Aimie Farzana

Sep 9, 2020

Resepi keto & atkins : Ayam Bakar lemon guna oven

September 09, 2020 COMMENTS 2
Resepi keto & atkins : Ayam Bakar lemon guna oven

 Assalamualaikum semua

Aimie ada tengok satu resepi keto yang nampak menarik di tiktok dua hari lepas, jadi saya cubalah guna resepi tersebut tetapi tukar sikit dari segi variasi dan rempah ikut tekak sendiri hehehe tapi asas dia kena ada lemon dan olive oil/flower oil/ butter.

Resepi Ayam Bakar Lemon Oven versi 1 oleh Aimie ( Keto & Atkins Friendly)

Bahan-bahan

  • Ayam 150 gram tanpa tulang
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar lemon
  • 2 ulas bawang putih (ketuk hancur)
  • 1 sudu kecil rempah ratus - parsley , cummin,blackpepper dan basil (ikut masing-masing)
  • Garam secukup rasa
Langkah-langkah
  • Perapkan ayam dengan olive oil, lemon, bawang putih dan butter 
  • Hiaskan dengan rempah ratus supaya jadi rangup 
  • Salut dan perap selama 3 jam tapi aimie buat selama 1 jam setengah sahaja. Lagi lama lagi sedap
  • Panaskan oven pada suhu 200 celcius selama  7 minit
  • Bakar pada suhu 220 celcius selama 15 minit tutup dengan aluminium foil
  • Buka aluminium foil dan bakar balik pada suhu 200 celcius selama 20 minit
  • Tambahkan dengan lauk lain seperti telur omelette dan lettuce supaya lebih kenyang.
(Total keseluruhan di atas : 525 kcal dan 11 gram carb. )
Review ikhlas dariku. Kalau nak lagi sedap tambahkan banyak rempah ratus dan bawang putih serta lemon Suhu bakar bergantung pada oven masing-masing. Sbb mimie follow tiktok tu dia mcm tak masak. Based internet 200 gram ayam kena dalam 30-40 minit selama 220 celcius. Ikut oven anda punya buku manual. Aimie tak pro memasak. Tujuan share resepi ini untuk atkins dan keto fighter berkongsi idea makanan dan tak makan makanan sama ulang ulang.

Sep 7, 2020

Resepi keto & atkins : Mee goreng konjac dan cendawan

September 07, 2020 COMMENTS 2
Resepi keto & atkins :  Mee goreng konjac dan cendawan

 Assalamualaikum  !

Hari ini aimie nak share resepi yang menjadi kegemaran aimie sepanjang melakukan keto diet. Sedap, mudah dan ringkas bagi aimie. Mee goreng konjac ni korang boleh beli di shopee dengan 1 pek harga rm5.50. Tak silap aimie konjac dan shiratoki ni benda sama, betulkan kalau aimie salah. Okey, jom proceed ke resepi

Resepi Mee Goreng Konjac dan Cendawan

Bahan-bahan

  • 100 gram ayam cincang (minced-chicken)
  • 100 gram straw mushroom (jaga-jaga amount carbo)
  • 1 senduk air rebusan ayam atau daging atau udang
  • 2 ulas bawang putih (2g carbo)
  • 1 batang cili padi 
  • 1 sudu besar butter ( no carbo)
  • 1 pek mee konjac ( boleh guna separuh, tapi aimie omad jadi perlukan amount banyak)
Langkah-langkah
  • Tumis bawang putih dan cili padi menggunakan butter. (jangan bagi garing sedang-sedang)
  • Masukkan ayam cincang sampai masak sedikit
  • Masukkan mushroom kacau-kacau sampai perang sedikit 
  • Masukkan 1 senduk air rebusan 
  • Bila dah mengelegak masukkan mee konjac (aimie prefer rebus dulu mee ni dalam 2 minit)
  • Perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan cummin . ( tak nak pon tak apa  tapi aimie suka rempah ni, cuma jangan lebih ye anak-anak sebab carbo)
  • Kacau sekejap dan tutup api
Siapppp! Kalau korang jumpa mana-mana blogger Malaysian yang amalkan keto resepi ayuh sharekan link. Aimie kekadang mati idea nak variasikan makanan. Maklumlah tekak melayu . Huhuhuhu

Sep 2, 2020

Resepi keto & atkins : Ayam meatball ala cucur guna oven

September 02, 2020 COMMENTS 2
Resepi keto & atkins : Ayam meatball ala cucur guna oven

 Assalamualaikum

Harini aimie sambung balik keto setelah 4 hari cheat days sebab pergi holiday. Jadi mulai harini aimie nak share resepi makanan yang aimie makan sepanjang melakukan keto diet sampai awal bulan 10 nanti. Sebelum ni 3 minggu diet suku suku separuh turun 2.5 kg dan seminggu lebih keto turun dalam 2.5. So aimie tekad nak buat keto ehek :)

