Cara ke Times Square guna kenderaan awam - Aimie Farzana

Feb 20, 2018

Cara ke Times Square guna kenderaan awam

Assalamualaikum
milk, art, and aesthetic image
Harini aimie nak share cara ke Times square guna public transport terutamannya dari monorail KL sentral, MRT dan LRT. Yelah dulu gigih cari step by step sebab aimie ni jenis paranoid ke tempat baru as sepanjang matrik just ulang alik naik KTM balik  rumah , Hopefully dapat membantu terutamannya yang tinggal luar kawasan KL dan Selangor.

Dari  Monorail KL sentral ke Times Square
Naik eskalator menghala NU sentral ( tingkat 2) Jalan je tengok ada tanda kuning dan ikut tanda kuning pada jalan dan jumpa pintu besar ikut tanda kuning lalu jumpa stesen Monorail
( (Tanda kuning yang berhubung macam jalan  tu untuk orang buta cari laluan guna tongkat) 

Beli token ke Jalan Imbi ada laluan menghubungkan monorail dengan times square tak silap aimie tingkat 1. Nak ke ground floor tiada lift cuma eskalator.

Dari LRT ke Times Square 
Ambil stesen LRT titiwangsa dan ada laluan macam  jambatan berhubung dengan monorail titiwangsa. Beli token ke monorail Imbi dan sama sahaja macam di atas.

Dari MRT ke Times Square
Kalau dari MRT  sungai buloh atau kajang berhenti pada MRT bukit bintang.
Keluar ikut Gate C ( Pintu C ) tak silap aimie.  Bila keluar tu terus je sampai nampak jalan besar dan belok kanan jumpa monorail Bukit Bintang .

Dari monorail bukit bintang beli token  ke monorail Imbi dan pilih platform ke arah KL sentral. Sama macam di atas monorail Imbi bersambung dengan times square.

Okeylah takat tu je perkongsian. sebarang pertanyaan tinggalkan komen dibawah atau ruang chat.

No comments: