Aimie Farzana

May 5, 2020

PKPB patutkah dilaksanakan?

May 05, 2020 COMMENTS 6
PKPB patutkah dilaksanakan?
Assalamualaikum selamat berpuasaa!
Hari ini aimie hendak kongsi pandangan aimie tentang pkp-b iaitu bermula 4 mei kita telah dibenarkan bekerja dan sektor ekonomi dibuka. Tapi itulah rakyat Malaysia bila dengan ekonomi dibuka shoopping mall dibuka mereka punya bebal tak boleh bawa bincang. Angin satu badan mimie bila tengok sebelum 4 mei baru diumum ada yang bawa anak berderet ke pasar ada yg tak mengamalkan penjarakan sosial. Ya Allah kome kenapa degil sangat. Tahu tak PKPB ini dia untuk apa ? Untuk ekonomi bukan maksudnya kita sudah bebas covid-19. Kita buat ini sebab nak seimbangkan ekonomi. Korang tahu tak perang melawan covid-19 memakan wang yang besar?

Aimie nak sebut pasal reagen untuk menjalankan ujian covid-19, sebab itu ialah memang bidang aimie. Okey waktu attachment di HUKM dulu Encik Lab bagitahu satu bekas set reagen menelan harga sekitar RM50K ke atas. Bayangkan berapa banyak ujian makmal kita iaitu 150,000 ujian. Tak termasuk apparatus plastik yang kena tukar setiap kali guna serta set PPE yang sudah wajib ditukar setiap hari, semua benda memakan kos.

Aimie awalnya tak setuju kenapa pkp-b ni dilakukan 4 mei patutnya tunggulah lepas raya tapi aimie yakin dibawah kepimpinan Dr Noor Hisham serta kerajaan kita telah merangka perlaksanaan dan langkah yang sebaik mungkin. Siapa kita nak menghukum dan menghentam sekerasnya kerana data statistik ada pada mereka yang lebih berilmu. Menurut firasat aimie apa yang kkm dan kerajaan lakukan ialah melakukan social experiment iaitu menilai tahap kepatahuan rakyat manatahu rakyat Malaysia macam korea tak buat PKP kes menurun setiap hari. Tapi bukanlah aimie tak yakin tapi kebanyakkan pak cik mak cik di kampung mengambil enteng hal ini. Ada yg aimie baca dia kata kalau dah itu ajal dia datang juga.

Kalau difikir secara logik covid-19 tak akan habis selagi vaksin tidak berjaya dikeluarkan untuk penghasilan vaksin penyakit baru kebiasaan penyelidikan mengambil masa sekurangnya dua tahun untuk melihat kesan vaksin dalam jangka masa panjang atau pendek. Sekarang peranan kita pula menjadi front liner untuk diri sendiri iaitu mengamalkan penjarakan sosial (1 meter), kerap membasuh tangan dan pakai penenutp muka apabila berada di tempat awam atau mengalami simptom.

Mereka paling tekesan dengan PKP ialah orang kerja swasta dan makan gaji hari-hari (peniaga). Yang kerja kerajaan mengkome dapat gaji setiap bulan. PKP ini ibarat holiday tapi kasihanilah mereka yang bukan sama nasib dengan kamu, jangan ambil peluang ini pergi shopping barang raya bagai, tahun ni tak ada raya wahai anak-anak. Bersabarlah. Semua ada hikmah.

Apr 10, 2020

Resepi sambal sardin mudah cepat dan sedap

April 10, 2020 COMMENTS 3
Resepi sambal sardin mudah cepat dan sedap
Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak berkongsi resepi sambal sardin yang sedap dan mudah. Sambal sardin sedap dimakan dengan telur dadar goreng gebu tambah telur masin. Tambahan pula PKP dilanjutkan dari 14 april kepada 28 april. Allahuakbar tidak dapatlah kita berpuasa dan beraya seperti dulu, Allah menarik nikmat kita satu persatu seperti hilang nikmat bermoreh, bertarawikh, pergi bazar dan nauzubillah solat raya . Tahun ini aimie mungkin tak dapat raya bersama keluarga. Bayangkan PKP dilanjutkan. Atuk kat kampung sorang-sorang raya sendirian Allahurabbi.  :(

Resepi Sambal Sardin

Bahan-bahan 
Sardin 2 Tin ( asingkan kuah dan ikan)
3 Bawang kecil
2 Bawang putih
3 batang cili merah
7 biji cili api (kurangkan kalau tak mahu pedas)
Seinci halia 
Separuh Bawang besar (merah) - potong secara mayang

Langkah-langkah
1. Blend bahan yang bewarna merah dan campur separuh cawan air.
2. Goreng ikan sardin yang diasing diatas non-stick frying pan (ikut korang ada yang goreng minyak biasa sikit dalam kuali biasa tapi takut meletup dan melekat)
3. Tumis bahan yang diblend dengan minyak yang dipanaskan , masak sehingga cili tersebut naik minyak .
4. Masukkan kuah sardin ke dalam sambal yang dah naik minyak. Bagi masak sekejap dalam 5 minit.
5. Masuk separuh bawang besar sehingga layu dan peraskan dengan garam serta ajinamoto.

