2023 - Aimie Farzana

Apr 2, 2023

BARANG KEPERLUAN UMRAH WANITA (2MINGGU)

April 02, 2023 COMMENTS 0
BARANG KEPERLUAN UMRAH WANITA (2MINGGU)

 Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim. 

Dua hari lepas saya baru pulang balik dari menunaikan umrah. Harini aimie mahu berkongsi tentang keperluan umrah bagi wanita. Bagi saya tak perlu bawa jubah banyak sehingga 6-7 helai, cukup 3 helai jubah hitam, 1 jubah putih dan 2 set baju dan seluar. Korang tahu boleh dapat jubah serendah 20 riyal di madinah, makkah dan arafah. Serius murah, convert sini RM30.


Sepanjang melakukan umrah bagi mimie nasihat penting tetapkan niat kita tujuan kita ke sana beribadah. Kemudian sebulan sebelum itu pastikan badan kita sihat, amalkan vitamin c dan vitamin D untuk meningkatkan imuniti badan. Sebab apa, mimie tak sihat sepanjang umrah, kat sana virus batuk dia lain dari malaysia, virus timur tengah ni kuat sikit, ramai batuk2 di sana. Satu lagi faktor cuaca, bila malam dan awal pagi sejuk sangat di Madinah, masuk tengahari petang panas lit lit. Sana tiada awan jadi direct kena matahari

Aimi ingat nak buat satu post untuk mengabdikan ibrah sepanjang perjalanan ke mekah/madinah, apa pengajaran yang kita dapat. Insyallah. Semoga semua yang membaca sihat selalu dan dalam lindungan Allah.


Kalau korang nak dalam bentuk PDF komen di bawah.  Baru mimie akan setup kan google drive untuk perkongsian bersama

Sekian terima kasih