Aimie Farzana

Aug 29, 2019

Tips belajar di universiti

August 29, 2019 COMMENTS 9
Tips belajar di universiti
Assalamualaikum

Harini aimie nak share tips belajar terutamannya buat mereka yang bakal belajar sains bioperubatan atau apa-apa bidang berkaitan sains kesihatan. Aimie terfikir nak berkongsi pengalaman aimie yang bakal masuk tahun 3.

Sewaktu tahun 1 sem 1 , pointer aimie bawah 3. Ini disebabkan banyak faktor, aimie memberontak dengan diri sendiri sebab tak dapat medik, terlampau leka dengan kebebasan di tempat baru tambah pula fakulti sains kesihatan UKM terletak di tengah-tengah bandar. Bila dapat result tu aimie tersentak menyesal dan menangis malahan terkejut pon ada. Nak kata tak belajar tapi belajar. Lepas tu aimie bertekad nak ubah gaya belajar. Ok sem 2 pula, aimie try cara belajar baharu , catit nota waktu kelas buat sedikit perubahan ada kertas nota yang aimie tulis semua, allhamdullilah sem 2 itu dapat pointer 3.26. Banyak juga lah peningkatan.

Tahun 2, aimie bertekad hendak kejar pointer kerana waktu ni fikiran sudah matang. Tak akan nak grad dengan cukup-cukup 3.0 . Saingan sengit nak dapatkan kerja tambah lagi bersaing dengan swasta, memang pointer bukan segalannya tapi pointer itu ibarat benda pertama yang dilihat bila mohon kerja sebagai fresh graduate sebelum mereka menilai skill komunikasi, sahsiah dan sebagainnya. Tahun 2 aimie ubah cara belajar try and error. Allhamdullilah kedua-dua sem tahun dua aimie dekan iaitu atas 3.67 untuk UKM. Jadi aimie nak share tips belajar khas untuk mereka pelajar sains bioperubatan terutama di UKM.

Kita sebagai pelajar khususnya mereka yang ambil biomed atau medik kena ingat, masa itu emas, jangan suka bertangguh. No tangguh. Kita kena kejar banyak topik  tambah lagi bila farmakologi dan bakteriologi ada 20 lebih topik yang kena belajar dan hafal. Jadi jangan tangguh buat kerja. Bila tangguh tu yang rasa beban dan berat,

TIPS BELAJAR  DI UNIVERSITI 

1. Pandai bahagikan masa 
Masa itu emas. Jangan bazir masa untuk benda sia-sia. Aimie main juga pubg dan mobile legend tapi ada had contohnya satu atau dua match sahaja untuk 1 malam. Jangan lepak di kafe lama-lama waktu makan malam. Paling lama 45 minit lepas tu gerak dulu. 45 minit pon dah cukup lama

2. Bersedia untuk lecture esok hari
Print lecture notes dan baca lecture notes walaupun sekilas pandang. Janji kita tahu apa yang bakal nak di ajar esok.

3. Sewaktu kuliah

  • Jangan duduk di belakang. - Kalau aimie feveret spot, 4 atau 5 baris dari depan dan hujung sekali sebab senang keluar masuk dan kankang hahaha. 
  • Record apa lecture ajar - voice recorder dalam hp. so kena pandai pilih spot. kalau kawan kau suka bising ubah tempat duduk setiap kali lecture. dah habis lecture lepak balik tempat asal.
  • Catat nota - kadang-kadang lecture bagi clue penting masuk final atau keyword penting yang boleh kita guna sewaktu revision. Kebanyakkan lectures note tak lengkap waktu ini kena mencatat.  aimie guna buku nota panjang yang sederhana tebal. Buat nota ala cornell.  Aimie selitkan contoh nota di bawah.
Image result for cornell note

4. Selepas kuliah ( di bilik waktu malam )

  • Study balik apa yang kuliah tadi - baca balik masukkan apa-apa info penting yang kita catat ke dalam lecture notes yang di print.
  • Ambil masa sejam sehingga dua jam baca balik apa yang kita belajar tadi. Dr kata kalau tak revision within 24 hours kemungkinan 80% apa kita belajar akan lupa.

5. Amalkan baca dan dengan surah Ar-Rahman
Ini penting. Surah ini menenangkan. Tiap kali nak belajar mesti aimie pasang walaupun sekali. Rasa tenang sahaja bila dengar surah ini. Aimie suka baca bila nak tunggu azan isyak.

6. Buat senarai topik  dan checklist untuk setiap kursus.  (rujuk gambar di bawah)
Senarai topik dan column checklist penting terutamannya bila nak revision balik waktu study week. Dekat senarai ni boleh buat tanda mana dah belajar mana belum. Buat waktu 1st week dan tampal pada board. Rujuk jadual kuliah yang diberikan.

