Aimie Farzana

Dec 16, 2017

Tips cepatkan haid bila dah lambat

December 16, 2017 COMMENTS 21
Tips cepatkan haid  bila dah lambat
Assalamualaikum semua
Image result for period tumblr
Harini ni aimie nak share tips supaya haid datang cepat bila dah lewat atau nama lain petua cepatkan dan lancarkan haid yang tidak teratur.  Okey untuk orang yang haid dia kejap hari ke 31 kejap hari ke 37 macam tu like me hahaha ni cara yang korg patut buat dan amalkan

Aimie period setiap bulan datang cuma kejap hari ke-30 kadang-kadang hari ke-38 still tak datang kan dah cuak even belom kahwin hahaha otak mula merapu dan overthink benda tak logik dek Biologi manusia HAHAHA , refer to my previous post LINK, I have overthinking issues tapi dah makin berkurang lah, bila haid lewat mula stimulate my overthinking disease. Aimie kaji guna google dan dah guna tips ni (semalam 15/12) dan berhasil harini (16/12) so why don't we share our ilmu right?

TIPS SUPAYA HAID DATANG BILA DAH LAMBAT

1. Consume vitamin  3000 mg dalam sehari

Kalau di kebanyakan blog org putih kata makan 500 mg vitamin sejam selama sehari, some people buat makan lagi extreme untuk abortion. Tapi untuk vitamin ni paling lama  20 hours je tau. ( LINK )
Vitamin C can be used to induce menstruation. This is because higher doses of Vitamin C can reduce the amount of progesterone in the uterus. This allows the endometrial lining to shed, and helps relax the cervix in order to expel the menstrual materials out of the body.
Update 28/8/18

Ramai tanya safe ke tak ? Aimie amalkan allhamdullilah safe setakat ni jngan overdose bahaya. Dh lama tak amalkan makan vitamin  sbb period dh stabil.  Lagi stu too much vitamin c bahaya ,BAHAYA. JANGAN AMALKAN EVERY MONTH TIPS NI.

Satu lagi post aimie ni khas utk org period yg stabil tetiba tak stabil. Bukan utk yg mmg tk stabil period. Yg tak stabil tu kena check doktor dulu apa punca. Once upon a time period aimie tak stabil dan pergi klinik. DR scan mcm org mengandung kt rahim HAha dan  ckp punca period tak stabil sbb overweight. So u gais yg mmg tak stabil period jgn amalkan tips aimie makan vitamin ni every month frequently . Like I say too much vitamin bahaya :D

Tips  aimie period stabil paling utama 2-3 hari sblom target haid korg kena minum teh ajaib dibawah ni. Sehari sekali. Insyaallah dtg. Yg vitamin ni takut ada yg alahan



2.  Teh ajaib : Minum teh hijau + Halia + Kayu manis + Limau nipis


Ha yang ni my own recipe tau nyah, aimie buat bacaan  di google tentang makanan yang lancarkan haid dan combine kan semua nya sekali menjadi satu . Bahan-bahan ni menurut ompotih untuk memanaskan badan dan rahim. Minum 3 kali sehari.
Rebus dulu bahan selain teh hijau selama 15-20 minit. Masukkan teh hijau. Minum.

3. Gunakan hot pack
Image result for hot pack
Rendam 10 minit, lapik dengan kain tuala letak bahagian abdominal bawah (tempat korg sakit bila haid) selama semalaman
Sumpah syiok nyah. Sambil tengok drama minum teh panas so relaxing.

4. Senaman

Lari sikit bila turun tangga lompat-lompat sikit.  Aimie kat UKM mmg lembab sikit tak senaman haha. Makan je kijo tambahan lagi ada servis delivery makanan makin malas keluar bilik kohkoh,

Kenapa semua yang ni mcm memanaskan , yes supaya rahim jadi panas dan stimulate untuk haid. Selalunya orang lambat haid ni badan dia sejuk tangan dia sejuk cemtu hah. Orang tua kata tangan sejuk ni jenis tak subur wallahualam. Aimie guna tips ni nah jadual, tak sampai sehari haid dah datang balik

Jadual  pemakanan ( Pengalaman aimie)

2.00 p.m = Ambil 500 mg vitamin dan teh ajaib
3.00 p.m = 500 mg vitamin
4.00 p.m = 500 mg vitamin
5.00 pm = 500 mg vitamin + teh ajaib
6.00 pm = 500 mg vitamin + senaman badminton
7.00 pm = 500 mg vitamin
8.00 pm = 500 mg vitamin
9.00 pm = 500 mg vitamin + teh ajaib
9.30 pm = tompokan kecil darah keluar ( kalau nak stop vitamin pon okey dah )
10.00 pm = 500 mg vitamin
11.00 pm = 500 mg vitamin
12.00 am = 500 mg vitamin
1.00 am = 500 mg vitamin + teh ajaib + hot pack
1.00 am- 9.30 am = tidur + hot pack
9.30 a.m = darah dah banyak ambil last vitamin

Oklah bye semoga bermanfaat untuk wanita haid tak teratur. Bye gais. Faktor haid lewat ni selalunya stress dan overweight , jangan stress2 nyah.

