Aimie Farzana

Aug 6, 2017

Resepi Ikan tenggiri Masak masam manis

August 06, 2017 COMMENTS 1
Resepi Ikan  tenggiri Masak masam manis
Assalamualaikum

Hari ni aimie nak resepi masakan yang aimie buat harini yuhhhuuuu baru ada kesempatan dan ini kali kedua aimie masak masam manis hewhew based on book recipe ummi yang lama dah terkoyak-oyak buku itu tpi ni versi simple tak ada nenas timun bagai . Sedap , cepat ringkas dan tak bazir.
Bahan-bahanIkan Goreng
  • Ikan tenggiri 2 ketul 
  • Garam 
  • Kunyit
Jadi Kita  bersihkan ikan dan gaul dengan garam kunyit dan goreng
Kuah Masam manis
  • 3 Bawang putih 
  • Bawang  besar ( separuh)
  • Halia ( 1cm)
  • Cili Api
  • Cili besar  x1 (potong serong)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu gula ( aimie tak suka manis2)
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam sikit je agak2
Langkah-langkah
1. Tumbuk bahan warna ungu dan tumis dalam kuali 
2. Selepas naik bau masukkan bahan warna biru. 
3. Kacau-kacau dan tambah air , garam, dan gula serta ajinamoto ( kalau nak kuah tambah banyak air tapi tambah sikit sos cili dan tomato supaya tak tawar) 
4. Selepas menggelegak masukkan ikan yang dah goreng. 
5. Siapppppppp
Allhamdullilah sssuppp setel masakkan kita harini cepat mudah dan ringkassss

Jul 20, 2017

Resepi sambal ikan kembung

July 20, 2017 COMMENTS 2
Resepi sambal ikan kembung
Assalamualaikum.
cat, kawaii, and sailor moon image
Harini aimie nak share resepi turun temurun dari keluarga aimie belah mak. Depa masak cara utara maklumlah kampung opah sempadan perak-kedah so depa cakap utara ngehngeh even org perak // nasib ayah pior perak.

Berbalik kepada resepi sambal ni aimie tuntut dari opah dan ummi  tapi ubah sikit kepada citarasa aimie sebab aimie tak suka sambal berkuah banyak, sambal tu ala-ala kering gitu
Bahan-bahan

( maaf sepah gitu)
nota kaki : / <= ( Maksudnya atau ye )
  • Ikan kembung ( goreng dulu) 
  • 10 keping cili kering ( rebus dulu 5 minit) 
  • 3/4 batang cili besar 
  • 3/4 cili api 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 bawang besar atau 7 ketul bawang merah (pilih yg bosa2 sikit)// terpulang nak guna bawang besar atau merah// 
  • Halia ( agak2lah tpi sikit gile je) 
  • Kiub ayam (separuh) 
  • 1@2 sudu gula 
  • Garam ( agak2lah) 
Cara-cara

nota kaki : Minyak guna banyak tapi bukanlah banyak mcm masak nugget tu...
1. Kita blend semua bahan warna merah , tambah air sikit tapi tak banyak sebab 
bawang keluarkan air. ( setengah cawan maybe) // cawan kecil bukan mug// 
2. lepas tu panaskan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan diblender 
3. Kacau-kacau dan tumis , kalau boleh lama2 average masa aimie tumis adalah ( 20-35 minit) . Ummi pesan sampai minyak naik . Baru cili masak betul2. 
4. sambil2 tumis masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa . 
5. Kalau nak kuah tambah air sikit ngeh ngeh sikit je.... 
6 bila dah yakin sambal masak , masukkan ikan gaul-gaul sekejap tutup api.
itu sahajalah resepi  kita pada harini ngeh ngeh

May 21, 2017

Resepi su un dengan telur serta kentang

May 21, 2017 COMMENTS 0
Resepi su un dengan telur serta kentang
Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum.
animal, cat, and cute image
Hari ni aimie nak share resepi masakan simple yang aimie belajar dari ummi serta cedookan internet.
Resepi su un dengan telur serta kentang.
Haha simple gila je resepi ni. uhuhuhuh :)

