Aimie Farzana

Aug 8, 2017

Review Spicy Korean Burger

August 08, 2017 COMMENTS 4
Review Spicy Korean Burger
Assalamualaikum semua
Hari ini aimie nak share review spicy korean burger ( malaysia ) yang aimie makan pada  Isnin(31/7) lepas dengan my BFF iaitu syafa dan farzana dan makan di mcdonald puncak alam. Kali pertama drive luar kawasan rumah dah lah banyak lori sebab dlm pukul 3. Tawakal je sis waktu tuuuu
Pedas ngat ngat - Ala2 Asyallie)
Harga bagi set ni tak silap aimie dalam hampir nak ke RM 16 boleh tahan jugak mahal tapi berpatutan kot sebab dpat set air fanta dan kentang yg dipotong nipis.. Seriously burger ni pedas kaw kaw tapi tak sepedas samyang spicy ramen ngehngeh masih boleh dimaafkan but my kawan farz dia tak habis sebab tak tahan pedas.
See sayurnya melimpah-limpah and tissue dekat 6 helai depa bagi)
Sedap lah jugak Spicy Korean Burger ni cuma pedas je kut , kawan aimie kata sos dia macam rasa dan bau tomyam .I agree that the smell and taste seems like tom yam // tpi tak delah mcm tomyam sngat\\

Actually burger ni banyak giler sayur sampai tertumpah-tumpah makan // maybe sebab tu sis cashier bagi banyak tisu XD// mungkin faktor orang korea banyak makan sayur gitu
Apapun aimie bagi 4 bintang daripada 5 bintang!!!
nota kaki :
Semenjak kontroversi cerita the man who dies to live haritu aimie dah kureeengg minat kpop but sis kaki drama as drama melayu jalan cerita lebih kurang ahahaha.  Ada ke patut minum air arak sebelah ada quran.  Pakai Bikini tapi pakai tudung ? Jual beli wanita ? whutttt? nanti aimie update yg korean muslim dia translate apa netizen korea hina islam hewwww . 
Panas sis.
plus how korean react with people that wear hijab. macam2 reaction. most of them full of hate tapi tak semua.
tunggguuu yahhh entry terbaru sister :D

Aug 6, 2017

Resepi Ikan tenggiri Masak masam manis

August 06, 2017 COMMENTS 1
Resepi Ikan  tenggiri Masak masam manis
Assalamualaikum

Hari ni aimie nak resepi masakan yang aimie buat harini yuhhhuuuu baru ada kesempatan dan ini kali kedua aimie masak masam manis hewhew based on book recipe ummi yang lama dah terkoyak-oyak buku itu tpi ni versi simple tak ada nenas timun bagai . Sedap , cepat ringkas dan tak bazir.
Bahan-bahanIkan Goreng
  • Ikan tenggiri 2 ketul 
  • Garam 
  • Kunyit
Jadi Kita  bersihkan ikan dan gaul dengan garam kunyit dan goreng
Kuah Masam manis
  • 3 Bawang putih 
  • Bawang  besar ( separuh)
  • Halia ( 1cm)
  • Cili Api
  • Cili besar  x1 (potong serong)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu gula ( aimie tak suka manis2)
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam sikit je agak2
Langkah-langkah
1. Tumbuk bahan warna ungu dan tumis dalam kuali 
2. Selepas naik bau masukkan bahan warna biru. 
3. Kacau-kacau dan tambah air , garam, dan gula serta ajinamoto ( kalau nak kuah tambah banyak air tapi tambah sikit sos cili dan tomato supaya tak tawar) 
4. Selepas menggelegak masukkan ikan yang dah goreng. 
5. Siapppppppp
Allhamdullilah sssuppp setel masakkan kita harini cepat mudah dan ringkassss

Jul 20, 2017

Resepi sambal ikan kembung

July 20, 2017 COMMENTS 2
Resepi sambal ikan kembung
Assalamualaikum.
cat, kawaii, and sailor moon image
Harini aimie nak share resepi turun temurun dari keluarga aimie belah mak. Depa masak cara utara maklumlah kampung opah sempadan perak-kedah so depa cakap utara ngehngeh even org perak // nasib ayah pior perak.

Berbalik kepada resepi sambal ni aimie tuntut dari opah dan ummi  tapi ubah sikit kepada citarasa aimie sebab aimie tak suka sambal berkuah banyak, sambal tu ala-ala kering gitu
Bahan-bahan

( maaf sepah gitu)
nota kaki : / <= ( Maksudnya atau ye )
  • Ikan kembung ( goreng dulu) 
  • 10 keping cili kering ( rebus dulu 5 minit) 
  • 3/4 batang cili besar 
  • 3/4 cili api 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 bawang besar atau 7 ketul bawang merah (pilih yg bosa2 sikit)// terpulang nak guna bawang besar atau merah// 
  • Halia ( agak2lah tpi sikit gile je) 
  • Kiub ayam (separuh) 
  • 1@2 sudu gula 
  • Garam ( agak2lah) 
Cara-cara

nota kaki : Minyak guna banyak tapi bukanlah banyak mcm masak nugget tu...
1. Kita blend semua bahan warna merah , tambah air sikit tapi tak banyak sebab 
bawang keluarkan air. ( setengah cawan maybe) // cawan kecil bukan mug// 
2. lepas tu panaskan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan diblender 
3. Kacau-kacau dan tumis , kalau boleh lama2 average masa aimie tumis adalah ( 20-35 minit) . Ummi pesan sampai minyak naik . Baru cili masak betul2. 
4. sambil2 tumis masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa . 
5. Kalau nak kuah tambah air sikit ngeh ngeh sikit je.... 
6 bila dah yakin sambal masak , masukkan ikan gaul-gaul sekejap tutup api.
itu sahajalah resepi  kita pada harini ngeh ngeh