Aimie Farzana: Islam
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

May 9, 2019

Amalan di bulan Puasa untuk wanita haid

May 09, 2019 COMMENTS 0
Amalan di bulan Puasa untuk wanita haid
Assalamualaikum semua
Salam 4 Ramadhan semua ! Semoga tahun ini ramadhan kita lebih baik daripada ramadhan tahun sebelumnya. Tujuan aimie menulis entry setelah hampir setahun tidak menulis ialah untuk berkongsi sedikit tentang amalan ketika di bulan puasa bagi mereka yang datang haid. Siapa kata wanita yang datang haid tidak dapat apa-apa keberkatan dan pahala di bulan puasa. Allah itu maha pemurah lagi maha penyanyang.
Secara amnya banyak amalan dapat dilakukan kalau tak boleh bertarawikh dan membaca Al-Quran. Berikut aimie kongsikan beberapa amalan yang dapat wanita sedang datang haid lakukan ketika di bulan puasa.

1. Menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa
2. Memperbanyakkan zikir dan doa
3. Membantu orang lain
4. Memperbanyakkan sedekah
5. Mendengar ayat-ayat quran
6. Babysitting for women who want to worship like tarawih
7. Menuntut ilmu agama islam



Sumber rujukan aimie :

Nov 30, 2017

Hukum guna cawan bekas arak

November 30, 2017 COMMENTS 0
Hukum guna cawan bekas arak
Assaalamualaikum semua

Harini aimie nak kongsi ilmu mengenai hukum hakam dalam islam guna cawan bekas arak. Yang ini pulak explanation oleh ustaz azhar idrus. Jawapannya boleh digunakan janji kena basuh sebab arak bukan najis mughalazoh ( Babi) yang kena samak

Okey ni explanation aimie ambil dari kemusyikilan.gov.my ( Bawah JAKIM )

"Asalamulaikum Saya Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman Sarawak (kawasan Rumah Iban) Saya Nak Bertanya Tentang Cawan Bekas Minum Arak. Adakah Ia Haram Sekiranya Kita Menggunakan Cawan Tersebut Walau Pun Sudah Di Suci? Saya Harap Utz Dapat Beri Pandangan "
MAHATHIR BIN JOHAHA RIFIN
Jawapan:Wa'alaikumussalam wrt.
Apa yang perlu anda lakukan ialah membasuh cawan bekas minum arak itu
dengan menggunakan air biasa ( mutlak), kerana arak adalah najis
mutawassitah (pertengahan).

Yang ini pulak explanation oleh ustaz azhar idrus. Jawapannya boleh digunakan janji kena basuh sebab arak bukan najis mughalazoh ( Babi) yang kena samak
So terjawab tak kalian persoalan ini.

May 21, 2017

Hukum tukar nazar sebelum peristiwa

May 21, 2017 COMMENTS 0
Hukum tukar nazar sebelum peristiwa
Bismillahirahmanirahim
art, doodle, and islam image
Assalamualaikum semua.

Harini aimie nak berkongsi ilmu dan hukum yang aimie tercari-cari selama ini iaitu hukum menukar niat nazar sebelum peristiwa atau hajat tercapai. Aimie puas mengoogle dan youtube akhirmya jumpa jawapan di laman web http://kemusykilan.islam.gov.my/.

Soalan :
" Assalamualaikum Ustaz/ustazah :- Adakah Nazar Itu Boleh Di'atau'kan Jika Kita Telah Bernazar Tetapi Hajatnya Belum Tercapai? *tukar Niat ..."
Jawapan :


Waalaikumussalam....
Nazar adalah perkara wajib yang perlu di laksanakan sekiranya hajatnya tercapai. Boleh menukar niat nazar sebelum hajat tercapai.
Wallahu'Alam.
Allhamdullilah terjawap segala persoalan yang bermain di minda ku. Allhamdullilah. Risau hati, takut tak sempat tunai nazar, yelah mana tau ajal sampai dulu. Nauzubillah. Contohnya nazar sedekah guna gaji pertama. Allahu.

Okey aimie bagi linknya kalau korg tak yakin dengan aimie http://kemusykilan.islam.gov.my/?data=O2thdGVnb3JpX2RldGFpbDsxMjY7&page=257 .

Nov 28, 2016

Aurat

November 28, 2016 COMMENTS 0
Aurat
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt
cat, cute, and kitten image
Harini topik kita tentang aurat wah. Tak adalah tujuan menulis pasal aurat ni bukan nak mengaibkan sesiapa sekadar untuk saling mengingati. AImie akui kadang-kadang aimie buang sampah atau nak angkat kiki just lapik kain tuala dan pakai baju lengan pendek but hukum dia still dosa even sekejap  \\.o//

Aimie ada terbaca satu quote kat google
Sehelai rambut wanita yang dilihat lelaki( bukan muhrim) dengan sengaja balasannya adalah 70,000 tahun di dalam neraka.
1 hari di akhirat = 1000 tahun dunia
Musim cuti ni kita berkumpul sanak saudara tak boleh main salam dan cabut tudung je, sebab just cabut tudung je dengan sepupu lelaki katanya tak ada batas, ada batas ye anak2

