Aimie Farzana: Personal
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Mar 22, 2020

Day 5 - Perintah kawalan pergerakan

March 22, 2020 COMMENTS 1
Day 5 - Perintah kawalan pergerakan
Assalamualaikum
Banyak benda aimie nak cerita tahun ini sem 2 tahun 3 paling serabut. Berkenaan intern disebabkan isu Covid-19 maka aimie tak boleh buat intern yang sepatutnya berjalan dari bulan 22 june sehingga 18 august. Hospital pula limited yang ada mou dengan UKM tak boleh main mohon saja untuk hospital kerajaan. Aimie ada mohon beberapa hospital swasta dan mendapat feedback agak positif. Tapi takdir Allah telah menetapkan yang intern aimie ditangguhkan. Sem ni 2 minggu cuti sebab covid-19.

Kemungkinan besar aimie bakal extend semester aimie. Sedih ya Allah. Kecewa sungguh. Tapi tak apalah demi kesihatan dan keselamatan. Aimie bekerja dalam makmal jadi agak bahaya kan nak praktikal dalam makmal waktu bulan 6-8. Kita pon tak tahu bila covid19 nak habis dan tamat. Ramai masyarakat tidak tahu peranan dan kepentingan Medical Laboratory Technologist (MLT) dan Medical laboratory scientist (MST). MLT dan MST berperanan dalam melakukan ujian untuk mengetahui sama ada result test itu positif atau negatif. Di sebalik doktor dan nurse, kamilah menjalankan ujian makmal untuk pengesahan. Ha gituuuuuuuuuuu. Jadi jangan lupakan kami .

Bercakap berkenaan perintah kawalan, berat aimie naik. Im scared. Takpe balik kolej nanti boleh diet bukan selalu makan ummi masak, sayang weh. HAHAHA. berat aimie naik. Zumba ke laut. Nanti - nanti boleh aimie diet di kemudian hari. Ada 64 hari sebelum raya dan aimie dah jumpa method diet yang turun berat dengan pantas dan selamat. So Hahaha enjoy dulu.

Sep 14, 2019

13/9/2019

September 14, 2019 COMMENTS 0
13/9/2019
Assalamualaikum
Image result for death tumblr
Harini aimie terpanggil nak menulis blog mengenai apa yang viral di twitter dan instagram  2 hari lepas iaitu seorang instafemes, tiktok femes dan bigo femes yang meninggal dalam kemalangan di jalan simpang pulai dan cameron highlands bersama teman lelakinya.

Cukup apa yang terjadi kita jadikan pengajaran. Ingat setiap kali nak hantar sesuatu di internet kita kena sentiasa beringat bahawa once in internet it will be forever. Mimie kasihan sebab sepupu arwah berusaha padam dan report semua acc yang menunjukkan arwah menari tiktok dan bagi tapi ada sesetengah pihak yang tak berhati perut membuat account palsu untuk mengumpul follower. Malah dekat youtube semakin galak insan-insan post video arwah menari tik tok.

Dalam hidup kita jangan ego bila orang tegur dan nasihat balas kubur masing-masing. Yang "masing-masing" nilah tolong report segala video gelek dan IG gelek, yang "masing-masing" inilah yang kebumikan jenazah anda , bukan jenazah kapan dan bergolek sendiri masuk kubur.

Pengajaran dari kisah ini 
  • Mati tidak mengenal usia
  • Apa yang kita hantar di internet akan berlegar-legar buat selama-lamanya
  • Hidup hanya sementara jangan leka dengan dunia.
Okay bye semua. Semoga kita sama-sama berusaha jadi lebih baik dan jangan lupa pakai topeng buat mereka yang tinggal di area shah alam dan kuala lumpur. Hargai paru-paru anda. Segala debu dan asap ni boleh trigger toxicity yang berlaku dalam badan anda. Bak kata prof rohi body sayang you . Tapi kita kena usaha jaga body kita juga. Pesanan ikhlas dari pelajar kesihatan.

Aimie shoooo happy rizman dan nurida suraya kahwin. Sumpah aimie happy gila. I follow rizman since dah lama gila and seronok tengok journey beliau. Cantik weh isteri dia. Jodoh dan perjalanan hidup sesungguhnya rahsia Allah. Jangan cepat menghukum seseorang dengan luaran. Semoga berkekalan dan diberkati oleh Allah. Anak confirm macam hollywood comel diva vavavooooom. Baju raya ayah sendiri design gitchuuuuuuuuu.

