2018 - Aimie Farzana

Sep 7, 2018

Resepi spaghetti carbonara simple dan sedap

September 07, 2018 COMMENTS 2
Resepi spaghetti carbonara simple dan sedap
Assalamualaikum

Siapa pernah makan spaghetti carbonara? Most of us pernah makan kan. Okey kali ni resipi ini diambil oleh kak nabilah ( belah mak), beliau tolong mak ayah dah pencen berniaga spaghetti di depan sekolah. Banyak untong woooo ! Spaghetti yg dimasak sedap nau dan sekarang dah buka kafe sendiri !

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA CEPAT DAN  SEDAP
 
Bahan-bahan

  • Bawang besar x2
  • Bawang kecil x 5
  • Daging cincang ramlee ( yang telah diketok dan cincang)
  • Susu kotak dutch lady segar kecik x1 ( kalau nak berlemak tmbh lebih)
  • Preggo tin kuning x2
  • 2 tin air guna bekas preggo ( air pakai rebusan air spaghetti)
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh sedikit air
  • Pasta preggo
  • 3 sudu besar minyak masak ( agak2 jangan banyak sgt)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
Cara-cara

  1. Panaskan minyak masukan bawang besar dan kecil sehingga lembut dan wangi
  2. Masukkan daging ramlee ( Hancur2kan dalam kuali agar mudah masak)
  3. Masukkan 2 Prego tin dan 2 tin air 
  4. Bila sedikit gelegak dan sebati tambah tepung jagung dibancuh
  5. Biarkan gelegak kalau kurang air tambah air
  6. Bila nampak dh hampir masak letak garam serbuk lada hitam dan oregano
  7. Tara siapppppp
Spaghetti carbonara ini simple mudah dan sedap nyum nyum:D SEDAP TERANGKAT; INI RESEPI FEVRET BUDAK2 HEWHEW.

Aug 13, 2018

Resepi masak sambal tumis sotong

August 13, 2018 COMMENTS 0
Resepi masak sambal tumis sotong
Assalamualaikum.

 Harini aimie nak share resepi sotong masak sambal fully resepi aimie :D Masak sambal  tumis ni antara yang mudah dan senang.

Bahan-bahan

Sotong dalam satu pinggan ( dah potong)
Garam
Gula ( 1 sudu tapi nipis )
Kiub ayam separuh
Cili kering satu cawan ( 11 biji atau kurang)
Cili padi ( ikut berapa banyak tahap kepedasan)
5/6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
Hujung sudu belacan


Langkah-langkah
1. Goreng sotong yang dipotong dengan garam .

 2. Rebus cili kering sehingga kembang

3.Blend bahan-bahan yang berwarna merah  bersama dengan cili kering yang telah di rebus

4.Pastikan minyak sudah betul-betul panas dan tuangkan bahan yang telah diblend. Kalau boleh guna minyak yang sama goreng sotong.

5.Masukkan gula , garam dan kiub ayam yg separuh

6.Bila minyak dan sambal dah pecah ( warna merah pekat)  masukkan sotong

7.Kalau rasa kering tambahkan 1 cawan kecil air.

 Hidangkan.Okey ! Siap!  Mudah cepat dan pantas :D 

Jul 29, 2018

My Top 5 favourite games in phone!

July 29, 2018 COMMENTS 6
My Top 5 favourite games in phone!
Assalamualaikum.

Hari ni aimie nak berkongsi 5 games yang ada dalam google play yang menjadi kegemaran aimie sepanjang masa ! Tak akan tak ada game dalam handpone ? Paling-paling kurang satu game yang dapat mengisi kebosanan dan kesedihan kita right !  Jeng-jeng !  Mari kita mulakan dengan angka paling rendah sekali!

#5 Candy crush 
Image result for candy crush
Aimie tak ada lah suka sangat! sebab bila sampai satu tahap level berapa dia jadi kena beli guna duit untuk teruskan level ! so I stop playing

Addicted level : 2/5
Overall rate : 3/5
Last time play : Last year

#4 Pou
Image result for pou
Pou ini antara favourite ! sebab dia ada banyak jenis games dalam satu games ! So you won't be bored! Bila main pou ni aimie geram dengan pou sebab hahaha cute sangat! Aimie suka kumpul tahi dia! Pernah sekali adik aimie tekan tahi dia dan jual mengamuk aku woi!

