Aimie Farzana

Feb 25, 2017

Resepi nasi goreng biasa

February 25, 2017 COMMENTS 0
Resepi nasi goreng biasa
Bismillahirahminrahim,

Assalamualaikum ,
Image result for aesthetic
semalam aimie masak nasi goreng hahaha jam 10 malam ( sungguh tak sihat )  , ingatkan nak tolong umi masak kari ikan jam 8 malam tu tapi umi macam tak sihat ayah pula penat baru balik main golf and depa macam tak mau makan sebab petang tu goreng fried potato. So disebabkan seharian tak makan nasi as tengahari tu aimie buat macaroni cheese but simple version. Perut Melayu memang kena ada nasi hahaha kalau tak mengeleding siang malam.

Goreng punya nasi goreng tupp tupp umi turun cewah, izzati adek I makan dua kali tambah then bila ayah turun dh habis hahaha. Aimie tak expect parents nak makan as dh kenyang takut membazir mcm dulu2 .

Jadi di sini aimie nak kongsikan resepi nasi goreng versi Aimie hahhahaha. Harap maaf gambar tiada hahahaha.

 Bahan-bahan
  1. Bawang merah 2x
  2. Bawang putih 3
  3. Ikan bilis dlm 10 ekor 
  4. Cili api 3x
  5. Kiub pati ikan bilis(separuh atau 1/3)
  6. Garam secukup rasa
  7. Telur 2X ( pukul dgn mayonis ye)
  8. Hotdog (cincang habis) atau ayam kisar ramleee
  9. Nasi sejuk ( 2 pot )
Cara-cara 
  1. Tumbuk Bahan A ( bawang merah , bawang putih, ikan bilis dan cili api ) sampai lumat .
  2. Panaskan api then tumiskan Bahan A dengan kiub pati ikan bilis sampai naik bau .
  3. Jangan lupa masukkan ayam cincang atau hotdog  ye, kacau jangan buat bahan A hangit
  4. Masukkan telur yang dipukul dengan mayonis dan tambah lah garam secukup rasa
  5. Masukkan nasi sejuk
  6. Goreng dalam 6 atau 8 minit
  7. Siap


Simple an... Maklumlah umur 19 bukan mak orang kay, ahahahaha, byeeeeee Lusa dah habis cuti midsem. Welcome to the hell semester ever before final. Wish me luck. Doakan aimie dapat pilihan pertama dalam upu aminnn <3

Jan 13, 2017

Life in Kmns part two

January 13, 2017 COMMENTS 1
Life in Kmns part two
Assalamualaikum
Allhamdullilah lagi 4 bulan lagi aku akan menamatkan matrikulasi. Macam-macam cabaran yang mematangkan aku. Aku dapat lihat dunia sebenar di luar dan berdepan pelbagai cabaran yang kadang membuat aku lebih menyayangi diriku dan keluarga aku, wah macam serius je bunyi.

Kadang-kadang aku rasa diabaikan budak praktikum aku, ataupun aku yang menyepikan diri bak kata diba dan zati, Aku bukan sombong, cuma aku tak bersedia nak berkawan pendek kata aku fobia dulu aku seorang yang amat menghargai persahabatan tapi lepas banyak kejadian tikam menikam belakang aku terus fobia, wah gitu. Lol, kalau dibandingkan perangai aku dengan roommate , floormate vs praktikum sumpah lain. Hahaha.

Aku tak nak tersepit dengan masalah kecil yang menghalang aku terus mengejar cita cita aku. Aku trauma kecundang di SPM kerana kealpaan aku jadi itu menyebabkan aku lebih menghargai masa aku, aku cuba menggunakan masa aku sebaik yang aku mampu.