Aimie ingat nak buat post journey diet, dari week 1st sampai bulan 12 nanti. Korang okay tak ? Saja je nak buat, baru rasa semangat sebab malu if misi diet gagal ehehehek.

Sep 4, 2019

My random thought : overthinking Dan ocd mengganggu hidupku.

September 04, 2019 COMMENTS 2
My random thought : overthinking Dan ocd mengganggu hidupku.
Assalamualaikum

Hari ini aimie nak berkongsi tentang kekurangan aimie iaitu Overthinking, OCD dan anxiety. OCD bukanlah seperti dalam drama tak boleh tengok bersepah dan mahu semua dalam teratur itu perfectionist iya anak-anak. OCD ini kau buat benda berulang-ulang . Checking, checking and checking sampai kau rasa nak termuntah sudah penat checking tapi dalam otak kau masih nak checking.

Contoh ocd terbaru aimie ialah mengenai tahi lalat dan kanser. Sep okey ada tahi lalat baru tumbuh dalam 3 tahun lepas dan baru membesar, tetapi aimie keep checking and checking iaitu search dekat google kenapa tahi lalat membesar dan bentuk tak sama ada lekuk di hujung. Bila taip keluar pula kanser kulit iaitu melanoma. Lepas tu setiap jam duduk cari-cari pasal  melanoma dan compare dengan tahi lalat, esok hari buka lagi check tahi lalat setiap jam then cari pasal melanoma. Melanoma pula kanser paling teruk dan sukar dirawat bertambah lah overthinking. Last-last aimie decide sekarang ni by 21/9 atau 24/9 I will go to klinik skincare yang provide mole assesment supaya boleh hilangkan anxiety , OCD dan overthinking mimie.

Apa-apa keputusan aimie serah pada ALLAH, penat weh nak overthinking. Sepanjang tiga bulan cuti sem aimie asyik berfikir tentang hal ini. I came up that I need to find solution instead of thinking, yelah apa guna fakulti sebelah HKL dan asrama sebelah klinik kesihatan tapi tak guna kemudahan sebaik mungkin. Tapi aimie takut nak ke klinik kesihatan KL minta check tahi lalat. Bukan apa takut dianggap macam benda remeh dan kecil oleh doktor dan nurse. Bagitahu parents pasal tahi lalar ni kena marah dah haritu. Imagine kalau jumpa dr ? Nanti kena cop mengada-mengada. Nak pergi swasta mimie dah lah miskin, yelah student lagi kan duit pon mak ayah tanggung cukup-cukup buat makan. Kos consultation dermatology swasta minimum rm70 ada baca yang pergi pusrawi consultation rm180 lepas tu nak check tahi lalat kat patology dan excision average rm5000 tu pon blog yang tulis tahun 2012. Kalau sekarang 2020?

Okey, jujurlah aimie dari dulu overthinking pasal penyakit, benda penyakit semua trigger otak. Contoh penyakit yang buat aimie trigger iaitu breast cancer, arwah opah meninggal kerana kanser ini. Opah tiri dan mak saudara aimie juga menghidap kanser ini. Perkara itu trigger aimie. Tahun lepas pantang sakit je dekat breast sudah overthinking seminggu seharian.

Another overthinking yang menganggu aimie ialah tentang hiv, dulu im even scare to use public toilet. Yelah ada jenis manusia suka masukkan paip dalam lubang jamban. My overthinking lead to what if kalau ada darah melekat pada paip tu then kita guna? Ha gitu. Sampai satu tahap dulu i will bring my sanitizer dan tisu untuk lap paip sebelum guna. Rela tahan kencing sampai rumah. Even kalau pergi rumah saudara pon rasa tak selamat pergi tandas waktu itu.

Itu jelah coretan mimie . rasa lega bila dapat menulis luahan perasaan ini, ,macam apa yang terpendam keluar dari beban di hati. Kekadang penat juga jadi diuji begini. Sebab OCD dan ovethinking aimie bukan sahaja pasal penyakit, kadang-kadang trigger sampai bab agama sampai kau rasa diri kau ni macam jatuh murtad. Lawan dengan diri sendiri. Siapa yang melalui apa yang mimie rasa mesti tahu betapa sakitnya berperang dengan diri sendiri. Luaran nampak normal dan sihat tapi dalaman kau tu Allah je tahu.

