Aimie Farzana

Apr 2, 2023

BARANG KEPERLUAN UMRAH WANITA (2MINGGU)

April 02, 2023 COMMENTS 0
BARANG KEPERLUAN UMRAH WANITA (2MINGGU)

 Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim. 

Dua hari lepas saya baru pulang balik dari menunaikan umrah. Harini aimie mahu berkongsi tentang keperluan umrah bagi wanita. Bagi saya tak perlu bawa jubah banyak sehingga 6-7 helai, cukup 3 helai jubah hitam, 1 jubah putih dan 2 set baju dan seluar. Korang tahu boleh dapat jubah serendah 20 riyal di madinah, makkah dan arafah. Serius murah, convert sini RM30.


Sepanjang melakukan umrah bagi mimie nasihat penting tetapkan niat kita tujuan kita ke sana beribadah. Kemudian sebulan sebelum itu pastikan badan kita sihat, amalkan vitamin c dan vitamin D untuk meningkatkan imuniti badan. Sebab apa, mimie tak sihat sepanjang umrah, kat sana virus batuk dia lain dari malaysia, virus timur tengah ni kuat sikit, ramai batuk2 di sana. Satu lagi faktor cuaca, bila malam dan awal pagi sejuk sangat di Madinah, masuk tengahari petang panas lit lit. Sana tiada awan jadi direct kena matahari

Aimi ingat nak buat satu post untuk mengabdikan ibrah sepanjang perjalanan ke mekah/madinah, apa pengajaran yang kita dapat. Insyallah. Semoga semua yang membaca sihat selalu dan dalam lindungan Allah.


Kalau korang nak dalam bentuk PDF komen di bawah.  Baru mimie akan setup kan google drive untuk perkongsian bersama

Sekian terima kasih






Dec 26, 2021

Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan

December 26, 2021 COMMENTS 1
Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan

 Assalamualaikum semua, berhabuk sudah blog aimie,

Tamatlah sudah aimie dengan ijazah sarjana muda sains bioperubatan, empat tahun yang penuh suka duka, Allhamdullilah dengan izin Allah aimie berjaya menamatkan dengan cermelang. Macam tak percaya rasa seperti mimpi, bermula dengan pointer bawah 3.00 sem pertama, rasa nak menangis bila dapat ijazah kelas pertama. Sebab aimie tahu, aimie bukan bijak dan semua ini dengan usaha dan izin Allah.

Dalam tiga minggu sebelum konvokesyen mimie mendapat tawaran kerja sebagai lab assistant merangkap customer service dan swabber covid-19. Multitasking sungguh. Walaupun lari sikit dari bidang tapi tak apa untuk tempoh masa ini kita  mempersiapkan softskill serta mengumpul modal untuk duit muka kereta. So far, allhamdullilah rakan kerja baik-baik, tempat kerja yang baik-baik. Bersyukur sangat atas rezeki yang Allah bagi kepada aimie <3

Kita kumpul pengalaman dan perbaiki diri, Aimie teringin nak sambung PHD tapi masih berfikir-fikir sebab aimie bukan bijak secara lahir, semua sebab usaha dan kegigihan. Jadi aimie takut nak lanjutkan, wallahualam.

Sekian coretan dari aimie untuk harini. Sedar sedar blog ini sudah berusia 12 tahun. Ahahahaha.

Sep 9, 2020

Resepi keto & atkins : Ayam Bakar lemon guna oven

September 09, 2020 COMMENTS 4
Resepi keto & atkins : Ayam Bakar lemon guna oven

 Assalamualaikum semua

Aimie ada tengok satu resepi keto yang nampak menarik di tiktok dua hari lepas, jadi saya cubalah guna resepi tersebut tetapi tukar sikit dari segi variasi dan rempah ikut tekak sendiri hehehe tapi asas dia kena ada lemon dan olive oil/flower oil/ butter.

Resepi Ayam Bakar Lemon Oven versi 1 oleh Aimie ( Keto & Atkins Friendly)

Bahan-bahan

  • Ayam 150 gram tanpa tulang
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar lemon
  • 2 ulas bawang putih (ketuk hancur)
  • 1 sudu kecil rempah ratus - parsley , cummin,blackpepper dan basil (ikut masing-masing)
  • Garam secukup rasa
Langkah-langkah
  • Perapkan ayam dengan olive oil, lemon, bawang putih dan butter 
  • Hiaskan dengan rempah ratus supaya jadi rangup 
  • Salut dan perap selama 3 jam tapi aimie buat selama 1 jam setengah sahaja. Lagi lama lagi sedap
  • Panaskan oven pada suhu 200 celcius selama  7 minit
  • Bakar pada suhu 220 celcius selama 15 minit tutup dengan aluminium foil
  • Buka aluminium foil dan bakar balik pada suhu 200 celcius selama 20 minit
  • Tambahkan dengan lauk lain seperti telur omelette dan lettuce supaya lebih kenyang.
(Total keseluruhan di atas : 525 kcal dan 11 gram carb. )
Review ikhlas dariku. Kalau nak lagi sedap tambahkan banyak rempah ratus dan bawang putih serta lemon Suhu bakar bergantung pada oven masing-masing. Sbb mimie follow tiktok tu dia mcm tak masak. Based internet 200 gram ayam kena dalam 30-40 minit selama 220 celcius. Ikut oven anda punya buku manual. Aimie tak pro memasak. Tujuan share resepi ini untuk atkins dan keto fighter berkongsi idea makanan dan tak makan makanan sama ulang ulang.

Sep 7, 2020

Resepi keto & atkins : Mee goreng konjac dan cendawan

September 07, 2020 COMMENTS 2
Resepi keto & atkins :  Mee goreng konjac dan cendawan

 Assalamualaikum  !

Hari ini aimie nak share resepi yang menjadi kegemaran aimie sepanjang melakukan keto diet. Sedap, mudah dan ringkas bagi aimie. Mee goreng konjac ni korang boleh beli di shopee dengan 1 pek harga rm5.50. Tak silap aimie konjac dan shiratoki ni benda sama, betulkan kalau aimie salah. Okey, jom proceed ke resepi

Resepi Mee Goreng Konjac dan Cendawan

Bahan-bahan

  • 100 gram ayam cincang (minced-chicken)
  • 100 gram straw mushroom (jaga-jaga amount carbo)
  • 1 senduk air rebusan ayam atau daging atau udang
  • 2 ulas bawang putih (2g carbo)
  • 1 batang cili padi 
  • 1 sudu besar butter ( no carbo)
  • 1 pek mee konjac ( boleh guna separuh, tapi aimie omad jadi perlukan amount banyak)
Langkah-langkah
  • Tumis bawang putih dan cili padi menggunakan butter. (jangan bagi garing sedang-sedang)
  • Masukkan ayam cincang sampai masak sedikit
  • Masukkan mushroom kacau-kacau sampai perang sedikit 
  • Masukkan 1 senduk air rebusan 
  • Bila dah mengelegak masukkan mee konjac (aimie prefer rebus dulu mee ni dalam 2 minit)
  • Perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan cummin . ( tak nak pon tak apa  tapi aimie suka rempah ni, cuma jangan lebih ye anak-anak sebab carbo)
  • Kacau sekejap dan tutup api
Siapppp! Kalau korang jumpa mana-mana blogger Malaysian yang amalkan keto resepi ayuh sharekan link. Aimie kekadang mati idea nak variasikan makanan. Maklumlah tekak melayu . Huhuhuhu

Sep 2, 2020

Resepi keto & atkins : Ayam meatball ala cucur guna oven

September 02, 2020 COMMENTS 2
Resepi keto & atkins : Ayam meatball ala cucur guna oven

 Assalamualaikum

Harini aimie sambung balik keto setelah 4 hari cheat days sebab pergi holiday. Jadi mulai harini aimie nak share resepi makanan yang aimie makan sepanjang melakukan keto diet sampai awal bulan 10 nanti. Sebelum ni 3 minggu diet suku suku separuh turun 2.5 kg dan seminggu lebih keto turun dalam 2.5. So aimie tekad nak buat keto ehek :)

Resepi Ayam meatball ala cucur oven ( keto dan atkins friendly)

Bahan-bahan 

  • 200 gram ayam cincang ramly - (low carbs)
  • 50 gram bawang holland/ kuning cincang
  • 50 gram broccoli 
  • 1 biji telur
  • Secukup rasa serbuk blackpepper
  • Secukup rasa serbuk cili kering
  • Secukup rasa serbuk cummin
  • Secukup rasa daun parsley
Langkah-langkah 
  • Panaskan oven - 220 celcius 10 minit
  • Satukan semua bahan ke dalam bekas dan gaulkan (kurangkan telur kalau tak susah nak bentuk bulat- aimie
  • Bentukkan bulat-bulat letak atas loyang oven lapik dengan baking paper
  • Bakar pada suhur 220 celcius selama 20-25 minit. Bergantung pada jenis oven 
  • Hiaskan dengan 50 gram timun dan 3 helai daun lettuce
  • Tambahkan telur dan cheese goreng kalau nak bagi lagi kenyang.

Okey done, semoga kita sama-sama istiqamah diet untuk gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat buat semua. babai :')