Day 5 - Perintah kawalan pergerakan - Aimie Farzana

Mar 22, 2020

Day 5 - Perintah kawalan pergerakan

Assalamualaikum
Banyak benda aimie nak cerita tahun ini sem 2 tahun 3 paling serabut. Berkenaan intern disebabkan isu Covid-19 maka aimie tak boleh buat intern yang sepatutnya berjalan dari bulan 22 june sehingga 18 august. Hospital pula limited yang ada mou dengan UKM tak boleh main mohon saja untuk hospital kerajaan. Aimie ada mohon beberapa hospital swasta dan mendapat feedback agak positif. Tapi takdir Allah telah menetapkan yang intern aimie ditangguhkan. Sem ni 2 minggu cuti sebab covid-19.

Kemungkinan besar aimie bakal extend semester aimie. Sedih ya Allah. Kecewa sungguh. Tapi tak apalah demi kesihatan dan keselamatan. Aimie bekerja dalam makmal jadi agak bahaya kan nak praktikal dalam makmal waktu bulan 6-8. Kita pon tak tahu bila covid19 nak habis dan tamat. Ramai masyarakat tidak tahu peranan dan kepentingan Medical Laboratory Technologist (MLT) dan Medical laboratory scientist (MST). MLT dan MST berperanan dalam melakukan ujian untuk mengetahui sama ada result test itu positif atau negatif. Di sebalik doktor dan nurse, kamilah menjalankan ujian makmal untuk pengesahan. Ha gituuuuuuuuuuu. Jadi jangan lupakan kami .

Bercakap berkenaan perintah kawalan, berat aimie naik. Im scared. Takpe balik kolej nanti boleh diet bukan selalu makan ummi masak, sayang weh. HAHAHA. berat aimie naik. Zumba ke laut. Nanti - nanti boleh aimie diet di kemudian hari. Ada 64 hari sebelum raya dan aimie dah jumpa method diet yang turun berat dengan pantas dan selamat. So Hahaha enjoy dulu.

1 comment:

Anonymous said...

kesian dekat student2 yg mungkin kena extend.. nk buat online class memanjang pun payah. student sem last yg sepatutnya intern pun haru sungguh dah
semoga bertabah. jaga kesihatan ya!