Addicted level : 2/5
Overall rate : 4 /5
Last time play : Last  2 year

#3 Temple run / subway surf
Image result for subway surf
Aimie sekalikan kedua-dua game ni sebab matlamat dia nak lari sejauh-jauh mungkin. lol lebih kurang je cuma cabaran yang berbeza

Addicted level : 3/5
Overall rate : 4 /5
Last time play : Last  weekend

#2 Hungry Shark
Related image
This is one of my favourite :D I love it ahaha.

Addicted level : 3/5
Overall rate : 4 /5
Last time play : Last  year

#1 Mobile legends
Image result for mobile legends
Yang ni memang bala. I'm basically addicted to it. Sekarang ni tengah belajar nak stop, push rank sorang-sorang menyakitkan. Kawan perempuan semua main ML separuh jalan, kawan lelaki ada ke? Mana ada lelaki nak push rank dengan perempuan sbb membebankan. Tahap paling tinggi aku pernah capai grandmaster 1 sikit lagi nak epic gais huhuhu. cuma sebab solo rank so based on lucklah :(

Favourite hero sis ialah odette, lesley dan angela. Tapi sis multirole. Kalau tank fav hilda, fighter alucard. So Sapa nak push rank pm tepi. winrate sis 60% (2nd acc) dan 50%(1st account).

Addicted level : 5/5
Overall rate : 5/5
Last time play : Last  2 nights >,< ( line wifi lembab nanti afk)

Member ajak main pubg dan ros. Tapi hahaha sis serem nanti addicted sbb sem depan makin susah! I don't want  to waste my precious time!!! Korang mesti ada games kegemaran juga! Apa kata share di comment game kegemaran korang so boleh sama-sama kita berkongsi idea!!! Penat lah solo rank mobile legends :(

Review Sungai Sempeneh Riverfront , Batu Kurau

July 29, 2018 COMMENTS 1
Review Sungai Sempeneh Riverfront , Batu Kurau
Assalamualaikum

2 minggu lepas aimie pulang ke kampung asal umi di batu kurau, dapat mai sana setahun sekali jah sebab opah dan tok wan pindah ke sungkai maka yg ada di kampung adalah sanak saudara. Ceh beria balik kampung tapi waktu tu segan nak tidur rumah saudara so kami tidur kat sempeneh riverfront.
Then I realize yg aimie pernah pergi sempeneh waktu umur 12 tahun sebab hari keluarga berkumpul rumah sedara centu tapi tempat tu dh berubah. Ingat lagi rumah sedara tu ada anak sungai kecil kitaorg rendam kaki. Ya Allah memorinnya.

Landmark yg menjadi ingantan aimie tmpt tu pernah pergi ialah kedai gunting dan restoran bawah gunung tapi sekarang restoran tu tinggal usang , so sah ni tempat berjimba dengan cousin waktu kecil-kecil. Waktu tu rasanya sempeneh riverfront tak ada lagi sebab bila sampai titi seberang sungai cuma ada rumah kayu bukan restoran macam sekarang tu confuse sikit dh lapan tahun tinggalkan memori.

ceh melalut.  ( BACA BAWAH  NI UTK REAL REVIEW)
Sungai sempeneh still jernih and the best sebab tak ada kencing tikus. Insyaallah selamat ! waktu aimie pergi musim durian kome, ada program makan durian sampai kenyang kat sekolah batu kurau. Durian dapat murah dari harga rm 2.50 - rm 4.00 sekilo. mana nak cari :'D Durian batu kurau the best :)
Btw kalau nak tidur sempeneh riverfront jangan main redah mcm kami. even hari jumaat pon bilik penuh nasib ada kosong sebab ada org lambat sampai dn call tak angkat :) Tidur dalam rumah kabin ye gais kaler pinkish dan tiada tv huhu. One more tips kat sini tak ada line pandai-pandailah mengkome nak hidup.
  