Resepi Ayam meatball ala cucur oven ( keto dan atkins friendly)

Bahan-bahan 

  • 200 gram ayam cincang ramly - (low carbs)
  • 50 gram bawang holland/ kuning cincang
  • 50 gram broccoli 
  • 1 biji telur
  • Secukup rasa serbuk blackpepper
  • Secukup rasa serbuk cili kering
  • Secukup rasa serbuk cummin
  • Secukup rasa daun parsley
Langkah-langkah 
  • Panaskan oven - 220 celcius 10 minit
  • Satukan semua bahan ke dalam bekas dan gaulkan (kurangkan telur kalau tak susah nak bentuk bulat- aimie
  • Bentukkan bulat-bulat letak atas loyang oven lapik dengan baking paper
  • Bakar pada suhur 220 celcius selama 20-25 minit. Bergantung pada jenis oven 
  • Hiaskan dengan 50 gram timun dan 3 helai daun lettuce
  • Tambahkan telur dan cheese goreng kalau nak bagi lagi kenyang.

Okey done, semoga kita sama-sama istiqamah diet untuk gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat buat semua. babai :')

Aug 10, 2020

ILMU DIET - kesilapan diet dan keburukan diet terlampau rendah kalori ( PART 1)

August 10, 2020 COMMENTS 2
ILMU DIET - kesilapan diet  dan keburukan diet terlampau rendah kalori ( PART 1)

Assalamualaikum semua. 

Apa khabar? Sihat tak? Aimie sihat je ni ha makin berisi pon  ada. Aimie sudah seminggu mulakan misi diet yang tertangguh. Sebelum ini aimie pernah diet dalam sebulan dan turun sebanyak 10 kg. Daripada 89 kg kepada 79 kg! Wowzerrrr! Bila pkp duduk rumah melantak balik naik 7 kg dalam 2 bulan pertama pkp maka jadilah 87 kg sekarang sobs sobs. Sebenarnya diet yang aimie lakukan sebelum ini diet ekstrem. Keburukan diet ekstrem ialah berat cepat turun dan cepat naik. Bila sudah naik percayalah payah betul nak turun. Okey waktu tu aimie makan cuma tengahari dan petang sahaja 1 senduk lepas tu lauk sayur sebanyak alam sebab amalkan intermittent fasting. Okey jom cari kesilapan diet aimie dan keburukan diet rendah kalori ini.


Kesilapan diet aku yang dulu : Kalori kurang dari 1200 (minimum).

  • Aimie makan hanya 800 kcal sehari. 800 dan kebawah. I'm starving a lot, ada satu waktu tu aimie buat water fasting iaitu minum air sahaja tanpa makan. Aimie buat 32 jam dan I almost nak pitam, jantung laju nak mati. Lepas tu aimie ada buat diet telur seminggu. 3 biji telur dan green tea setiap kali waktu makan. 
  • Bila korang makan kurang dari 1200 kalori badan akan adapt dan biasakan diri lepas itu berat badan korang akan plateau aka kekal. Otak kita bijak ye anak-anak dia akan cuba sedaya upaya untuk simpan tenaga dengan merendahkan metabolisma. Bila plateau, kebiasaanya kita akan kurangkan pengambilan kalori dan sudah itu kalau kome ambil 600 kalori kurangkan lagi larat ke. Kemudian korang ambil balik makanan dengan kalori normal iaitu 1200 hingga 15000, maka badan akan automatik tukar kalori berlebihan kepada lemak sebab badan sudah rendahkan metabolisma. 

Keburukan diet rendah kalori yang ekstrem bawah 1200 kcal

1. Metabolisma badan akan menjadi rendah.

Apabila metabolisma rendah menurut kajian 80% daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan akan mengalami peningkatan berat yang drastik apabila dia stop diet. Selain itu metabolisma badan rendah disebabkan kehilangan otot bukan lemak sepanjang diet bila otot berkurang maka metabolisma badan kita akan rendah.

2. Badan cepat berasa penat dan letih

Kita telah mengehadkan jumlah khasiat  nutrient seperti zat besi, b12 dan folate terhadap badan secara tidak langsung mengakibatkan keletihan. Bila diet yang terlampau ketat kita akan kurang beberapa zat seperti vitamin A dan calcium . Bila kurang makanan vitamin A maka daya pertahanan badan kita akan menjadi rendah serta menyebabkan gangguan pada mata, Vitamin A penting untuk mata. Banyak lagi sebenarnya tapi kome boleh rujuk aimie letak reference link dekat bawah post.

