August 2019 - Aimie Farzana

Aug 29, 2019

Tips belajar di universiti

August 29, 2019 COMMENTS 9
Tips belajar di universiti
Assalamualaikum

Harini aimie nak share tips belajar terutamannya buat mereka yang bakal belajar sains bioperubatan atau apa-apa bidang berkaitan sains kesihatan. Aimie terfikir nak berkongsi pengalaman aimie yang bakal masuk tahun 3.

Sewaktu tahun 1 sem 1 , pointer aimie bawah 3. Ini disebabkan banyak faktor, aimie memberontak dengan diri sendiri sebab tak dapat medik, terlampau leka dengan kebebasan di tempat baru tambah pula fakulti sains kesihatan UKM terletak di tengah-tengah bandar. Bila dapat result tu aimie tersentak menyesal dan menangis malahan terkejut pon ada. Nak kata tak belajar tapi belajar. Lepas tu aimie bertekad nak ubah gaya belajar. Ok sem 2 pula, aimie try cara belajar baharu , catit nota waktu kelas buat sedikit perubahan ada kertas nota yang aimie tulis semua, allhamdullilah sem 2 itu dapat pointer 3.26. Banyak juga lah peningkatan.

Tahun 2, aimie bertekad hendak kejar pointer kerana waktu ni fikiran sudah matang. Tak akan nak grad dengan cukup-cukup 3.0 . Saingan sengit nak dapatkan kerja tambah lagi bersaing dengan swasta, memang pointer bukan segalannya tapi pointer itu ibarat benda pertama yang dilihat bila mohon kerja sebagai fresh graduate sebelum mereka menilai skill komunikasi, sahsiah dan sebagainnya. Tahun 2 aimie ubah cara belajar try and error. Allhamdullilah kedua-dua sem tahun dua aimie dekan iaitu atas 3.67 untuk UKM. Jadi aimie nak share tips belajar khas untuk mereka pelajar sains bioperubatan terutama di UKM.

Kita sebagai pelajar khususnya mereka yang ambil biomed atau medik kena ingat, masa itu emas, jangan suka bertangguh. No tangguh. Kita kena kejar banyak topik  tambah lagi bila farmakologi dan bakteriologi ada 20 lebih topik yang kena belajar dan hafal. Jadi jangan tangguh buat kerja. Bila tangguh tu yang rasa beban dan berat,

TIPS BELAJAR  DI UNIVERSITI 

1. Pandai bahagikan masa 
Masa itu emas. Jangan bazir masa untuk benda sia-sia. Aimie main juga pubg dan mobile legend tapi ada had contohnya satu atau dua match sahaja untuk 1 malam. Jangan lepak di kafe lama-lama waktu makan malam. Paling lama 45 minit lepas tu gerak dulu. 45 minit pon dah cukup lama

2. Bersedia untuk lecture esok hari
Print lecture notes dan baca lecture notes walaupun sekilas pandang. Janji kita tahu apa yang bakal nak di ajar esok.

3. Sewaktu kuliah

  • Jangan duduk di belakang. - Kalau aimie feveret spot, 4 atau 5 baris dari depan dan hujung sekali sebab senang keluar masuk dan kankang hahaha. 
  • Record apa lecture ajar - voice recorder dalam hp. so kena pandai pilih spot. kalau kawan kau suka bising ubah tempat duduk setiap kali lecture. dah habis lecture lepak balik tempat asal.
  • Catat nota - kadang-kadang lecture bagi clue penting masuk final atau keyword penting yang boleh kita guna sewaktu revision. Kebanyakkan lectures note tak lengkap waktu ini kena mencatat.  aimie guna buku nota panjang yang sederhana tebal. Buat nota ala cornell.  Aimie selitkan contoh nota di bawah.
Image result for cornell note

4. Selepas kuliah ( di bilik waktu malam )

  • Study balik apa yang kuliah tadi - baca balik masukkan apa-apa info penting yang kita catat ke dalam lecture notes yang di print.
  • Ambil masa sejam sehingga dua jam baca balik apa yang kita belajar tadi. Dr kata kalau tak revision within 24 hours kemungkinan 80% apa kita belajar akan lupa.

5. Amalkan baca dan dengan surah Ar-Rahman
Ini penting. Surah ini menenangkan. Tiap kali nak belajar mesti aimie pasang walaupun sekali. Rasa tenang sahaja bila dengar surah ini. Aimie suka baca bila nak tunggu azan isyak.

6. Buat senarai topik  dan checklist untuk setiap kursus.  (rujuk gambar di bawah)
Senarai topik dan column checklist penting terutamannya bila nak revision balik waktu study week. Dekat senarai ni boleh buat tanda mana dah belajar mana belum. Buat waktu 1st week dan tampal pada board. Rujuk jadual kuliah yang diberikan.

--> https://www.scribd.com/document/425381083/Bil-Nota-Kuliah ( apa yang aimie buat sila download)


7. Buat nota semula setiap hujung minggu untuk apa topik dipelajari.
Ini penting dan wajib, WAJIB.
 Hujung minggu kena siapkan nota apa yang kita belajar. Nota yang lengkap, Nota hasil daripada lectures note, apa dicatat dari kuliah dan info-info penting yang diambil dari buku teks. Nota yang ringkas dan padat. Untuk setiap topik maksimum 5-7 muka surat depan dan belakang,  Nota ini bakal diguna untuk rujuk balik waktu study week dan final.

8. 60 - 40 days sebelum study week atau final. 
Dah habis baca, hafal dan settle revision all subjects before cuti midsem. So sebulan baki sampai study week guna untuk settle bab selepas cuti midsem. 2  minggu sebelum final guna utk revise balik dan check hafalan

9. Study week 
As biomed punya study weeks only one weeks atau seminggu lebih jadi kita kena bersedia lebih awal. Selalunya setiap kursus selang sehari atau tak berselang straight satu minggu. Jadi stress dia tinggii!!! Maka Study week bukan baru nak belajar semua.  At least time study week hanya lagi 5 out of 20 chapter yang tak cover lagi. itu pon semput. sebab kita ada at least 4 subjek core each sem.

10. Download buku teks online dan nota lama dari senior
Ada banyak di google boleh cari. :)

Itu sahaja perkongsian aimie. semoga bermanfaat buat semua orang ehek :)

Tags : Tips belajar berkesan, Cara menjadi pelajar cermelang , Petua cermelang dan dekan , Cara belajar yang berkesan, Study tips, Dekan universiti ,cara belajar di universiti,tips masuk universiti