Satu lagi  ada lintah gais. Lintah panjat muka sis and sis realize waktu ambil gambar sebab ada benda hitam kat pipi, puncannya sebab menyelam dlm air seram seyh. Aku overthink lintah masuk hidung , bontot, mulut dan vagina then beranak pinak hahaa. lepas mandi tu 3 hari rasa pening dan mula fikir bukan-bukan rupannya pening sebab terlebih makan durian dan tak minum air durian , allhamdulliah
Hari sabtu sumpah ramai macam pesta dahlah jalan nak masuk kecik , nak keluar masuk kereta tesekat-sekat mungkin sebab musim durian as belakang tu hutan dan dusun. so korang kenalah book dan kami dah gerak ziarah rumah sedaghe kat bawah gunung dan sekitar kawasan tu.

One thing aimie nak cakap, opah sedaghe dia cerita lah durian dia jual kat peraih , peraih beli murah tapi jual mahal depa penat2 panjat bukit angkut raga tidur kat dusun tpi untuk dapek paling banyak rm10 atau 20 sehari ish-ish tak patut.

Itu sahajalah coretan dari aimie

assalamualaikum.

May 23, 2018

:')

May 23, 2018 COMMENTS 1
:')
Assalamualaikum
Image result for crush tumblr
Seriuslah . Lama tak update blog. Banyak benda dah cerita, Banyak benda nak minta pendapat korang. lolol.

Dengan lab report, assigment , video project dan study. no study week such an hectic life ;') Boyfriend pon sis tak  pernah ado even dah umur 20 :')  Minat cemtu-cemtu jelah since awal sem lepas , macam minat idol. HAHAHA. Budak ni dia macam  budak baik rajin surau , aktif koko dan pandai dan ramai peminat so sis tak letak harapan malah sis dah ready kena reject. Dia pon tak buka story sis ;') Not even realize my existence. Yelah orang tak lawa dan sempurna macam aku sapa kesah :D Kawan-kawan perempuan dia semua kurus lawa , cantik, hijabster , curvy dan letops , kalau letak aku mcm potato :)

Lagi satu mata aimie ni jenis kering dah dua kali pergi HKL. Doctor kata kena banyak kelip mata :'o I overthink yg corneal ulcer bila first check up sebab pakai contact lense , tapi rupanya corneal abrasion. Beli vismed mcm artificial tears. Kali ni pergi check up memang mata jenis kering. Kena banyak nanges haha. Kalau dia reject I get benefit lah sebab dapat melembabkan mata.

Update #1:

Saya tengah otw nak move on sebab banyak keburukan daripada kebaikan selepas dipertimbangkan. Dari segi masa depan serta kini. Tak ada chemistry. Sorang timur sorang barat. Terlampau banyak hati harus dijaga. So aku decide nak move on. :')  Aku rasa family dia mesti nak orang yang tinggal berdekatan dengan daerah dia . :")

Dah lah main mobile legend jelah aku HAHAHA

Update #2 :

Bila nak start sem :') Semua SNS dia tak ada update even raya :(

Update #3
Saya tak mampu move on tpi msih proceed :')  Sebab Nak cari jodoh org KL/ Selangor/n9/perak je :) Dia org negeri lain boh .

Update #4 ( 16/10)
allhamdullilah dlm 50% move on :D well dia pon dah ada gf heuuuuuuuuu wkwkwkwkwkwkwk

Mar 26, 2018

Makanan untuk OCD dan tingkatkan serotonin

March 26, 2018 COMMENTS 0
Makanan untuk OCD dan tingkatkan serotonin
Assalamualaikum semua
coffee, ocd, and coffee lover image
Aimie nak share info tentang ikhtiar makanan untuk rawat dan kurangkan OCD. Obsesive compulsive disorder. Aimie dapat info ni melalui group muslim ocd Malaysia.
Obsessive-compulsive disorder (OCD) is a mental disorder in which people have unwanted and repeated thoughts, feelings, ideas, sensations (obsessions), and behaviors that drive them to do something over and over (compulsions). Often the person carries out the behaviors to get rid of the obsessive thoughts
OCD - PENTING! TENTANG SEROTONIN