Bahan-bahan
Image result for tauhu kering
( kredit pak cik google )
1. Su un dengan pucuk tauhu kering ( beli sekali satu set)
2, Bawang putih 3 (diketuk)
3. Bawang merah 2 (diketuk)
4 .1/2 Kiub ayam ( aimie guna knows)
5. Garam secukup rasa
6. Air 4 atau 3 setengah cawan
7  Telur ayam 2
8. Kentang 3 ketul ( potong serong, sukahati ampa lah)
Cara-cara
1. Tumiskan garam, bawang putih dan merah yang telah diketuk beserta kiub ayam
2 . Tuangkan air ke dalam periuk
3/ Masukkan 3 ketul kentang yang telah dipotong dan biarkan direbus mendidih.
4. Masukkan su un dan pucuk taihu kering jika telah mendidih , selalunya aimie tunggu dekat 10-15 minit untuk pastikan kentang tu empuk bergantung pada kekuatan apa juga/,baru masukkan su un dan pucuk tahu kering
5. Lepas su un dengan pucuk tauhu kering lembut masukkan telur, jangan kacau telur tu( tapi terpulang lah korang_
6. Bila telur dah masak silalah angkat.

Sekian sahaja resepi aimie kali ini.  Semoga bermanfaat

Hukum tukar nazar sebelum peristiwa

May 21, 2017 COMMENTS 0
Hukum tukar nazar sebelum peristiwa
Bismillahirahmanirahim
art, doodle, and islam image
Assalamualaikum semua.

Harini aimie nak berkongsi ilmu dan hukum yang aimie tercari-cari selama ini iaitu hukum menukar niat nazar sebelum peristiwa atau hajat tercapai. Aimie puas mengoogle dan youtube akhirmya jumpa jawapan di laman web http://kemusykilan.islam.gov.my/.

Soalan :
" Assalamualaikum Ustaz/ustazah :- Adakah Nazar Itu Boleh Di'atau'kan Jika Kita Telah Bernazar Tetapi Hajatnya Belum Tercapai? *tukar Niat ..."
Jawapan :


Waalaikumussalam....
Nazar adalah perkara wajib yang perlu di laksanakan sekiranya hajatnya tercapai. Boleh menukar niat nazar sebelum hajat tercapai.
Wallahu'Alam.
Allhamdullilah terjawap segala persoalan yang bermain di minda ku. Allhamdullilah. Risau hati, takut tak sempat tunai nazar, yelah mana tau ajal sampai dulu. Nauzubillah. Contohnya nazar sedekah guna gaji pertama. Allahu.

Okey aimie bagi linknya kalau korg tak yakin dengan aimie http://kemusykilan.islam.gov.my/?data=O2thdGVnb3JpX2RldGFpbDsxMjY7&page=257 .

May 19, 2017

Tips Masuk matrik

May 19, 2017 COMMENTS 2
Tips Masuk matrik
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum semua, Harini aimie nak kongsi tips untuk memasuk matrik terutama yang dapat KMNS atau nama sebenarnya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Lol. Aimie bukan nak menakutkan korang but kehidupan di matrik ini disaster. I don't want  lying to you guys, As aimie dulu pon rajin scrollblog before masuk matrik , they said matrik itu senang kacang janji pandai urus masa but the truth? 

Image result for kmns logo

1, Jadual kelas yang padat sendat

Aimie jenis buat jadual belajar , bukan tampal kat dinding but yeah but dalam buku kecil. Bayangkan kat matrik kelas pukul 8 pagi hingga 4 malam. Itu tak ditambah extra class dan sebagainya.

 Aimie modul 3 and for those said that module 3 and 2 tak buzy macam module 1 sila meninggal. Imagine my lecture but I call them cikgu (except for my ex-chemist lecture , she does not like being called as a teacher but prefer puan or madam)  Kelas dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang because of extra class by tuto lecture. Get ready urus jadual.

