January 2017 - Aimie Farzana

Jan 13, 2017

Life in Kmns part two

January 13, 2017 COMMENTS 1
Life in Kmns part two
Assalamualaikum
Allhamdullilah lagi 4 bulan lagi aku akan menamatkan matrikulasi. Macam-macam cabaran yang mematangkan aku. Aku dapat lihat dunia sebenar di luar dan berdepan pelbagai cabaran yang kadang membuat aku lebih menyayangi diriku dan keluarga aku, wah macam serius je bunyi.

Kadang-kadang aku rasa diabaikan budak praktikum aku, ataupun aku yang menyepikan diri bak kata diba dan zati, Aku bukan sombong, cuma aku tak bersedia nak berkawan pendek kata aku fobia dulu aku seorang yang amat menghargai persahabatan tapi lepas banyak kejadian tikam menikam belakang aku terus fobia, wah gitu. Lol, kalau dibandingkan perangai aku dengan roommate , floormate vs praktikum sumpah lain. Hahaha.

Aku tak nak tersepit dengan masalah kecil yang menghalang aku terus mengejar cita cita aku. Aku trauma kecundang di SPM kerana kealpaan aku jadi itu menyebabkan aku lebih menghargai masa aku, aku cuba menggunakan masa aku sebaik yang aku mampu.

Kadang-kadang ada yang tertanya-tanya kenapa aku suka gerak ke kelas or everywhere sendirian sebab hahaha aku suka jalan laju-laju untuk cepat sampai dan kadang-kadang aku tak ada idea nak borak, dalam kepala aku cuma nak cepat sampai tu je, hahaha. Tak normal kan? Aku yang dulu bukan macam ni, kat sekolah menengah dulu kalau nak gi mana-mana kena bawak geng keenam-enam jalan kehulu hilir, tandas pon berteman hahaha. Rindu do. Aku sekarang berbeza nak mampuih lone ranger gitu kau

Apa lagi yer, ooh keputusan pspm semester 1 aku , Allhamdulilah dengan pointer tersebut aku boleh guna untuk permohonan upu yang ada temuduga dalam bulan 5 sebab result sem 2 tak keluar lagi. Aku risau dengan muet. Aku tak berapa bagus dalam english if dapat band 2 aku terus akan ditolak dari temuduga course yang aku impikan even dapat dekan sekalipon, gaiss doakan muet aku tau, lagi 2 bulan nak muet baru menyesal ialah selama ni abaikan muet fokus dkt kimia bio etc.

Ada apa-apa tips x untuk muet huhuhu. sebab aku dulu selalu dapat C je bi spm baru dapat B+ :(  Ada yang spm A bi tapi muet band 3, aduh seram kau.