Serotonin adalah bahan kimia otak yang dapat membantu memperbaiki suasana hati dan mengurangi kesedihan dan depresi. Ia juga adalah sejenis neutransmiter penghantar data-data maklumat untuk ke otak atau dari otak. Ketidakseimbangan / Kekurangan serotonin sering dikaitkan sebagai antara punca OCD. Bagi kes-kes OCD yg dirujuk ke pakar psikiatrik, penderita biasanya akan dibekalkan dengan ubat-ubatan jenis SSRI (Selective Serotonin Re-Uptake Inhibitor), seperti Zoloft, Setraline dan lain-lain lagi. Ubat-ubatan ini bukanlah mengandungi serotonin didalamnya, tetapi ianya adalah bahan kimia yang dijangkakan dapt membantu tubuh penderita untuk mensisntesiskan semula serotonin. 

Makanan dan cara meningkatkan serotonin secara semula jadi 
A. Cuba beralih kepada makanan bersumber karbohidrat kompleks
Secara umum, karbohidrat terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Karbohidrat sederhana
2. Karbohidrat kompleks
Karbohidrat kompleks diserap oleh tubuh secara berbeza daripada karbohidrat sederhana. Karbohidrat sederhana seperti beras putih dan roti putih akan meningkatkan kadar gula dalam darah anda dengan cepat, sehingga insulin naik mendadak, lalu kemudian menurun setelah beberapa saat. Sedangkan karbohidrat kompleks lebih lambat diserap oleh tubuh, sehingga peningkatan gula darah dan insulin secara cepat seperti yang disebabkan oleh karbohidrat sederhana tidak berlaku.
Berikut antara makanan yg nerunsur Karbohidrat Kompleks:
1. Oatmeal. Oatmeal adalah jenis karbohidrat sihat yang menyediakan banyak nutrisi penting. Oatmeal biasanya dibuat dari biji Oat atau gandum yang hancurkan . Oatmeal tergolong sebagai karbohidrat sihat karena mengandung serat yg tinggi yang membantu mengatasi berbagai macam masalah pencernaan anda.
2. Beras merah. Beras merah sering dijadikan sebagai sumber karbohidrat oleh pengamal diet kesihatan untuk menggantikan beras putih yang mengandungi kadar gula yg tinggi. Beras merah memiliki banyak keunggulan diantarnya lebih tinggi serat dan juga mineral seperti zat besi. Jadi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan akan sangat membantu dengan makan beras merah.
3. Kentang. Kentang pada dasarnya tergolong tinggi kalori, sehingga sering dihindari oleh penderita diabetes. Tetapi kerana kandungan seratnya yang tinggi membuat kentang masih selamat jika dimakan dalam jumlah yg sedikit. Untuk mengurangi kalori di dalam kentang sebaiknya anda tidak menyajikannya dalam bentuk goreng. Perlu diketahui bahawa kentang juga mengandung mineral seperti zat besi sehingga sangat baik untuk wanita yang sememangnya memerlukan lebih banyak zat besi.
4. Kacang Serinding / Kacang Dhal (Lentil) dianggap sebagai makanan yang mengandungi karbohidrat dan memiliki serat tinggi dan protein. Kombinasi keduanya sangat diperlukan bagi tubuh dalam menghasilkan energi yang diperlukan oleh tubuh terutama dalam aktiviti fizikal. Selain itu, karbohidrat di dalamnya juga lambat diserap oleh tubuh sehingga akan membuat anda kenyang lebih lama. Ini tentunya akan sangat membantu bagi mereka yang sedang menjalani diet atau berpuasa.
5. Jagung. Jagung adalah sumber karbohidrat berkualiti tinggi dengan indeks glikemik yang rendah. Oleh sebab itu jagung selamat jika dimakan oleh penderita diabetes dimana meraka memerlukan makanan rendah gula tetapi tinggi serat. Jagung juga menyediakan nutrisi lain termasuk kalium yang berguna mengawal tekanan darah.