Mar 22, 2020

Day 5 - Perintah kawalan pergerakan

March 22, 2020 COMMENTS 1
Day 5 - Perintah kawalan pergerakan
Assalamualaikum
Banyak benda aimie nak cerita tahun ini sem 2 tahun 3 paling serabut. Berkenaan intern disebabkan isu Covid-19 maka aimie tak boleh buat intern yang sepatutnya berjalan dari bulan 22 june sehingga 18 august. Hospital pula limited yang ada mou dengan UKM tak boleh main mohon saja untuk hospital kerajaan. Aimie ada mohon beberapa hospital swasta dan mendapat feedback agak positif. Tapi takdir Allah telah menetapkan yang intern aimie ditangguhkan. Sem ni 2 minggu cuti sebab covid-19.

Kemungkinan besar aimie bakal extend semester aimie. Sedih ya Allah. Kecewa sungguh. Tapi tak apalah demi kesihatan dan keselamatan. Aimie bekerja dalam makmal jadi agak bahaya kan nak praktikal dalam makmal waktu bulan 6-8. Kita pon tak tahu bila covid19 nak habis dan tamat. Ramai masyarakat tidak tahu peranan dan kepentingan Medical Laboratory Technologist (MLT) dan Medical laboratory scientist (MST). MLT dan MST berperanan dalam melakukan ujian untuk mengetahui sama ada result test itu positif atau negatif. Di sebalik doktor dan nurse, kamilah menjalankan ujian makmal untuk pengesahan. Ha gituuuuuuuuuuu. Jadi jangan lupakan kami .

Bercakap berkenaan perintah kawalan, berat aimie naik. Im scared. Takpe balik kolej nanti boleh diet bukan selalu makan ummi masak, sayang weh. HAHAHA. berat aimie naik. Zumba ke laut. Nanti - nanti boleh aimie diet di kemudian hari. Ada 64 hari sebelum raya dan aimie dah jumpa method diet yang turun berat dengan pantas dan selamat. So Hahaha enjoy dulu.

Sep 14, 2019

13/9/2019

September 14, 2019 COMMENTS 0
13/9/2019
Assalamualaikum
Image result for death tumblr
Harini aimie terpanggil nak menulis blog mengenai apa yang viral di twitter dan instagram  2 hari lepas iaitu seorang instafemes, tiktok femes dan bigo femes yang meninggal dalam kemalangan di jalan simpang pulai dan cameron highlands bersama teman lelakinya.

Cukup apa yang terjadi kita jadikan pengajaran. Ingat setiap kali nak hantar sesuatu di internet kita kena sentiasa beringat bahawa once in internet it will be forever. Mimie kasihan sebab sepupu arwah berusaha padam dan report semua acc yang menunjukkan arwah menari tiktok dan bagi tapi ada sesetengah pihak yang tak berhati perut membuat account palsu untuk mengumpul follower. Malah dekat youtube semakin galak insan-insan post video arwah menari tik tok.

Dalam hidup kita jangan ego bila orang tegur dan nasihat balas kubur masing-masing. Yang "masing-masing" nilah tolong report segala video gelek dan IG gelek, yang "masing-masing" inilah yang kebumikan jenazah anda , bukan jenazah kapan dan bergolek sendiri masuk kubur.

Pengajaran dari kisah ini 
  • Mati tidak mengenal usia
  • Apa yang kita hantar di internet akan berlegar-legar buat selama-lamanya
  • Hidup hanya sementara jangan leka dengan dunia.
Okay bye semua. Semoga kita sama-sama berusaha jadi lebih baik dan jangan lupa pakai topeng buat mereka yang tinggal di area shah alam dan kuala lumpur. Hargai paru-paru anda. Segala debu dan asap ni boleh trigger toxicity yang berlaku dalam badan anda. Bak kata prof rohi body sayang you . Tapi kita kena usaha jaga body kita juga. Pesanan ikhlas dari pelajar kesihatan.

Aimie shoooo happy rizman dan nurida suraya kahwin. Sumpah aimie happy gila. I follow rizman since dah lama gila and seronok tengok journey beliau. Cantik weh isteri dia. Jodoh dan perjalanan hidup sesungguhnya rahsia Allah. Jangan cepat menghukum seseorang dengan luaran. Semoga berkekalan dan diberkati oleh Allah. Anak confirm macam hollywood comel diva vavavooooom. Baju raya ayah sendiri design gitchuuuuuuuuu.