Lagi satu aimie nak sentuh pasal tudung, Sekarang ni ramai yang terlupa bahawasanya perempuan patu

  • Labuhkan tudung ( tutup dada anda) 
  • Pakai arm sock . ( pergelangan
  • Baju longgar ( Tak mau melekat-lekat) 
  • Baju tutup miss V dan punggung ( sekarang trend baju tuck inn dalam seluar gaya hipster) gan tangan aurat ) 
  • Pakai stokin ( Kaki pon aurat )
Lelaki pon sama . Pakai seluar pendek. Paras cukup-cukup lutut , bila ditegur katanya dah menutup aurat, Wahai cik abang kalang awak duduk seluar awak terangkat dah nampak kepala lutut. Tu bukan aurat ke? Satu lagi yang jenis tayang body awak kalau nampak pusat awak dah dosa tau

Yang ni carta aliran aurat untuk lelaki dan wanita.
Image resultRelated image
P/s : Aimie minta maaf if terkasar bahasa huhuhuhu.

Jan 12, 2016

Cara kuatkan iman

January 12, 2016 COMMENTS 2
Cara kuatkan iman
Bismillahirahmanirahim.
assalamualaikum.
Hari ini aimie nak berkongsi ilmu yang aimie jumpa di internet Moga ianya menjadi bermanfaat dan amalan kita dalam menghadapi arus globalisasi.

Berikut disarankan beberapa cara untuk menguatkan iman:

1. Perbanyaklah mengkaji ayat-ayat Al-Quran saranan dari – Surah Al Isra’: 82
2. Rasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Qur’an dan Sunnah –jangan jadi saperti yang dikatakan ayat Az Zumar : 67
3. Carilah ilmu syar’i, sila rujuk surah Fathir : 28, Az Zumar : 9
4. Ikutilah halaqah zikir
5. Perbanyaklah amal soleh – Al Hadid: 21, Az-Zariat : 17-19
6. Lakukan berbagai bentuk ibadah
7. Hadirkan perasaan takut mati dalam keadaan su’ul khatimah
8. Banyak-banyaklah ingat mati
9. Ingatlah dahsyatnya keadaan di hari akhirat: Surah Qaf, Al-Waqi’ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir. Begitu juga hadis-hadis Rasulullah saw.
10. Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam
11. Berzikirlah dengan banyak saranan Surah Al-Kahfi: 24 , Ar- Ra’d :28
12. Perbanyakanlah munajat dan berdoa kepada Allah dan pasrah kepada-Nya terutama dalam sujud.
13. Tinggalkan angan-angan yang kosong , hidup hanya sementara- Yunus:45 , Asy-Syu’ara: 205-207
14. Memikirkan kehinaan dunia – Surah Ali imran
15. Mengagungkan hal-hal yang mulia di sisi Allah- Al-Hajj: 30, Al-Hajj: 32
16. Menguatkan sikap al-wala’ wal-bara’ ( taat kepada Allah , Rasul dan orang-orang beriman)
17. Bersikap tawadhu- Rasulullah saw. bersabda, “Merendahkan diri termasuk sebagian dari iman.” (Ibnu Majah no. 4118)
18. Perbanyakkan amalan hati- saperti mencintai Allah, takut padaNya , berharap bertemu denganNya, dan redho dengan takdirNya.
19. Sering menghisab diri- Al-Hasyr: 18
20. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman- Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu.
Semoga bermanfaat perkongsian ini . insyallah.

Jan 9, 2014

Tanda hati kotor

January 09, 2014 COMMENTS 0
Tanda hati kotor
Assalamualaikum dan annyeonghaseyo!
(shooo cute~)
Hai! Macam mana school season? Everything alright? Aimie? Entahlah, cuma menunggu tawaran asrama dan barang yang aimie order kat Shaza K-pop shop online. Btw hari ini aimie nak share ciri-ciri hati yang kotor so kita sama-sama dapat merenung diri masing-masing...
    Ciri-ciri Hati yang kotor




  • Gelisah Walau tiada masalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
  • Suka Mengumpat dan emmbuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah dari dirinya
  • Lidah yang tajam atau laser
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Belagak alim semata2 untuk dipuji orang
  • Menyampaikan Ilmu dengan Riak
  • Menganggap diri lebih hebat dari orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
  • Talam dua muka
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang dia ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Selalu mencari salah orang
  • cinta kepada duniawi
  • Materialistik
  • Mudah bersangka buruk terhadap orang
  • Membesar-besarkan perkara yang kecil
  • Suka Mendengar Gossip
  • Dengki kerana kepentingan duniawi

  • Ok, secara jujur aimie dapat mengesan beberapa ciri yang terdapat pada aimie hemmm..... Ya Allah semoga aimie dapat memperbaiki diri kepada lebih baik. Insyallah. Doakanlah yang terbaik untuk aimie... Semoga kita semua dapat memperbaiki diri kepada yang lebih baik..

    Setakat sini sahaja entry minggu ini, bye dan Assalamualaikum...