6. Pisang. Diantara jenis buah lainnya pisang termasuk tinggi kalori. Tetapi pisang juga menyediakan serat, jadi anda tidak perlu khuatir akan risiko kegemukan jika makan pisang. Pisang juga mengandungi banyak nutrisi penting seperti kalium, kalsium, vitamin B6 dan Vitamin C. Vitamin B6 yang terkandung dalam buah pisang berperanan penting dalam meningkatkan fungsi sistem saraf, sekaligus memperkuat sistem imun tubuh dalam melawan infeksi. Jadi kandungan karbohidrat dalam pisang bukan satu-satunya alasan bagi anda untuk makan buah ini.
7. Keledek. ia merupakan salah satu makanan yang mengandungi tinggi serat yang secara natural dapat membantu masalah pencernaan. Kandungan betakaroten dalam keledek juga sangat baik untuk kesihatan mata .
B. Makanan berunsur Omega 3
Makanan yang mengandungi lemak sehat, seperti zat lemak omega 3. Zat lemak omega 3 diduga mampu mempengaruhi fungsi serotonin di otak. Orang yang memiliki kadar serotonin rendah biasanya memiliki kadar DHA yang rendah, yang merupakan bahan pembentuk utama dalam otak, dan perlu diisi kembali dengan makanan seperti minyak ikan, yang tinggi kandungan zat lemak omega 3. Ikan seperti salmon dan minyak ikan. Kacang, biji-bijian dan minyak biji-bijian
C. Dark Chocolate (Coklat Hitam)
Coklat hitam akan meningkatkan kadar serotonin kerana kandungan resveratrol di dalamnya. Resveratrol dapat meningkatkan endorfin dan serotonin sekaligus. Pilihlah coklat hitam dibandingkan dengan coklat susu yang mengandung cocoa (bahan yang menghasilkan serotonin) jauh lebih sedikit dibandingkan dengan coklat hitam.
D. Senaman yg konsisten setiap hari
Cadangan: Jogging dan Senaman The 5 Rites
E. Dapatkan cahaya matahari yg cukup
Dapatkan cahaya yang cukup. Cahaya mungkin dapat membantu sintesis serotonin. Kajian saintis mendapati adanya korelasi positif antara sintesis serotonin dan jumlah sinar matahari yang diperoleh dalam satu hari. Bukalah tingkap bilik Anda dan biarkan cahaya matahari masuk disiang hari. Sinar matahari di siang hari akan memberikan kadar serotonin yang lebih baik dibandingkan dengan lampu LED, fluoresent, atau cahaya UV buatan. Perlu diketahui bahawa, menyalakan lampu di malam hari akan membuat produksi melatonin terganggu sedangkan melatonin ini sangat penting untuk membantu tidur Anda lebih nyenyak.
F. Urut santai
Beberapa kajian menunjukkan bahwa terapi berurut dapat membantu mengurangkan kortisol yang merupakan hormon stress dan pada waktu yang sama meningkatkan kadar serotonin dan dopamin.
G. Pengurusan Stress
Fahamilah bahwa stress adalah punca utama yg mengganggu kadar serotonin. Stress dalam jangka panjang akan menurunkan kadar serotonin. Stress melampau dan berpanjangan akan mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mensintesis serotonin. Pelajari cara-cara pengurusan stress untuk mengelakkan hal ini berlarutan seperti:
- Zikir dan Meditasi
- Latihan teknik pernafasan
- Mengekspresikan diri (misalnya melalui seni dan hobi)
H. Ingat kembali kenangan lalu yang membahagiakan.
Walaupun kedengaran sperti klise, mengingat kembali kenangan bahagia juga didapati dapat membantu sintesis serotonin pada otak anda. Cara ini mungkin akan meningkatkan serotonin dan mengalihkan fikiran anda dari hal yang menyedihkan sekaligus, Jika Anda tidak mampu mengingat kenangan bahagia akibat sebab-sebab dan alasan tertentu, cubalah berbual dengan rakan lama ketika kecil untuk mengingati kenangan indah semasa dahulu atau keluarga, atau lihatlah foto atau catatan lama anda atau mendengar lagu2 yg sering anda dengari ketika keadaan anda sedang sihat dan bahagia.
(disesuaikan dari artikel kesihatan oleh doktor perubatan)
Semoga bermanfaat untuk diketahui.

Mar 7, 2018

Tips nak move on versi aimie

March 07, 2018 COMMENTS 1
Tips nak move on versi aimie
Assalamualaikum.