3. Kurangkan kesuburan

Kurang kalori mengakibatkan kurang hormon estrogen apabila kurang hormon ini maka kitar haid akan tidak teratur dan menjejaskan kesuburan.

4. Tulang akan jadi rapuh

Tulang jadi rapuh disebabkan kurangnya kalsium serta kurangnya hormon estrogen dan testerone. Kurangnya tiga perkara itu menyebabkan tulang mudah rapuh dan mengurangkan kadar pembentukan tulang baru.

5. Sistem imuniti menjadi rendah

Imuniti menjadi rendah sebab kurangnya nutrient penting seperti vitamin A, kurang otot dalam badan serta stress bila diet. Bila badan kita stress nak capai matlamat diet maka badan akan tertekan. Tekanan merendahkan imuniti jadi senang kena demam batuk dan selsema. 

Kesimpulannya korang kena ingat 70% ialah pemakanan dengan amalkan makanan kurang garam dan minyak lebihkan kukus, rebus panggang. 30% ialah sukan iaitu minimum 45 minit sehari . 100% adalah pemikiran dan positiviti untuk terus kekal bermotivasi dan istiqamah dalam diet. Ingat diet bukan nak kurus tapi hendak ubah cara pemakanan untuk tempoh jangka masa yang panjang.


Byee! Jumpa lagi dalam post lain. Muah xoxo!

May 5, 2020

PKPB patutkah dilaksanakan?

May 05, 2020 COMMENTS 6
PKPB patutkah dilaksanakan?
Assalamualaikum selamat berpuasaa!
Hari ini aimie hendak kongsi pandangan aimie tentang pkp-b iaitu bermula 4 mei kita telah dibenarkan bekerja dan sektor ekonomi dibuka. Tapi itulah rakyat Malaysia bila dengan ekonomi dibuka shoopping mall dibuka mereka punya bebal tak boleh bawa bincang. Angin satu badan mimie bila tengok sebelum 4 mei baru diumum ada yang bawa anak berderet ke pasar ada yg tak mengamalkan penjarakan sosial. Ya Allah kome kenapa degil sangat. Tahu tak PKPB ini dia untuk apa ? Untuk ekonomi bukan maksudnya kita sudah bebas covid-19. Kita buat ini sebab nak seimbangkan ekonomi. Korang tahu tak perang melawan covid-19 memakan wang yang besar?

Aimie nak sebut pasal reagen untuk menjalankan ujian covid-19, sebab itu ialah memang bidang aimie. Okey waktu attachment di HUKM dulu Encik Lab bagitahu satu bekas set reagen menelan harga sekitar RM50K ke atas. Bayangkan berapa banyak ujian makmal kita iaitu 150,000 ujian. Tak termasuk apparatus plastik yang kena tukar setiap kali guna serta set PPE yang sudah wajib ditukar setiap hari, semua benda memakan kos.

Aimie awalnya tak setuju kenapa pkp-b ni dilakukan 4 mei patutnya tunggulah lepas raya tapi aimie yakin dibawah kepimpinan Dr Noor Hisham serta kerajaan kita telah merangka perlaksanaan dan langkah yang sebaik mungkin. Siapa kita nak menghukum dan menghentam sekerasnya kerana data statistik ada pada mereka yang lebih berilmu. Menurut firasat aimie apa yang kkm dan kerajaan lakukan ialah melakukan social experiment iaitu menilai tahap kepatahuan rakyat manatahu rakyat Malaysia macam korea tak buat PKP kes menurun setiap hari. Tapi bukanlah aimie tak yakin tapi kebanyakkan pak cik mak cik di kampung mengambil enteng hal ini. Ada yg aimie baca dia kata kalau dah itu ajal dia datang juga.

Kalau difikir secara logik covid-19 tak akan habis selagi vaksin tidak berjaya dikeluarkan untuk penghasilan vaksin penyakit baru kebiasaan penyelidikan mengambil masa sekurangnya dua tahun untuk melihat kesan vaksin dalam jangka masa panjang atau pendek. Sekarang peranan kita pula menjadi front liner untuk diri sendiri iaitu mengamalkan penjarakan sosial (1 meter), kerap membasuh tangan dan pakai penenutp muka apabila berada di tempat awam atau mengalami simptom.

Mereka paling tekesan dengan PKP ialah orang kerja swasta dan makan gaji hari-hari (peniaga). Yang kerja kerajaan mengkome dapat gaji setiap bulan. PKP ini ibarat holiday tapi kasihanilah mereka yang bukan sama nasib dengan kamu, jangan ambil peluang ini pergi shopping barang raya bagai, tahun ni tak ada raya wahai anak-anak. Bersabarlah. Semua ada hikmah.