Aimie Farzana

Jul 20, 2017

Resepi sambal ikan kembung

July 20, 2017 COMMENTS 2
Resepi sambal ikan kembung
Assalamualaikum.
cat, kawaii, and sailor moon image
Harini aimie nak share resepi turun temurun dari keluarga aimie belah mak. Depa masak cara utara maklumlah kampung opah sempadan perak-kedah so depa cakap utara ngehngeh even org perak // nasib ayah pior perak.

Berbalik kepada resepi sambal ni aimie tuntut dari opah dan ummi  tapi ubah sikit kepada citarasa aimie sebab aimie tak suka sambal berkuah banyak, sambal tu ala-ala kering gitu
Bahan-bahan

( maaf sepah gitu)
nota kaki : / <= ( Maksudnya atau ye )
  • Ikan kembung ( goreng dulu) 
  • 10 keping cili kering ( rebus dulu 5 minit) 
  • 3/4 batang cili besar 
  • 3/4 cili api 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 bawang besar atau 7 ketul bawang merah (pilih yg bosa2 sikit)// terpulang nak guna bawang besar atau merah// 
  • Halia ( agak2lah tpi sikit gile je) 
  • Kiub ayam (separuh) 
  • 1@2 sudu gula 
  • Garam ( agak2lah) 
Cara-cara

nota kaki : Minyak guna banyak tapi bukanlah banyak mcm masak nugget tu...
1. Kita blend semua bahan warna merah , tambah air sikit tapi tak banyak sebab 
bawang keluarkan air. ( setengah cawan maybe) // cawan kecil bukan mug// 
2. lepas tu panaskan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan diblender 
3. Kacau-kacau dan tumis , kalau boleh lama2 average masa aimie tumis adalah ( 20-35 minit) . Ummi pesan sampai minyak naik . Baru cili masak betul2. 
4. sambil2 tumis masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa . 
5. Kalau nak kuah tambah air sikit ngeh ngeh sikit je.... 
6 bila dah yakin sambal masak , masukkan ikan gaul-gaul sekejap tutup api.
itu sahajalah resepi  kita pada harini ngeh ngeh

May 21, 2017

Resepi su un dengan telur serta kentang

May 21, 2017 COMMENTS 0
Resepi su un dengan telur serta kentang
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.
animal, cat, and cute image
Hari ni aimie nak share resepi masakan simple yang aimie belajar dari ummi serta cedookan internet.
Resepi su un dengan telur serta kentang.
Haha simple gila je resepi ni. uhuhuhuh :)

Bahan-bahan
Image result for tauhu kering
( kredit pak cik google )
1. Su un dengan pucuk tauhu kering ( beli sekali satu set)
2, Bawang putih 3 (diketuk)
3. Bawang merah 2 (diketuk)
4 .1/2 Kiub ayam ( aimie guna knows)
5. Garam secukup rasa
6. Air 4 atau 3 setengah cawan
7  Telur ayam 2
8. Kentang 3 ketul ( potong serong, sukahati ampa lah)
Cara-cara
1. Tumiskan garam, bawang putih dan merah yang telah diketuk beserta kiub ayam
2 . Tuangkan air ke dalam periuk
3/ Masukkan 3 ketul kentang yang telah dipotong dan biarkan direbus mendidih.
4. Masukkan su un dan pucuk taihu kering jika telah mendidih , selalunya aimie tunggu dekat 10-15 minit untuk pastikan kentang tu empuk bergantung pada kekuatan apa juga/,baru masukkan su un dan pucuk tahu kering
5. Lepas su un dengan pucuk tauhu kering lembut masukkan telur, jangan kacau telur tu( tapi terpulang lah korang_
6. Bila telur dah masak silalah angkat.

Sekian sahaja resepi aimie kali ini.  Semoga bermanfaat

Hukum tukar nazar sebelum peristiwa

May 21, 2017 COMMENTS 0
Hukum tukar nazar sebelum peristiwa
Bismillahirahmanirahim
art, doodle, and islam image
Assalamualaikum semua.

Harini aimie nak berkongsi ilmu dan hukum yang aimie tercari-cari selama ini iaitu hukum menukar niat nazar sebelum peristiwa atau hajat tercapai. Aimie puas mengoogle dan youtube akhirmya jumpa jawapan di laman web http://kemusykilan.islam.gov.my/.

Soalan :
" Assalamualaikum Ustaz/ustazah :- Adakah Nazar Itu Boleh Di'atau'kan Jika Kita Telah Bernazar Tetapi Hajatnya Belum Tercapai? *tukar Niat ..."
Jawapan :


Waalaikumussalam....
Nazar adalah perkara wajib yang perlu di laksanakan sekiranya hajatnya tercapai. Boleh menukar niat nazar sebelum hajat tercapai.
Wallahu'Alam.
Allhamdullilah terjawap segala persoalan yang bermain di minda ku. Allhamdullilah. Risau hati, takut tak sempat tunai nazar, yelah mana tau ajal sampai dulu. Nauzubillah. Contohnya nazar sedekah guna gaji pertama. Allahu.

Okey aimie bagi linknya kalau korg tak yakin dengan aimie http://kemusykilan.islam.gov.my/?data=O2thdGVnb3JpX2RldGFpbDsxMjY7&page=257 .