Kadang-kadang ada yang tertanya-tanya kenapa aku suka gerak ke kelas or everywhere sendirian sebab hahaha aku suka jalan laju-laju untuk cepat sampai dan kadang-kadang aku tak ada idea nak borak, dalam kepala aku cuma nak cepat sampai tu je, hahaha. Tak normal kan? Aku yang dulu bukan macam ni, kat sekolah menengah dulu kalau nak gi mana-mana kena bawak geng keenam-enam jalan kehulu hilir, tandas pon berteman hahaha. Rindu do. Aku sekarang berbeza nak mampuih lone ranger gitu kau

Apa lagi yer, ooh keputusan pspm semester 1 aku , Allhamdulilah dengan pointer tersebut aku boleh guna untuk permohonan upu yang ada temuduga dalam bulan 5 sebab result sem 2 tak keluar lagi. Aku risau dengan muet. Aku tak berapa bagus dalam english if dapat band 2 aku terus akan ditolak dari temuduga course yang aku impikan even dapat dekan sekalipon, gaiss doakan muet aku tau, lagi 2 bulan nak muet baru menyesal ialah selama ni abaikan muet fokus dkt kimia bio etc.

Ada apa-apa tips x untuk muet huhuhu. sebab aku dulu selalu dapat C je bi spm baru dapat B+ :(  Ada yang spm A bi tapi muet band 3, aduh seram kau.

Nov 29, 2016

Kucing

November 29, 2016 COMMENTS 0
Kucing
Bismillahirahmanirahim.  
Assalamualaikum semua,
bts, jin, and jungkook image
 Wah topik kita pasal kucing , eh sejak bila aku membela kucing. ahahaha. I bela kay. Eh tak family I bela . Macam mana I boleh terjebak ke kancah membela kucing? Panjang cerita dia woooooo... Tak apa aku akan cuba pendekkan dan padatkan.

Awal bulan June 2016
 Adik aku  atau nama panggilan udek main dekat luar rumah dengan kawan dia. Entah macam mana dia bawak balik anak kucing (kecik pula tu ) katanya jumpa depan rumah. Pelik pon ade kenapa bawak sekor je rupanya lagi sekor jiran jaga tak silap aku. Dahlah anak kucing aduh nasib dia ni dah pandai buka mata dan jilat susu fuhhh.
Well mak ayah aku berat hati nak bela kucing , begitu jugak aku ekekeke sebab waktu tu baru habis kursus BI dekat kolej yayasan felda then kena pula masuk kmns tension weh seminggu je lepas tu kena berambus dari rumah tak dapat berjimba dah lah kmns tu jauh si**.

So mak ayah aku setuju jelah bela kucing tu we all namakan dia kiki. Well kiki amatlah disayangi dan ditatang dan semenjak itulah aku mula sukakan kucing, aku tak penah peluk kucing atau cium atau angkat hahaha penakut weh. Tapi dengan adanya kiki wah aku makin berani. Siap gomol-gomol dia. Eh. Haha tension dia , nasib aku balik sebulan dua je. Ni cuti sem padan muka dia kena kacau dek aku jeh.
Kat matrik aku suka gak  kucing siapkan nama kucing lagi , ucapkan makasih kepada faten sebab tukang beri nama kehkehkeh.
No 1 tu nama dia kembang dan nombor 3 tu oyenn. Dua-dua penah menumpang depan bilik aku sampai masuk bilik dahlah payah nak halau huhuhu.

Minggu lepas aku balik , dia terlepas sangkar peh dia pergi menggatal woi. Sabar jelah adek aku irfan siap goncang2 pagar nak halau ingat si jantan tu nak  gaduh dengan kiki sebab gigit leher kiki . rupanya buat projek, mengamuk jugalah aku. Baru nak kahwinkan dia dengan kuceng yang berbaka scottishfold gitu. hahaha. Tak apalah hakak pasrah//

 Well. Sebabkan hadek aku ni kira cucu kategori bongsu family sebelah mak so bila mak long aku bela kucing dia gi namakan lala. Macam mana Mak long bela kucing well, abg uyik jumpa kucing tu dalam kotak bertutup (waktu raya) dah berulat-ulat dipenuhi tahi but uyik ni jiwa kental dia basuh wooo siap bela anak kucing tu gua tabik lu...

 Semenjak adek aku bela kucing hahaha sepupu sepapat semua bela kucing wah kelas gitu. Perasan sekajap.

Ya ampun panjang nya entry . Ada ke nak baca hahaha. tsk tsk.

dahlah bye...