Resepi Ikan tenggiri Masak masam manis - Aimie Farzana

Aug 6, 2017

Resepi Ikan tenggiri Masak masam manis

Assalamualaikum

Hari ni aimie nak resepi masakan yang aimie buat harini yuhhhuuuu baru ada kesempatan dan ini kali kedua aimie masak masam manis hewhew based on book recipe ummi yang lama dah terkoyak-oyak buku itu tpi ni versi simple tak ada nenas timun bagai . Sedap , cepat ringkas dan tak bazir.
Bahan-bahanIkan Goreng
  • Ikan tenggiri 2 ketul 
  • Garam 
  • Kunyit
Jadi Kita  bersihkan ikan dan gaul dengan garam kunyit dan goreng
Kuah Masam manis
  • 3 Bawang putih 
  • Bawang  besar ( separuh)
  • Halia ( 1cm)
  • Cili Api
  • Cili besar  x1 (potong serong)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu gula ( aimie tak suka manis2)
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam sikit je agak2
Langkah-langkah
1. Tumbuk bahan warna ungu dan tumis dalam kuali 
2. Selepas naik bau masukkan bahan warna biru. 
3. Kacau-kacau dan tambah air , garam, dan gula serta ajinamoto ( kalau nak kuah tambah banyak air tapi tambah sikit sos cili dan tomato supaya tak tawar) 
4. Selepas menggelegak masukkan ikan yang dah goreng. 
5. Siapppppppp
Allhamdullilah sssuppp setel masakkan kita harini cepat mudah dan ringkassss

1 comment:

Farhana Zukri said...

tak pernah cuba lagi resipi ni :) nice sharing