Maaf tahun ni busy cehwah. Okey topik yang aimie nak cerita bila hati perempuan dah tak suka. Ceh. Actually nak share pengalaman mana tahu membantu korang ke dalam deal kisah cinta tak kesampaian.

Kisahnya


Aku minat sorang mamat ni, kita gelar dia mr X. Aku syok kat dia dri darjah  6 ke tingkatan 1 but aku tak pasti sampai habis SPM then aku nak  stop berharap sebab dia memang dh reject sis. Tengok dia bertukar-tukar GF. Dia siap unfollow insta. Sumpah time tu aku broken nak mampus.  Aku ambil masa yang lama untuk bangun semula, believe or not I take almost 2 years. Dua tahun ye nak move on.  Lol lama gila.

Orang lain bila putus cinta senang gila nak suka orang lain but I'm not ( bukan bercinta pon baru crush jkjkjk ) Mungkin sebab rasa low self esteem , yelah aku gemuk , hitam dan hodoh. Nobody gonna accept myself , So buat apa nak minat-minat orang.   Baik minat Alurcard mobile legend jkjkjk

Tips nak move on versi aimie
Image result for broken heart twitter header
1. Delete semua gambar yang disimpan even dari darjah 6 aku simpan.
2. Avoid stalking him insta ke FB ke twitter ( Untuk 6 bulan pertama agak payah trust me)
3. Cari hobi baru jkjk lol kalau tak mampu cari crush baru.
4. Doa banyak-banyak ditutupkan hati dan perasaan.
5. Cari keburukan beliau banyak2 ( tak digalakkan )

Haha, Actually aku tak tahu nak bagi tips move on sebab aku dulu pon problem gak hal ni. Tapi sekarang aku dah tak excited even mesej dia ( mesej haritu pon sebab ada hal ) and I don't even save his number.

Tu jelah, Malas lah nak minat-minat. Buat serabut kepala otak, :') Dah serabut sangat kepala dekat UKM malas tambah beban . Minat setakat inspirasi tu boleh lah. Tapi kalau nak minat secara serius aku rasa tak kot kat sini. sebab kita kena sedar diri dan taraf kita. Dah hodoh buat cara hodoh jkjk

okeylah bye.

Feb 20, 2018

Cara ke Times Square guna kenderaan awam

February 20, 2018 COMMENTS 0
Cara ke Times Square guna kenderaan awam
Assalamualaikum
milk, art, and aesthetic image
Harini aimie nak share cara ke Times square guna public transport terutamannya dari monorail KL sentral, MRT dan LRT. Yelah dulu gigih cari step by step sebab aimie ni jenis paranoid ke tempat baru as sepanjang matrik just ulang alik naik KTM balik  rumah , Hopefully dapat membantu terutamannya yang tinggal luar kawasan KL dan Selangor.

Dari  Monorail KL sentral ke Times Square
Naik eskalator menghala NU sentral ( tingkat 2) Jalan je tengok ada tanda kuning dan ikut tanda kuning pada jalan dan jumpa pintu besar ikut tanda kuning lalu jumpa stesen Monorail
( (Tanda kuning yang berhubung macam jalan  tu untuk orang buta cari laluan guna tongkat) 

Beli token ke Jalan Imbi ada laluan menghubungkan monorail dengan times square tak silap aimie tingkat 1. Nak ke ground floor tiada lift cuma eskalator.

Dari LRT ke Times Square 
Ambil stesen LRT titiwangsa dan ada laluan macam  jambatan berhubung dengan monorail titiwangsa. Beli token ke monorail Imbi dan sama sahaja macam di atas.

Dari MRT ke Times Square
Kalau dari MRT  sungai buloh atau kajang berhenti pada MRT bukit bintang.
Keluar ikut Gate C ( Pintu C ) tak silap aimie.  Bila keluar tu terus je sampai nampak jalan besar dan belok kanan jumpa monorail Bukit Bintang .

Dari monorail bukit bintang beli token  ke monorail Imbi dan pilih platform ke arah KL sentral. Sama macam di atas monorail Imbi bersambung dengan times square.

Okeylah takat tu je perkongsian. sebarang pertanyaan tinggalkan komen dibawah atau ruang chat.