Okey bye, sesiapa yang ada masalah sama jangan segan-segan komen. kalau segan tinggalkan email atau apa-apa so kita boleh buat support group untuk yang ada ocd dan overthinking, Ingat we are not alone dan Allah Uji kita sebab DIA sayang kita.


May 23, 2018

:')

May 23, 2018 COMMENTS 1
:')
Assalamualaikum
Image result for crush tumblr
Seriuslah . Lama tak update blog. Banyak benda dah cerita, Banyak benda nak minta pendapat korang. lolol.

Dengan lab report, assigment , video project dan study. no study week such an hectic life ;') Boyfriend pon sis tak  pernah ado even dah umur 20 :')  Minat cemtu-cemtu jelah since awal sem lepas , macam minat idol. HAHAHA. Budak ni dia macam  budak baik rajin surau , aktif koko dan pandai dan ramai peminat so sis tak letak harapan malah sis dah ready kena reject. Dia pon tak buka story sis ;') Not even realize my existence. Yelah orang tak lawa dan sempurna macam aku sapa kesah :D Kawan-kawan perempuan dia semua kurus lawa , cantik, hijabster , curvy dan letops , kalau letak aku mcm potato :)

Lagi satu mata aimie ni jenis kering dah dua kali pergi HKL. Doctor kata kena banyak kelip mata :'o I overthink yg corneal ulcer bila first check up sebab pakai contact lense , tapi rupanya corneal abrasion. Beli vismed mcm artificial tears. Kali ni pergi check up memang mata jenis kering. Kena banyak nanges haha. Kalau dia reject I get benefit lah sebab dapat melembabkan mata.

Update #1:

Saya tengah otw nak move on sebab banyak keburukan daripada kebaikan selepas dipertimbangkan. Dari segi masa depan serta kini. Tak ada chemistry. Sorang timur sorang barat. Terlampau banyak hati harus dijaga. So aku decide nak move on. :')  Aku rasa family dia mesti nak orang yang tinggal berdekatan dengan daerah dia . :")

Dah lah main mobile legend jelah aku HAHAHA

Update #2 :

Bila nak start sem :') Semua SNS dia tak ada update even raya :(

Update #3
Saya tak mampu move on tpi msih proceed :')  Sebab Nak cari jodoh org KL/ Selangor/n9/perak je :) Dia org negeri lain boh .

Update #4 ( 16/10)
allhamdullilah dlm 50% move on :D well dia pon dah ada gf heuuuuuuuuu wkwkwkwkwkwkwk

Nov 14, 2017

Crush

November 14, 2017 COMMENTS 1
Crush
Assalamualaikum.
actor, amazing, and couple image
Recently I spent most of my days watching k-dramas like Black, Bring it ghost , while you were sleeping and so on. I would like  to share my problem with you guys and really need  your opinion.

Bila di sekolah menengah, umur 13 tahun aku suka sorang mamat ni sampai awal matrik , umur 18 tahun.  Mamat ni official reject aku dengan unfollow insta aku  dan masalah bermula selepas dia reject aku  , aku tak boleh suka orang melebihi 2 bulan , paling lama bertahan 2 bulan dan belarutan sampai sekarang. Mungkin ini cara Allah nak lindungi aku.

Tapi aku benci dengan kesetiaan aku , setia untuk benda sia-sia. Yup aku dah move on dari crush lama tu tapi hati aku kosong dari lelaki. I just turn to like korean actress instead of a real guy. I kind of jealous seeing everyone having crush on someone . My mind keep saying you better like korean guys instead of being hurt or rejected by someone. But then ask myself again. Sampai  bila ? Sampai jadi anak dara tua ke ?Those korean guy in drama is a fantasy a.k.a fairy tale movie and they never exist.

Amacam rumit tak masalah aku, dengan bahasa yang rojak tu pon sis dah limitkan kerojakan. Pengajaran : Jangan terlampau setia :') Memakan diri dude.
Related image
( Abeeeee :D )
P/s : Tak pelah janji abe seung heon teman kan saya hemmm :')

Sep 10, 2017

Life as new student

September 10, 2017 COMMENTS 3
Life as new student
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.
Image by Albina.A
Tak tahu nak mula cerita dari mana but I will try my best to keep it simple.  Allhamdullilah genap 2 minggu I'm officially UKM student. Ada sedih ada gembira.

