Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Sihat tak? Aimie sihat je ni ha makin berisi pon ada. Aimie sudah seminggu mulakan misi diet yang tertangguh. Sebelum ini aimie pernah diet dalam sebulan dan turun sebanyak 10 kg. Daripada 89 kg kepada 79 kg! Wowzerrrr! Bila pkp duduk rumah melantak balik naik 7 kg dalam 2 bulan pertama pkp maka jadilah 87 kg sekarang sobs sobs. Sebenarnya diet yang aimie lakukan sebelum ini diet ekstrem. Keburukan diet ekstrem ialah berat cepat turun dan cepat naik. Bila sudah naik percayalah payah betul nak turun. Okey waktu tu aimie makan cuma tengahari dan petang sahaja 1 senduk lepas tu lauk sayur sebanyak alam sebab amalkan intermittent fasting. Okey jom cari kesilapan diet aimie dan keburukan diet rendah kalori ini.
Kesilapan diet aku yang dulu : Kalori kurang dari 1200 (minimum).
- Aimie makan hanya 800 kcal sehari. 800 dan kebawah. I'm starving a lot, ada satu waktu tu aimie buat water fasting iaitu minum air sahaja tanpa makan. Aimie buat 32 jam dan I almost nak pitam, jantung laju nak mati. Lepas tu aimie ada buat diet telur seminggu. 3 biji telur dan green tea setiap kali waktu makan.
- Bila korang makan kurang dari 1200 kalori badan akan adapt dan biasakan diri lepas itu berat badan korang akan plateau aka kekal. Otak kita bijak ye anak-anak dia akan cuba sedaya upaya untuk simpan tenaga dengan merendahkan metabolisma. Bila plateau, kebiasaanya kita akan kurangkan pengambilan kalori dan sudah itu kalau kome ambil 600 kalori kurangkan lagi larat ke. Kemudian korang ambil balik makanan dengan kalori normal iaitu 1200 hingga 15000, maka badan akan automatik tukar kalori berlebihan kepada lemak sebab badan sudah rendahkan metabolisma.
Keburukan diet rendah kalori yang ekstrem bawah 1200 kcal
1. Metabolisma badan akan menjadi rendah.
Apabila metabolisma rendah menurut kajian 80% daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan akan mengalami peningkatan berat yang drastik apabila dia stop diet. Selain itu metabolisma badan rendah disebabkan kehilangan otot bukan lemak sepanjang diet bila otot berkurang maka metabolisma badan kita akan rendah.
2. Badan cepat berasa penat dan letih
Kita telah mengehadkan jumlah khasiat nutrient seperti zat besi, b12 dan folate terhadap badan secara tidak langsung mengakibatkan keletihan. Bila diet yang terlampau ketat kita akan kurang beberapa zat seperti vitamin A dan calcium . Bila kurang makanan vitamin A maka daya pertahanan badan kita akan menjadi rendah serta menyebabkan gangguan pada mata, Vitamin A penting untuk mata. Banyak lagi sebenarnya tapi kome boleh rujuk aimie letak reference link dekat bawah post.
3. Kurangkan kesuburan
Kurang kalori mengakibatkan kurang hormon estrogen apabila kurang hormon ini maka kitar haid akan tidak teratur dan menjejaskan kesuburan.
4. Tulang akan jadi rapuh
Tulang jadi rapuh disebabkan kurangnya kalsium serta kurangnya hormon estrogen dan testerone. Kurangnya tiga perkara itu menyebabkan tulang mudah rapuh dan mengurangkan kadar pembentukan tulang baru.
5. Sistem imuniti menjadi rendah
Imuniti menjadi rendah sebab kurangnya nutrient penting seperti vitamin A, kurang otot dalam badan serta stress bila diet. Bila badan kita stress nak capai matlamat diet maka badan akan tertekan. Tekanan merendahkan imuniti jadi senang kena demam batuk dan selsema.
Kesimpulannya korang kena ingat 70% ialah pemakanan dengan amalkan makanan kurang garam dan minyak lebihkan kukus, rebus panggang. 30% ialah sukan iaitu minimum 45 minit sehari . 100% adalah pemikiran dan positiviti untuk terus kekal bermotivasi dan istiqamah dalam diet. Ingat diet bukan nak kurus tapi hendak ubah cara pemakanan untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Byee! Jumpa lagi dalam post lain. Muah xoxo!