak, mesti terbaik. Kawan-kawan aimie ramai yg ikut pilihan dan kerjaya parents. Ada yang kawan aimie ayah dia kerja accountant dia yg applykan anak dia accountant, hahaks. Ada yang ayah dia bussines ayah dia minta ambil kaitan bussiness? Aimie tak kut. Ayah suruh adik aimie yang lelaki pilih kerjaya macam ayah. hahahaks,


Oh lupa aimie nak share cara semak kelayakan bidang atau yang kita nak ambil di IPTA. meh sini aimie nak story .
Klik link ini http://imascu.upu.mohe.gov.my/
Lepas tu bagi nama , IC , no telefon , Kategori.
Lepas tu isi keputusan hampa semua na,...
Akhir sekali dia keluaar lah hang layak tak course di UIA, UM dan sewaktu dengannya.

Selamat berjaya kalian,  byeeeee

Feb 28, 2016

resepi begedil goreng

February 28, 2016 COMMENTS 2
resepi begedil goreng
Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim , hari ini Aimie nak share resepi masakan untuk mereka yang masih bujang trang ta tang. Okey resepi dia simple Dan mudah iaitu begedil ayam. 

Sesetengah orang buat begedil dia rebus dulu biar masak Dan lenyek-lenyek Dan ada setengah yang goreng dulu lepas itu baru dilenyekkan. Aimie dah pernah buat kedua-dua version Dan terpulang lah kepada individu. Aimie hari ini nak share yang version goreng dulu kentang dia. Ceh.

Resepi Begedil 2 orang makan ( simple )
 ( Aimie buat bulat kecil-kecil ala2 bebola )
Bahan - bahan
  1. 3 biji kentang ( besar )
  2. Ayam cincang ( Aimie guna ayam cincang ramly )
  3. Barang merah 3 ketul
  4. Barang putih seketul
  5. Daun bawang ( ikut suka hati anda )
  6. Cili api ( potong kecik )
  7. Telur ayam ( 2 biji )
Langkah2
  •  potong kentang Dan goreng biar empuk then toskan letak sebelah.
  •  Potong cincang bawang merah Dan bawang putih serta ayam cincang
  •  Aimie goreng ayam dulu lepas tu baru tumiskan dengan bawang yang telah dicincang sebab nak elakkan bawang hangit bila ayam tak masak lagi. Masukkan garam ajinamoto secukup rasa😚
  •  sekarang lenyek-lenyek kentang yang dah ditoskan sehingga lenyek.
  •  gaulkan kentang yang dah dilenyekkan dengan bawang goreng Dan ayam cincang yang dah di goreng dan buat bentuk bulat- bulat-.
  •  pukul sebiji telur terpulang nak buang kuning telur ke tak Dan celupkan kedalam telur yang dah dipukul.
  • goreng sehingga kekuningan Dan siap 💕💕💕💕

Simple nau. Sedap mudah Dan ringkas. Fuhhh berdebar aku lagi 3 hari nak dapat result SPM. Fuhhhhhhhh. Gemuruh.

Feb 21, 2016

Review novel Diagnosis 1

February 21, 2016 COMMENTS 3
Review novel Diagnosis 1
Bismillahirahmanirahim.
food image
Assalamualaikum wbt. Okey hari ini Aimie nak buat review novel diagnosis 1 . Eceh sebab kelmarin
aimie dengan gelabahnya buat review novel diagnosis 2.
Novel diagnosis 1  ini nipis banyak  daripada dignosis 2. Padat dengan pengajaran tetapi bagi aimie kurang sedikit pasal praktikal/cara kerja doktor di hospital. Aimie rasa kalau korang nak tahu cara hidup dan belajar doktor  belilah buku diagnosis : prognosis by Dr Jacknaim , best gila nanti aimie buat review okey buku itu.
PENULIS DIAGNOSIS 1
Dr Anwar Faizal
Dr Aizzat
Dr Azah
Novel diagnosis 1 banyak tekankan pengajaran dan keagamaan. Memang sentaplah jugak. Contohnya bab : MalayRia dan Dengki vs denggi. Sentap kita baca hahaha.OH lupa nak cakap novel diagnosis 1 ni bab dia pendek-pendek. Maksudnya 1 bab satu ceritalah. Walaupun pendek babnya/muka surat , ceritanya padat dengan info dan pengajaran okeyyy.

  • JOM KITA BEDAH NOVEL NIE ;;  REVIEW DALAMAN
  • SINOPSIS DIAGNOSIS 1
Korang mesti tertanya kat mana aimie beli buku ni banyak-banyak ? Hahaha. Katakan tidak pada MPH , POPULAR dan sewaktu dengannya sebab family aimie jarang keluar ke Mall. So memang susah nak dapat buku-buku macam ini dalam saujama utama.

So aimie beli online dekat instagram.Aimie beli dekat bro fixigasm. Serius laju . Bank in hari ni lusa dapat, tapi kawasan perumahan aimie tulatlah sebab pedalaman okey, saujana utama. Orangnya  pon sempoi je yg reply whatsapp. Harga berpatutan okey. Cakap je nak publisher mana Dubook , Fixi , Lejenpress dan sebagainya semua ada nokss,
HOW TO CONTACT FIXIGASM
Ok lah sampai sini sahaja entry Aimie kali ni byeee. Lain hari Aimie buat review lagi okey.