--> https://www.scribd.com/document/425381083/Bil-Nota-Kuliah ( apa yang aimie buat sila download)


7. Buat nota semula setiap hujung minggu untuk apa topik dipelajari.
Ini penting dan wajib, WAJIB.
 Hujung minggu kena siapkan nota apa yang kita belajar. Nota yang lengkap, Nota hasil daripada lectures note, apa dicatat dari kuliah dan info-info penting yang diambil dari buku teks. Nota yang ringkas dan padat. Untuk setiap topik maksimum 5-7 muka surat depan dan belakang,  Nota ini bakal diguna untuk rujuk balik waktu study week dan final.

8. 60 - 40 days sebelum study week atau final. 
Dah habis baca, hafal dan settle revision all subjects before cuti midsem. So sebulan baki sampai study week guna untuk settle bab selepas cuti midsem. 2  minggu sebelum final guna utk revise balik dan check hafalan

9. Study week 
As biomed punya study weeks only one weeks atau seminggu lebih jadi kita kena bersedia lebih awal. Selalunya setiap kursus selang sehari atau tak berselang straight satu minggu. Jadi stress dia tinggii!!! Maka Study week bukan baru nak belajar semua.  At least time study week hanya lagi 5 out of 20 chapter yang tak cover lagi. itu pon semput. sebab kita ada at least 4 subjek core each sem.

10. Download buku teks online dan nota lama dari senior
Ada banyak di google boleh cari. :)

Itu sahaja perkongsian aimie. semoga bermanfaat buat semua orang ehek :)

Tags : Tips belajar berkesan, Cara menjadi pelajar cermelang , Petua cermelang dan dekan , Cara belajar yang berkesan, Study tips, Dekan universiti ,cara belajar di universiti,tips masuk universiti

May 9, 2019

Amalan di bulan Puasa untuk wanita haid

May 09, 2019 COMMENTS 0
Amalan di bulan Puasa untuk wanita haid
Assalamualaikum semua
Salam 4 Ramadhan semua ! Semoga tahun ini ramadhan kita lebih baik daripada ramadhan tahun sebelumnya. Tujuan aimie menulis entry setelah hampir setahun tidak menulis ialah untuk berkongsi sedikit tentang amalan ketika di bulan puasa bagi mereka yang datang haid. Siapa kata wanita yang datang haid tidak dapat apa-apa keberkatan dan pahala di bulan puasa. Allah itu maha pemurah lagi maha penyanyang.
Secara amnya banyak amalan dapat dilakukan kalau tak boleh bertarawikh dan membaca Al-Quran. Berikut aimie kongsikan beberapa amalan yang dapat wanita sedang datang haid lakukan ketika di bulan puasa.

1. Menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa
2. Memperbanyakkan zikir dan doa
3. Membantu orang lain
4. Memperbanyakkan sedekah
5. Mendengar ayat-ayat quran
6. Babysitting for women who want to worship like tarawih
7. Menuntut ilmu agama islam



Sumber rujukan aimie :

Sep 7, 2018

Resepi spaghetti carbonara simple dan sedap

September 07, 2018 COMMENTS 2
Resepi spaghetti carbonara simple dan sedap
Assalamualaikum

Siapa pernah makan spaghetti carbonara? Most of us pernah makan kan. Okey kali ni resipi ini diambil oleh kak nabilah ( belah mak), beliau tolong mak ayah dah pencen berniaga spaghetti di depan sekolah. Banyak untong woooo ! Spaghetti yg dimasak sedap nau dan sekarang dah buka kafe sendiri !

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA CEPAT DAN  SEDAP
 
Bahan-bahan

  • Bawang besar x2
  • Bawang kecil x 5
  • Daging cincang ramlee ( yang telah diketok dan cincang)
  • Susu kotak dutch lady segar kecik x1 ( kalau nak berlemak tmbh lebih)
  • Preggo tin kuning x2
  • 2 tin air guna bekas preggo ( air pakai rebusan air spaghetti)
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh sedikit air
  • Pasta preggo
  • 3 sudu besar minyak masak ( agak2 jangan banyak sgt)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
Cara-cara

  1. Panaskan minyak masukan bawang besar dan kecil sehingga lembut dan wangi
  2. Masukkan daging ramlee ( Hancur2kan dalam kuali agar mudah masak)
  3. Masukkan 2 Prego tin dan 2 tin air 
  4. Bila sedikit gelegak dan sebati tambah tepung jagung dibancuh
  5. Biarkan gelegak kalau kurang air tambah air
  6. Bila nampak dh hampir masak letak garam serbuk lada hitam dan oregano
  7. Tara siapppppp
Spaghetti carbonara ini simple mudah dan sedap nyum nyum:D SEDAP TERANGKAT; INI RESEPI FEVRET BUDAK2 HEWHEW.