Kita mulakan apa yang sedih. Aimie datang UKM without any friends from matric dan sekolah. Sedih weh, Modul 3 seem payah nak jumpa kat sini banyak modul 1, I just meet 2 people from my kuliah s3A semua lain fakulti. Here I need start everything from bottom. Bila di kuliah kebanyakkan duduk ikut geng asal like matrik selangor with all matric selangor. Budak asasi uitm with budak uitm. Budak utara with utara. Hahaha. Cenggitu hah.

 Rasa terasing , sebab aimie datang sini sorang-sorang and most of my potatoes ada di UKM bangi. Hewhew mari menangis. Ada sorang je sekolah aimie tu pun dia pindah time form 3. Can u feel how the akwardness.

I take my own initiative by trying to become someone that sociable. Tegur sana tegur sini. Tapi semua bawak geng dari tempat lama Hahaha. Ya Allah . My you ease everything. Kekadang rasa low self esteem sebab aimie ni gemuk dan bukan lah bergaya ala-ala hipster sedunia, I love bawal crepe, chiffon dan bubble shawl. Ada ke nak kawan eh :(

Lol I have my own plan join my favourite club yes like volunteer , senamrobik. Be brave Aimie. You can handle it :") Allah tak akan memberati hambanya melebihi kemampuan hambanya :')

Part paling sadis dekat sini lelaki kuliah aimie 14 manakala perempuan 60 . hahaha limited benau lelaki kat fakulti sains kesihatan , farmasi dan pergigian. kuikuikui. Dulu kuliah modul 3 lelaki 12 dan 100 orang perempuan, Can you feel it, Time sekolah menengah lelaki 7 orang 30 lain perempuan, Memang lelaki dah pupus ke apa :D kuikuikui.

Okeylah bye-bye. Doakan aimie tau huhuhuhuhuhuhuhuh.

Aug 15, 2017

Luahan hati di matrik :(

August 15, 2017 COMMENTS 7
Luahan hati di matrik :(
Assalamualaikum
plants, grunge, and tumblr image
actually aimie tak tahu nak tulis tajuk apa cuma nak luahkan perkara yg terpendam dalam diri aimie. I don't know what it is. Macam berperang dengan diri sendiri , selalu dengar bisikan hati (syaitan) untuk melakukan perkara mendorong syirik, munafik dan jahat. Aimie cuba lawan tapi tetap tewas. Aimie anggap ini semua jihad ujian Allah kepada Aimie. Fighting!

Part 1 : Cita-cita ku kian kabur. 

aimie kecewa tak dapat tawaran upu. Nak kata result teruk tak juga cuma golongan pertengahan., Aimie aliran sains , pointer 3.7 +++  Tak ada rezeki upu mungkin kifarah atau ujian ( tapi aimie rasa kifarah  atas kejahilan aimie)

I kind of heartbroken. Kalau korg pernah baca post aimie dulu2 about matrikulasi atau diploma // I had convert it into draft//  Aimie masuk matrik dan tolak diploma pengimejan perubatan (x-ray) di puncak alam untuk kejar cita-cita aimie. I was struggle during in matriculation and face all of the hardship dengan masa singkat. end up tak ada rezeki.  rasa dihempap batu. nak masuk bidang medicine kena 4flat but i'm not. I went to unisza medic interview last month they only choose 30  among 300 candidates.  :(
quote, failure, and success image
(credit pentip )
Ada kawan aimie pointer 3.5 but she manage to enter private medical school by scholarship. she is so lucky. I do researh about  private medical school cost at least 300 +++ K ! Here we go say bye-bye to my ambition since I was in primary school. Umi says there is must a reason ( hikmah)  like
"mungkin itu bukan terbaik, Allah ada perancangan lebih baik and aimie kena reda. Mungkin kakak rasa kakak sesuai tapi Allah lebih tahu"
 Part 2 : Kisah kimia dan Aku
calcium, chemistry, and boron image
Okey about pensyarah pilih kasih mesti korg ingat aimie jahat? depends to you guys but I will tell you guys kisah sebenar. I still remember her voice. dia kata saya tak ada harapan. since the first day I was in the chemist class. Aimie seorang yg suka aktif dalam kelas bila tuto, she ask a question to our class , nobody answer , bila tiada answer class akan continue senyap so aimie angkat tangan jawap and unfortunately my answer is wrong. dia kata baik tak payah jawap kalau tak tahu jawapan yg betul seems like that. I be like what >_< dari sekolah menengah that is my habit. / mungkin dia nk bgi pengajaran /

