resepi begedil goreng - Aimie Farzana

Feb 28, 2016

resepi begedil goreng

Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim , hari ini Aimie nak share resepi masakan untuk mereka yang masih bujang trang ta tang. Okey resepi dia simple Dan mudah iaitu begedil ayam. 

Sesetengah orang buat begedil dia rebus dulu biar masak Dan lenyek-lenyek Dan ada setengah yang goreng dulu lepas itu baru dilenyekkan. Aimie dah pernah buat kedua-dua version Dan terpulang lah kepada individu. Aimie hari ini nak share yang version goreng dulu kentang dia. Ceh.

Resepi Begedil 2 orang makan ( simple )
 ( Aimie buat bulat kecil-kecil ala2 bebola )
Bahan - bahan
  1. 3 biji kentang ( besar )
  2. Ayam cincang ( Aimie guna ayam cincang ramly )
  3. Barang merah 3 ketul
  4. Barang putih seketul
  5. Daun bawang ( ikut suka hati anda )
  6. Cili api ( potong kecik )
  7. Telur ayam ( 2 biji )
Langkah2
  •  potong kentang Dan goreng biar empuk then toskan letak sebelah.
  •  Potong cincang bawang merah Dan bawang putih serta ayam cincang
  •  Aimie goreng ayam dulu lepas tu baru tumiskan dengan bawang yang telah dicincang sebab nak elakkan bawang hangit bila ayam tak masak lagi. Masukkan garam ajinamoto secukup rasa😚
  •  sekarang lenyek-lenyek kentang yang dah ditoskan sehingga lenyek.
  •  gaulkan kentang yang dah dilenyekkan dengan bawang goreng Dan ayam cincang yang dah di goreng dan buat bentuk bulat- bulat-.
  •  pukul sebiji telur terpulang nak buang kuning telur ke tak Dan celupkan kedalam telur yang dah dipukul.
  • goreng sehingga kekuningan Dan siap 💕💕💕💕

Simple nau. Sedap mudah Dan ringkas. Fuhhh berdebar aku lagi 3 hari nak dapat result SPM. Fuhhhhhhhh. Gemuruh.

2 comments:

fifi said...

wah simpel, inshaallah ada masa nak try since Fifi selalu makan cucur + ikan bilis + bawang je haha

NINA FARHANA said...

Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1