Kalau korang guna tips ni dan berkesan  why not leftkan komen atau idea supaya kita sama-sama share ilmu :)

( Tips cepatkan haid , Tips haid teratur, Petua haid lambat)

Nov 30, 2017

Review : Mr Dakgalbi Mont Kiara ( Halal ke ?)

November 30, 2017 COMMENTS 4
Review : Mr Dakgalbi Mont Kiara ( Halal ke ?)
Assalamualaikum

Hari selasa lepas , aimie dan kawan-kawan pergi ke Mr Dakgalbi sebab habis Lab Biochemistry awal gitu. Mula-mula kitaorg nak ke bukit bintang then yang bukit bintang tutup so tinggal pilihan yg dekat mont kiara dan setapak / We choose mont Kiara
Actually , bila kami sampai situ terkejut kiri kanan depan belakang semua KEDAI KOREA. Yes semua. Tak silap aimie yg tempat tinggal most korea ada kat ampang tak sangka kat mont kiara pon ada.
( Pekerja bangla tengah goreng-goreng nyum-nyum)
 Mamat korea depan aku selamba minum berbotol-botol soju. Like what baru tengahari ? Waktu tu sis dah cuak , makanan dah hidang  halal ke? I be positive  yang diorang pakai cawan kaca yang kecil tu kitaorang air pakai cawan besi. ( Jom baca explanation halal ke ?di bawah )
( Bekas letak air jenama soju :o )
( Makan dengan kimchi sumpah sedap. I fall in love with it )
 Okey dari segi rasa sedap aimie bagi 4/5. Service pon laju tiptop. Harga agak mahal sikitlah tapi sis okey je.
( See , semua kedai korea weh ni baru sikit gambar)

Bila sampai bilik asrama baru terfikir Mana tahu waktu basuh pinggan tu dia tersekalikan basuh cawan soju dan cawan biasa guna span yang sama ? Aimie rasa nak nanges . Lepas tu tengok ceramah UAI balik tu. ( LINK) Uai kata boleh guna janji basuh . Okey ni more explanation aimie mengenai halal ke guna bekas cawan arak on my previous post . LINK.

Mr Dakgalbi ada sijil persembelihan ayam yang halal ( yg kt internet kita jumpa ), tapi halal jakim tiada sebab sajikan arak even dia kedai Pork Free. Bekas cawan arak bila dibasuh dia jadi bersih tak perlu samak tanah bagai. Apa yang aimie dapat simpulkan kalau syubhah baik elakkan banyak lagi kedai korea yang dapat betul-betul sijil Jakim. Tapi kalau kita rajin basuh balik cawan tu betul-betul boleh je minum hahaha. Even kita pergi hotel pon serve arak ,hmmmm .

Hukum guna cawan bekas arak

November 30, 2017 COMMENTS 0
Hukum guna cawan bekas arak
Assaalamualaikum semua

Harini aimie nak kongsi ilmu mengenai hukum hakam dalam islam guna cawan bekas arak. Yang ini pulak explanation oleh ustaz azhar idrus. Jawapannya boleh digunakan janji kena basuh sebab arak bukan najis mughalazoh ( Babi) yang kena samak

Okey ni explanation aimie ambil dari kemusyikilan.gov.my ( Bawah JAKIM )

"Asalamulaikum Saya Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman Sarawak (kawasan Rumah Iban) Saya Nak Bertanya Tentang Cawan Bekas Minum Arak. Adakah Ia Haram Sekiranya Kita Menggunakan Cawan Tersebut Walau Pun Sudah Di Suci? Saya Harap Utz Dapat Beri Pandangan "
MAHATHIR BIN JOHAHA RIFIN
Jawapan:Wa'alaikumussalam wrt.
Apa yang perlu anda lakukan ialah membasuh cawan bekas minum arak itu
dengan menggunakan air biasa ( mutlak), kerana arak adalah najis
mutawassitah (pertengahan).

Yang ini pulak explanation oleh ustaz azhar idrus. Jawapannya boleh digunakan janji kena basuh sebab arak bukan najis mughalazoh ( Babi) yang kena samak
So terjawab tak kalian persoalan ini.