Aimie ingat nak buat post journey diet, dari week 1st sampai bulan 12 nanti. Korang okay tak ? Saja je nak buat, baru rasa semangat sebab malu if misi diet gagal ehehehek.

Sep 4, 2019

My random thought : overthinking Dan ocd mengganggu hidupku.

September 04, 2019 COMMENTS 2
My random thought : overthinking Dan ocd mengganggu hidupku.
Assalamualaikum

Hari ini aimie nak berkongsi tentang kekurangan aimie iaitu Overthinking, OCD dan anxiety. OCD bukanlah seperti dalam drama tak boleh tengok bersepah dan mahu semua dalam teratur itu perfectionist iya anak-anak. OCD ini kau buat benda berulang-ulang . Checking, checking and checking sampai kau rasa nak termuntah sudah penat checking tapi dalam otak kau masih nak checking.

Contoh ocd terbaru aimie ialah mengenai tahi lalat dan kanser. Sep okey ada tahi lalat baru tumbuh dalam 3 tahun lepas dan baru membesar, tetapi aimie keep checking and checking iaitu search dekat google kenapa tahi lalat membesar dan bentuk tak sama ada lekuk di hujung. Bila taip keluar pula kanser kulit iaitu melanoma. Lepas tu setiap jam duduk cari-cari pasal  melanoma dan compare dengan tahi lalat, esok hari buka lagi check tahi lalat setiap jam then cari pasal melanoma. Melanoma pula kanser paling teruk dan sukar dirawat bertambah lah overthinking. Last-last aimie decide sekarang ni by 21/9 atau 24/9 I will go to klinik skincare yang provide mole assesment supaya boleh hilangkan anxiety , OCD dan overthinking mimie.

Apa-apa keputusan aimie serah pada ALLAH, penat weh nak overthinking. Sepanjang tiga bulan cuti sem aimie asyik berfikir tentang hal ini. I came up that I need to find solution instead of thinking, yelah apa guna fakulti sebelah HKL dan asrama sebelah klinik kesihatan tapi tak guna kemudahan sebaik mungkin. Tapi aimie takut nak ke klinik kesihatan KL minta check tahi lalat. Bukan apa takut dianggap macam benda remeh dan kecil oleh doktor dan nurse. Bagitahu parents pasal tahi lalar ni kena marah dah haritu. Imagine kalau jumpa dr ? Nanti kena cop mengada-mengada. Nak pergi swasta mimie dah lah miskin, yelah student lagi kan duit pon mak ayah tanggung cukup-cukup buat makan. Kos consultation dermatology swasta minimum rm70 ada baca yang pergi pusrawi consultation rm180 lepas tu nak check tahi lalat kat patology dan excision average rm5000 tu pon blog yang tulis tahun 2012. Kalau sekarang 2020?

Okey, jujurlah aimie dari dulu overthinking pasal penyakit, benda penyakit semua trigger otak. Contoh penyakit yang buat aimie trigger iaitu breast cancer, arwah opah meninggal kerana kanser ini. Opah tiri dan mak saudara aimie juga menghidap kanser ini. Perkara itu trigger aimie. Tahun lepas pantang sakit je dekat breast sudah overthinking seminggu seharian.

Another overthinking yang menganggu aimie ialah tentang hiv, dulu im even scare to use public toilet. Yelah ada jenis manusia suka masukkan paip dalam lubang jamban. My overthinking lead to what if kalau ada darah melekat pada paip tu then kita guna? Ha gitu. Sampai satu tahap dulu i will bring my sanitizer dan tisu untuk lap paip sebelum guna. Rela tahan kencing sampai rumah. Even kalau pergi rumah saudara pon rasa tak selamat pergi tandas waktu itu.

Itu jelah coretan mimie . rasa lega bila dapat menulis luahan perasaan ini, ,macam apa yang terpendam keluar dari beban di hati. Kekadang penat juga jadi diuji begini. Sebab OCD dan ovethinking aimie bukan sahaja pasal penyakit, kadang-kadang trigger sampai bab agama sampai kau rasa diri kau ni macam jatuh murtad. Lawan dengan diri sendiri. Siapa yang melalui apa yang mimie rasa mesti tahu betapa sakitnya berperang dengan diri sendiri. Luaran nampak normal dan sihat tapi dalaman kau tu Allah je tahu.

Okey bye, sesiapa yang ada masalah sama jangan segan-segan komen. kalau segan tinggalkan email atau apa-apa so kita boleh buat support group untuk yang ada ocd dan overthinking, Ingat we are not alone dan Allah Uji kita sebab DIA sayang kita.