Btw korang akan ada tutorial ( homework) every single day kalau jenis kaki meniru yeah diorang meniru ambil gambar jawapan senyap2 dari meja lecture atau tiru kawan dan at the end korang juga rugi. Tak paham apa yg belajo.

2. Elakkan bercinta.

Ini pon penting, Aimie menyaksikan kawan-kawan aimie yang berpotensi untuk cermelang dalam pelajaran tapi terbabas disebabkan percintaan, yeah percintaan. Kepada bakal adik-adik jangan buat macamtu kesian kat mak pak hang, Hangpa cuma duduk sana 10 bulan , setiap 1 sem untuk satu subjek sekurang-kurangnya 10 bab hang nak kena paham. 

Ni ada yang kena tangkap belajar berdua-dua an kat tempat sunyi. Depa belajar tajuk reproduction utk praktikal class ke apa? Hargai masa dan maruah anda bak kata puan mulia ( bonda utk pelajar kmns)

3. Jaga hubungan baik dengan cikgu ( lecture)

Honestly ni penting , kerana mulut badan binasa. Hubungan dengan lecture penting. Mungkin ada setengah lecture pilih kasih, ignore kita, kata kita tak ada masa depan , perli kita atau sewaktu dengannya. Tapi kita kena tabah dan buktikan kita boleh. Aimie sendiri lalui situasi ini, yang penting bersabar sebab ada pengakhiran yang gembira contohnya kita cermelang dalam pelajaran kita berbanding pelajar yang cikgu sayangi.

Kadang-kadang ada lecture yang cara penyampaian dia dalam kelas agak perlahan , kita jangan terus salahkan cikgu kalau tak berjaya , kita ada banyak alternatif contohnya jumpa lecture tersebut secara personal dan belajar dengan dia ( lebih banyak ilmu) atau  buat banyak exra tutotial ( latihan ) insyallah paham.

4. Habis je kuliah setiap hari luangkan masa baca balik lecture note pagi tu dan fahamkan. Kekadang aimie pon x mampu sebab tak sempat tapi cuba lah sempat kan.

 5. Pandai pilih kawan
Image result for niqab doodle
Pilihlah kawan yang baik. Jangan pilih kawan untuk nampak hot atau glamor. Jangan pilih kawan untuk mengisi kesunyian. Aimie faham  terutamanya perempuan, depa kena ada kawan untuk teman sana sini dan terpaksa sebab tak nak nampak alone but jangan sampai memakan diri, Jangan sebab masalah tak ada kawan atau kena palau terus tak mahu belajar, Insyallah korang mesti jumpa kawan yang sehati sejiwa.

Korang kena pandai berdikari. 

6, Siapkan semua kerja sekolah ( tutorial) / jangan meniru kecuali terdesak,

7. Jangan tidur dalam kuliah. 

8. Pilihlah tempat duduk di kuliah yang strategik. contohnya baris 2,3 atau 4. Aimie kurang sikit baris 1 sebab kena mendogak. Sakit kepala den.

9. Bawak gula-gula semasa belajar untuk elakkan mengantuk

10. Fahami waktu aktif anda untuk belajar, contohnya aimie aktif belajar bila malam. baru belajar masuk kepala. ( sebab sunyi dan tenang)

11. Bersedia dengan earphone, kekadang korang akan berjumpa berbagai-bagai jenis roommate ada yang menyanyi kuat-kuat sambil belajar so  jalan alternative ialah bawak earphone atau belajar di surau , bilik reakrasi atau perpustakaan.

Ok setakat tu je tips . Nanti kalau ada penambahan aimie masukkan.

Ada yang bertanya soal makhluk halus. Allhamdullilah aimie tak berhadapan secara depan-depan dengan makhluk halus. Aimie tinggal di blok c2 tingkat 2 bilik no8. Bilik tu hujung  jauh dengan tandas but aimie selalu gi tandas 2,3 pagi dan tak ada apa-apapun

Mungkin ada kata KMNS ini keras, yes but batch 16/17 allhamdullilah tak banyak kes paranormal . So chill lah gais

Sekian sahaja tips masuk ke matrik. :)