Assalamualaikum selamat berpuasaa!
Hari ini aimie hendak kongsi pandangan aimie tentang pkp-b iaitu bermula 4 mei kita telah dibenarkan bekerja dan sektor ekonomi dibuka. Tapi itulah rakyat Malaysia bila dengan ekonomi dibuka shoopping mall dibuka mereka punya bebal tak boleh bawa bincang. Angin satu badan mimie bila tengok sebelum 4 mei baru diumum ada yang bawa anak berderet ke pasar ada yg tak mengamalkan penjarakan sosial. Ya Allah kome kenapa degil sangat. Tahu tak PKPB ini dia untuk apa ? Untuk ekonomi bukan maksudnya kita sudah bebas covid-19. Kita buat ini sebab nak seimbangkan ekonomi. Korang tahu tak perang melawan covid-19 memakan wang yang besar?
Aimie nak sebut pasal reagen untuk menjalankan ujian covid-19, sebab itu ialah memang bidang aimie. Okey waktu attachment di HUKM dulu Encik Lab bagitahu satu bekas set reagen menelan harga sekitar RM50K ke atas. Bayangkan berapa banyak ujian makmal kita iaitu 150,000 ujian. Tak termasuk apparatus plastik yang kena tukar setiap kali guna serta set PPE yang sudah wajib ditukar setiap hari, semua benda memakan kos.
Aimie awalnya tak setuju kenapa pkp-b ni dilakukan 4 mei patutnya tunggulah lepas raya tapi aimie yakin dibawah kepimpinan Dr Noor Hisham serta kerajaan kita telah merangka perlaksanaan dan langkah yang sebaik mungkin. Siapa kita nak menghukum dan menghentam sekerasnya kerana data statistik ada pada mereka yang lebih berilmu. Menurut firasat aimie apa yang kkm dan kerajaan lakukan ialah melakukan social experiment iaitu menilai tahap kepatahuan rakyat manatahu rakyat Malaysia macam korea tak buat PKP kes menurun setiap hari. Tapi bukanlah aimie tak yakin tapi kebanyakkan pak cik mak cik di kampung mengambil enteng hal ini. Ada yg aimie baca dia kata kalau dah itu ajal dia datang juga.
Kalau difikir secara logik covid-19 tak akan habis selagi vaksin tidak berjaya dikeluarkan untuk penghasilan vaksin penyakit baru kebiasaan penyelidikan mengambil masa sekurangnya dua tahun untuk melihat kesan vaksin dalam jangka masa panjang atau pendek. Sekarang peranan kita pula menjadi front liner untuk diri sendiri iaitu mengamalkan penjarakan sosial (1 meter), kerap membasuh tangan dan pakai penenutp muka apabila berada di tempat awam atau mengalami simptom.
Mereka paling tekesan dengan PKP ialah orang kerja swasta dan makan gaji hari-hari (peniaga). Yang kerja kerajaan mengkome dapat gaji setiap bulan. PKP ini ibarat holiday tapi kasihanilah mereka yang bukan sama nasib dengan kamu, jangan ambil peluang ini pergi shopping barang raya bagai, tahun ni tak ada raya wahai anak-anak. Bersabarlah. Semua ada hikmah.
May 5, 2020
PKPB patutkah dilaksanakan?
About Aimie farzana
AIMIE FARZANA / Introvert
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
betul tu. lepas je kerajaan umumkan pkpb walaupun pahang nak tangguh dulu orang dah start bertur panjang nak masuk mall - -!
harap rakyat akan lebih berdisiplin. kerajaan dh bagi kelonggaran ni, janganlah nak gi gather2 kat mall pulak..
untuk keselamatan mmg patut ...cikguzim follow sini ya
Assalammualaikum..
Diharap semua bersabar
Salam Blogwalking puasa.
Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.
http://iskandarx-society.blogspot.com/
http://iskandarx.blogspot.com/
https://melayupress.wordpress.com/
https://twitter.com/iskandarX
SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
http://acuyuhan.blogspot.com/
SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/
Post a Comment