Aug 13, 2018

Resepi masak sambal tumis sotong

August 13, 2018 COMMENTS 0
Resepi masak sambal tumis sotong
Assalamualaikum.

 Harini aimie nak share resepi sotong masak sambal fully resepi aimie :D Masak sambal  tumis ni antara yang mudah dan senang.

Bahan-bahan

Sotong dalam satu pinggan ( dah potong)
Garam
Gula ( 1 sudu tapi nipis )
Kiub ayam separuh
Cili kering satu cawan ( 11 biji atau kurang)
Cili padi ( ikut berapa banyak tahap kepedasan)
5/6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
Hujung sudu belacan


Langkah-langkah
1. Goreng sotong yang dipotong dengan garam .

 2. Rebus cili kering sehingga kembang

3.Blend bahan-bahan yang berwarna merah  bersama dengan cili kering yang telah di rebus

4.Pastikan minyak sudah betul-betul panas dan tuangkan bahan yang telah diblend. Kalau boleh guna minyak yang sama goreng sotong.

5.Masukkan gula , garam dan kiub ayam yg separuh

6.Bila minyak dan sambal dah pecah ( warna merah pekat)  masukkan sotong

7.Kalau rasa kering tambahkan 1 cawan kecil air.

 Hidangkan.Okey ! Siap!  Mudah cepat dan pantas :D 

Jul 29, 2018

My Top 5 favourite games in phone!

July 29, 2018 COMMENTS 6
My Top 5 favourite games in phone!
Assalamualaikum.

Hari ni aimie nak berkongsi 5 games yang ada dalam google play yang menjadi kegemaran aimie sepanjang masa ! Tak akan tak ada game dalam handpone ? Paling-paling kurang satu game yang dapat mengisi kebosanan dan kesedihan kita right !  Jeng-jeng !  Mari kita mulakan dengan angka paling rendah sekali!

#5 Candy crush 
Image result for candy crush
Aimie tak ada lah suka sangat! sebab bila sampai satu tahap level berapa dia jadi kena beli guna duit untuk teruskan level ! so I stop playing

Addicted level : 2/5
Overall rate : 3/5
Last time play : Last year

#4 Pou
Image result for pou
Pou ini antara favourite ! sebab dia ada banyak jenis games dalam satu games ! So you won't be bored! Bila main pou ni aimie geram dengan pou sebab hahaha cute sangat! Aimie suka kumpul tahi dia! Pernah sekali adik aimie tekan tahi dia dan jual mengamuk aku woi!

Addicted level : 2/5
Overall rate : 4 /5
Last time play : Last  2 year

#3 Temple run / subway surf
Image result for subway surf
Aimie sekalikan kedua-dua game ni sebab matlamat dia nak lari sejauh-jauh mungkin. lol lebih kurang je cuma cabaran yang berbeza

Addicted level : 3/5
Overall rate : 4 /5
Last time play : Last  weekend

#2 Hungry Shark
Related image
This is one of my favourite :D I love it ahaha.

Addicted level : 3/5
Overall rate : 4 /5
Last time play : Last  year

#1 Mobile legends
Image result for mobile legends
Yang ni memang bala. I'm basically addicted to it. Sekarang ni tengah belajar nak stop, push rank sorang-sorang menyakitkan. Kawan perempuan semua main ML separuh jalan, kawan lelaki ada ke? Mana ada lelaki nak push rank dengan perempuan sbb membebankan. Tahap paling tinggi aku pernah capai grandmaster 1 sikit lagi nak epic gais huhuhu. cuma sebab solo rank so based on lucklah :(

Favourite hero sis ialah odette, lesley dan angela. Tapi sis multirole. Kalau tank fav hilda, fighter alucard. So Sapa nak push rank pm tepi. winrate sis 60% (2nd acc) dan 50%(1st account).

Addicted level : 5/5
Overall rate : 5/5
Last time play : Last  2 nights >,< ( line wifi lembab nanti afk)

Member ajak main pubg dan ros. Tapi hahaha sis serem nanti addicted sbb sem depan makin susah! I don't want  to waste my precious time!!! Korang mesti ada games kegemaran juga! Apa kata share di comment game kegemaran korang so boleh sama-sama kita berkongsi idea!!! Penat lah solo rank mobile legends :(