The saddest part sebulan ye sebulan . beliau ajar yang dia suka sahaja 4 kerat dekat meja lab depan ( papan putih) tempat pesyarah mengajar. . Dia panggil empat orang ( PELAJAR YANG DIA RASA ADA HARAPAN NAK DAPAT A DALAM KIMIA) tu bawak kerusi duduk depan dia ajar yang empat tu je dan ajar dalam suara perlahan and kitaorg tk dengar even duduk meja depan, and dia ajar atas kertas di meja bukan di papan putih. Ada satu hari dia ajar atas meja and dia choose beberapa student , ada kawan aku nak join juga tp bila kawan aku join  dia diam weh sampai org tu berambus baru dia ajar balik ,tak silap ingatan aku.  sorok gila :(. 

Mungkin modul aku ni kategori paling lemah kat matrik  jadi  susah sikit nak dapat A so  beliau fokus untuk ada yg juga dapat A maka wujudlah kumpulan berempat tu kitaorang panggil kumpulan dewa yg ditarget beliau pelajar cermelang   / mungkin sebab beliau top pensyarah kt matrik/. *this is jus my two cent theories. cuma firasat aku je tau nanti takut jatuh fitnah pula*
quote, wallpaper, and selena gomez image
 kumpulan dewa tu dapat extra note and she siap cop kata haram bagi note tu pada org lain!!! Imagine ada satu hari tu ada tutorial ( kelas) dia panggil yg dia suka ajar dekat bilik pensyarah yang baki ni terkontang kanting dekat kelas belajar sendiri nasib puan A masuk :) I LOVE PUAN A.Dia tak salam pelajar selain yang empat tu! Even in my second sem she never salam our classes bila turun dari dewan kuliah what they said ambil berkat. :( terkilan weh. rasa macam aku jijik dan hina. sedih terkilan terluka, pertama kali dalam kehidupan seorang pengajar (cikgu) buat pada aku macam tu.. Rasa takut pon ada maybe dia tak halalkan ilmu pada waktu tu sebab tak salam dengan aimie.

Nak dekat habis sem 1 we decide tu change our lecture, sebab ramai berhenti dan tuka pdt sbb dia  about 4 students.  kitaorg diganti dgn my pensyarah no 2 untuk kelas amali,puan A sebelum sambung master.Beliau tahu keadaan pelajar yang tak terpilih a.k.a grup bukan anak dewa. She make extra classes  for us even lagi seminggu dia nak pindah. I miss her! Dia bagi banyak kata semangat. garang gila tapi penuh kasih sayang. I'm so bless even sekejap.
Aimie finally dapat buktikan I'm not stupid in chemist. I got A in chemist and I'm the only one get A dalam my class for sem 1 . Allhamdulilah sem 2 A-.
Aimie tak kata beliau salah but dua-dua pihak ada salah, puan kimia and my classes. Maybe our class terluka kan hati dia walaupun dah minta maaf but yeah kadang2 hati manusia bila terguris pedih rasanya
Hope korg ambil iktibar dari part 2 kisah kimia dan aku. Tak kisah lah orang hina kau but kau kena buktikan kau boleh kau tak lemah! You can do it ! Buktikan kau tak lemah! Jangan mengalah! BUKTIKAN KAU BOLEH!
sebenarnya banyak lagi perkara berlaku but I share secebis dari kisah i, aimie tak nak aibkan sesiapa cukuplah sedikit sahaja untuk dijadikan pengajaran dan motivasi untuk kita semua :') bye. sampai sini saja entry kita

nota kaki : buat roommate ku izzati dan fatin yg sudi layan kesedihan  dan tangisan aku setiap kali habis kelas kimia  I Love you ahahaha. Jasamu akan ku kenang :*